Kerajaan Hamas pada hari Ahad berkata mereka "terkejut" mendengar Mesir bercadang membina zon penampan di sepanjang sempadan dengan Tebing Gaza.
Ehab Ghissin, jurucakap bagi kerajaan Hamas berkata tidak sepatutnya wujud zon penampan "antara saudara dan negara sahabat."
Ghissin menzahirkan harapan bahawa tindakan Mesir ini tidak akan "mengukuhkan lagi sekatan" dan meningkatkan kesengsaraan rakyat Gaza.
Beliau menyeru dibangunkan kawasan bebas cukai dan bukan zon penampan di sempadan Tebing Gaza dan Mesir itu.
Akhbar Mesir memetik sumber Palestin berkata 90 peratus terowong seludup di sepanjang sempadan Gaza tidak lagi berfungsi kesan daripada langkah-langkah yang telah diambil pihak keselamatan Mesir.
Sumber tersebut berkata tentera Mesir sedang melaksanakan kempen untuk memusnahkan rumah-rumah dan terowong-terowong "yang tidak pernah dilaksanakan sebelum ini".
Menurut sumber itu lagi, zon penampan yang dicadangkan itu akan berukuran antara 25 dan 500 meter lebar dan sepanjang 10 kilometer.
Sementara itu, puluhan keluarga Mesir berdemonstrasi di bahagian Mesir sempadan Gaza sebagai tanda protes tentera memusnahkan rumah-rumah mereka. Menurut mereka, pihak tentera telah memaklumkan keluarga-keluarga yang tinggal berdekatan dengan sempadan Gaza bahawa mereka akan merobohkan rumah-rumah mereka sebagai sebahagian usaha mereka untuk membangunkan zon penampan di kawasan tersebut.
Keluarga-keluarga tersebut berkata dalam beberapa hari ini tentera Mesir telah memusnahkan rumah-rumah mereka tanpa memeberikan masa untuk mereka memindahkan perabot dan barangan peribadi mereka.
Sumber : Jerusalem Post
#mesirkini
#R4BIA
No comments:
Post a Comment