Tuesday 3 September 2013

REZIM MILITER MESIR SEMAKIN MENZHALIMI RAKYAT GHAZA



Rezim Militer Mesir masih terus berbuat zhalim kepada penduduk Ghaza. Setelah sebelumnya menuduh HAMAS terlibat dalam aksi anti-kudeta militer, disusul dengan penghancuran terowongan-terowongan rahasia di Rafah dan perbatasan2 Ghaza dengan Mesir. 

Padahal pasca boikot ekonomi atas Ghaza, terowongan2 tersebut menjadi satu-satunya jalur alternatif pemasokan sembako dan bahan bakar dari Mesir ke Ghaza. Gerbang perbatasan sebagai jalur utama selama ini dijaga oleh militer Mesir dan Zionis dengan sangat ketat dan menyiksa.

Kini militer Mesir sedang mempersiapkan "Zona Pemisah" di Perbatasan Bagian Selatan. Dengan lebar antara 250 sampai 300 m, zona ini sudah mulai dinetralisir. Tujuannya agar militer Mesir dengan kendaraan lapis bajanya bisa bergerak di perbatasan dengan leluasa. Disamping rencana penghancuran semua terowongan yang terdapat di sepanjang jalur perbatasan, dan menjamin tidak dibuatnya terowongan2 baru.

HAMAS secara resmi mengecam program militer Mesir ini, dan menyatakan bahwa perbuatan ini tidak layak dilakukan oleh Mesir terhadap saudaranya seIslam, dan di perbatasan negara bersahabat.
http://almokhtsar.com/node/184113

***

ANCAMAN BRIGADE-BRIGADE PERLAWANAN PALESTINA

Koalisi brigade perlawanan yang ada di Ghaza mengeluarkan ancaman serius. Belum jelas sebab keluarnya ancaman ini. Pernyataan ini telah tersebar di jejaring sosial, namun belum ada penegasan dari pihak terkait.

Dalam berita tersebut, Koalisi Muqawamah Islamiah Ghaza menyatakan:

"Kami, satuan Brigade Muqawamah Islamiah di Ghaza mengumumkan, bahwa kami akan menyerang Tel Aviv dan menjadikan Negara penjajah Zionis sebagai target, jika tentara al-Sisi benar-benar menyerang Ghaza.

Setiap peluru dan rudal yang ditembakkan dari perbatasan Mesir ke Ghaza, akan kami balas dengan menyerang Tel Aviv dan daerah-daerah Zionis lainnya, sebab Zionis adalah sumber api permusuhan sebenarnya.

Kami berjanji kepada saudara kami rakyat Mesir, bahwa kami tidak akan menyerang sejengkal pun dari tanah Mesir, dan tidak akan menembak tentara Mesir, kecuali mereka yang berani masuk dan menyerang Ghaza.

Semoga kalian dan persaudaraan Arabiah dan Islamiyah kita tetap terjaga."

Senin, 26 Syawal 1434 H/ 2 September 2013 M

***

Jika berita ini benar, maka kita perlu mengapresiasi sikap tegas dan terpuji para pejuang Palestina. Ini juga menunjukkan begitu besarnya pengkhianatan al-Sisi kepada kaum muslimin di Mesir dan Ghaza.

Do'a kita kaum muslimin Indonesia, selalu menyertai perjuangan saudara-saudara kita di Bumi Syam (Palestina, Suria, Libanon, dan Yordania), serta perjuangan kaum muslimin di Irak, Burma, Ahwaz dan negara-negara lainnya.

http://www.islammemo.cc/akhbar/arab/2013/09/02/181090.html
https://www.facebook.com/pages/Dukung-MUI-Keluarkan-Fatwa-Syiah-Sesat-Dan-Haram-Di-Indonesia/221268711229604

[Hamas Mengecam Rancangan Mesir Membina Zon Penampan Dengan Gaza]



Kerajaan Hamas pada hari Ahad berkata mereka "terkejut" mendengar Mesir bercadang membina zon penampan di sepanjang sempadan dengan Tebing Gaza.

Ehab Ghissin, jurucakap bagi kerajaan Hamas berkata tidak sepatutnya wujud zon penampan "antara saudara dan negara sahabat."

Ghissin menzahirkan harapan bahawa tindakan Mesir ini tidak akan "mengukuhkan lagi sekatan" dan meningkatkan kesengsaraan rakyat Gaza.

Beliau menyeru dibangunkan kawasan bebas cukai dan bukan zon penampan di sempadan Tebing Gaza dan Mesir itu.

Akhbar Mesir memetik sumber Palestin berkata 90 peratus terowong seludup di sepanjang sempadan Gaza tidak lagi berfungsi kesan daripada langkah-langkah yang telah diambil pihak keselamatan Mesir.

Sumber tersebut berkata tentera Mesir sedang melaksanakan kempen untuk memusnahkan rumah-rumah dan terowong-terowong "yang tidak pernah dilaksanakan sebelum ini".

Menurut sumber itu lagi, zon penampan yang dicadangkan itu akan berukuran antara 25 dan 500 meter lebar dan sepanjang 10 kilometer.

Sementara itu, puluhan keluarga Mesir berdemonstrasi di bahagian Mesir sempadan Gaza sebagai tanda protes tentera memusnahkan rumah-rumah mereka. Menurut mereka, pihak tentera telah memaklumkan keluarga-keluarga yang tinggal berdekatan dengan sempadan Gaza bahawa mereka akan merobohkan rumah-rumah mereka sebagai sebahagian usaha mereka untuk membangunkan zon penampan di kawasan tersebut.

Keluarga-keluarga tersebut berkata dalam beberapa hari ini tentera Mesir telah memusnahkan rumah-rumah mereka tanpa memeberikan masa untuk mereka memindahkan perabot dan barangan peribadi mereka.

Sumber : Jerusalem Post
#mesirkini
#R4BIA

[Hamas Mengutuk Dakwaan Mahmoud Abbas Mengatakan Hamas Menghantar 40 Pejuang ke Mesir]



Jurucakap rasmi Hamas, Dr Sami Abu Zouhri (gambar) telah mengutuk kenyataan Presiden Pihak Berkuasa Palestin Mahmoud Abbas yang mendakwa Hamas menghantar 40 orang pejuang ke Mesir.

Abu Zouhri berkata dalam satu kenyataan akhbar pada hari Isnin, "Kenyataan Abbas itu tidak relevan dan merupakan satu provokasi pihak berkuasa Mesir ke atas Hamas."

Abu Zouhri mengira bahawa kata-kata ini tidak syak lagi satu penipuan dan tidak layak bagi seorang yang mengaku dirinya presiden kepada rakyat Palestin.

Abu Zouhri turut mengecam kesombongan Abbas dalam pertemuan antara pimpinan Fatah dan rejim Zionis di bawah slogan 'Kami ingin memenangi Israel di sisi kami'. Hal ini menjelaskan bahawa ini adalah salah satu bentuk kemerosotan politik dan negara yang dicapai oleh Abbas dan pimpinan gerakannya, Fatah.

Beliau menolak penerusan Presiden Abbas dalam satu rundingan dan Abbas berkata "Ia merupakan langkah individu dan ditolak oleh negara serta rakyat. Langkah untuk membebaskan tahanan juga adalah tidak boleh diterima kerana mereka ditahan untuk memelihara hak, dan tidak boleh dibebaskan."

Abbas berkata dalam ucapannya pada Mesyuarat Majlis Revolusi Fatah malam tadi: "Hamas telah mencampur tangan di Mesir dengan menghantar 40 pelampau untuk menjejaskan keselamatan serta kestabilan negara itu dan kami menolak tindakan tersebut."

Dalam konteks yang lain, Hamas menafikan apa yang diperkatakan oleh media Kementerian Dalam Negeri Mesir mengenai Angkatan Tentera Laut Mesir yang memusnahkan 6 bot kepunyaan Qassam ketika cuba menembusi perairan Mesir.

Hamas berkata dalam kenyataannya hari ini bahawa tuduhan-tuduhan tersebut adalah tidak masuk akal serta tidak berasas. Bijak pandai di Mesir harus menilai semula kedudukan mereka berikutan situasi yang berterusan ini bertujuan untuk menghasut rakyat Palestin termasuk beberapa siri pembohongan yang berlaku sebelum ini. Apa yang menyedihkan adalah ia melibatkan kenyataan rasmi Mesir.

Sumber: حزب الحرية و العدالة - الصفحة الرسمية
#mesirkini
#R4BIA

[Krisis Bahan Api di Gaza Selepas Penutupan Terowong Minyak oleh Tentera Mesir]



Semenanjung Gaza sedang menghadapi krisis bahan api dengan kesan yang serius akibat keputusan tentera Mesir untuk menutup lintasan Rafah dan terowong di sepanjang sempadan.

Mo'men Al-Khozendar, seorang pemilik stesen minyak berkata "Walaupun bahan api dari Mesir tidak berkualiti, tetapi ia tidak meliputi 30-40% daripada keperluan Gaza", katanya di laman web Al Resalah.

Pihak Berkuasa Kualiti Alam di Gaza berkata bahawa krisis gas ini mengancam untuk menghentikan 190 telaga minyak yang menyediakan bagi kebanyakan rakyat Gaza dan 57 stesen untuk mengumpul kumbahan dan mengepam semula ke dalam laut atau kawasan-kawasan lain.

Ia juga menjelaskan bahawa stesen-stesen kini bekerja sangat perlahan dan sudah tidak berfungsi pada potensi mereka yang sepenuhnya.

Satu krisis alam sekitar juga dijangka akan berlaku disebabkan oleh pengumpulan kumbahan disamping empat loji rawatan air yang membuang terus ke dalam laut yang hampir ditutup, dan perkara ini akan membawa kepada pencemaran yang serius di pantai.

Sumber : Ezzedeen Al-Qassam Brigades Information Office
#mesirkini
#R4BIA