Monday, 14 December 2015

3 penduduk Palestin maut

Gaza: Tiga penduduk Palestin ditembak mati tentera Israel kelmarin dalam beberapa siri keganasan di Semenanjung Gaza dan Tebing Barat.
Sekumpulan remaja Palestin bertempur dengan tentera rejim Zionis berhampiran Hebron di Tebing Barat yang melepaskan tembakan peluru hidup, kata saksi.
Kementerian Kesihatan Palestin berkata, Uday Jihad Irshaid, 22, maut selepas terkena tembakan peluru hidup di dada dalam satu tunjuk perasaan di Hebron.
Tentera Israel mengesahkan mereka menggunakan peluru hidup, tetapi tidak menyatakan angka korban atau kecederaan.

“Tunjuk perasaan ganas tercetus di Hebron. Ratusan penduduk Palestin membaling batu ke arah askar kami.
“Bagi menyuraikan tunjuk perasaan kami menembak ke arah ketua mereka dan tembakan amaran ke udara,” kata jurucakap tentera Israel.
Adik Uday, Dania, 17, ditembak mati enam minggu lalu selepas cuba menikam seorang askar Israel.
Berhampiran sempadan di Gaza, seorang penduduk Palestin maut dan 12 lagi cedera selepas ditembak tentera Yahudi.
Kementerian Kesihatan Palestin memberitahu, Sami Maadi, 41, mati dalam kejadian di timur kem pelarian Al-Bureij.
“Secara keseluruhan 58 cedera ditembak dalam empat tunjuk perasaan di utara, tengah dan selatan Gaza,” kata kementerian itu.
Pada awal pagi kelmarin, seorang lelaki Palestin yang memandu sebuah kereta ditembak mati selepas dia cuba merempuh pusat pemeriksaan tentera di Halhul, dekat Hebron.
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 13 Disember 2015 @ 5:09 AM


PENDUDUK Palestin berlindung daripada tembakan gas pemedih mata yang dilepaskan tentera Israel dalam satu tunjuk perasaan di sempadan Gaza, kelmarin.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/99862#sthash.azI30VMJ.dpuf

Puluhan rakyat Palestin cedera ditembak

14 DISEMBER 2015

Tentera Israel melepaskan gas pemedih mata ke arah penunjuk perasaan yang berhimpun di perkampungan Abud berhampiran Ramallah dan Nablus, kelmarin. - Foto: AFP

BAITULMAQDIS - PALESTIN . Sekurang-kurangnya 20 rakyat Palestin cedera ditembak tentera Israel dalam pertempuran di sekitar kawasan Tebing Barat yang diduduki, kelmarin.
Seorang pegawai perubatan Palestin yang enggan dikenali memberitahu, tiga pemuda Palestin cedera ditembak peluru hidup, manakala 16 lagi ditembak menggunakan peluru keluli bersalut getah dalam pertempuran di al-Bireh, terletak 15 kilometer ke utara al-Quds.
Dalam pertempuran itu, berpuluh-puluh rakyat Palestin mengalami sesak nafas akibat terhidu gas pemedih mata yang dilepaskan oleh tentera rejim Zionis.
Penduduk tempatan berkata, perhimpunan di al-Bireh itu dianjurkan secara aman oleh pelajar universiti sebelum ia bertukar ganas selepas askar Israel melepaskan tembakan ke arah mereka.
Sementara itu, dalam kejadian berasingan di Kafr Qaddum, seorang remaja 17 tahun cedera di paha selepas ditembak askar Israel.
Mangsa dikenali sebagai Raed Hussam telah dikejarkan ke Hospital Pembedahan Rafidia untuk menerima rawatan perubatan.
Ketegangan di wilayah yang diduduki meningkat secara mendadak sejak Israel mengenakan larangan ke atas penduduk Palestin ke Masjid al-Aqsa sejak Ogos lalu.
Difahamkan, jumlah kematian penduduk Palestin akibat keganasan yang berlanjutan sejak Oktober lalu meningkat kepada 120 orang. - Press T
V