Sunday 3 November 2013

Israel perintah perobohan 200 rumah Palestin di Jerussalem.

Israel perintah perobohan 200 rumah Palestin di Jerussalem.

Pihak berkuasa Israel telah mengeluarkan perintah perobohan untuk 200 unit kediaman di bandar Al-Quds (Jerusalem), mengancam kira-kira 15,000 penduduk Palestin.

Amaran perobohan juga telah dikeluarkan untuk beberapa rumah di kawasan kejiranan Wadi Hilweh di bandar ini.

Gaza bergelap

Gaza bergelapPenduduk terpaksa beratur panjang untuk mendapatkan bekalan minyak di Rafah, selatan Genting Gaza.

GENTING GAZA - PALESTIN. Kekurangan bahan api telah menyebabkan seluruh kawasan di wilayah Gaza terpaksa bergelap selepas bekalan elektrik terputus, menurut pihak berkuasa, kelmarin.

Timbalan Pengerusi Pihak Berkuasa Tenaga Palestin, Fathi el-Sheikh berkata, loji jana kuasa terpaksa ditutup dan ia memberi kesan kepada seluruh penduduk di Gaza.

"Masalah ini berpunca daripada tindakan Israel memusnahkan terowong rahsia yang digunakan untuk membawa masuk bekalan bahan api ke wilayah ini,"

"Susulan daripada itu, kurang daripada 50 peratus keperluan di Genting Gaza terpaksa bergantung dengan bekalan elektrik dari Israel,"jelasnya pada laporan AFP.

Minggu lalu, Pihak Berkuasa Palestin (PA) menawarkan bekalan bahan api dihantar ke Gaza tanpa dikenakan cukai, sekali gus membenarkan kerajaan Hamas untuk membeli 400,000 liter petrol sehari.

Bagaimanapun, PA membatalkan tawaran pengecualian cukai tersebut pada saat akhir.