Wednesday 28 September 2016

Shimon Peres mati pada usia 93 tahun


28 September 2016 10:47 AM
SHIMON PERES

SHIMON PERES
TEL AVIV 28 Sept. - Bekas Presiden Israel, Shimon Peres yang menderita penyakit angin ahmar meninggal dunia di sini hari ini pada usia 93 tahun.
Pemimpin rejim Israel itu dimasukkan ke hospital dua minggu lalu dan kelihatan semakin pulih namun semalam kesihatannya secara tiba-tiba mulai merosot.
Maklumat lanjut berhubung pengebumiannya tidak dimaklumkan. - REUTERS
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/shimon-peres-mati-pada-usia-93-tahun-1.388114#sthash.mfeCwdDO.dpuf

Tuesday 27 September 2016

Palestin terancam?


27 SEPTEMBER 2016
Palestin terancam?

Palestin terancam? Trump (kiri) dan Clinton menyatakan komitmen masing-masing untuk menyokong sekutu kuat AS itu.
NEW YORK - AMERIKA SYARIKAT . Dua calon utama Presiden Amerika Syarikat (AS) dilihat sependapat untuk menolak penyelesaian dua negara membabitkan konflik Palestin-Israel.

Kelmarin, dalam satu pertemuan bersama dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu di sebuah hotel di Manhattan, calon Parti Demokrat, Hillary Clinton menyatakan komitmennya untuk menentang sebarang cubaan yang mahu menafikan hak Tel Aviv termasuk kempen Boikot, Lupus dan Sekat (BDS) yang dilancarkan  oleh lebih 170  pertubuhan di Palestin pada 2005.

Bekas Setiausaha Negara AS itu juga menyokong bantuan ketenteraan ke atas sekutu kuat mereka itu.

Beberapa jam sebelum itu, Netanyahu turut bertemu selama hampir 90 minit dengan calon kontroversi dari Parti Republikan di Trump Tower di New York.

Donald Trump dalam satu kenyataan berikrar untuk mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel jika beliau menang dalam perlumbaan untuk merebut jawatan di Rumah Putih pada November depan.  

Jutawan hartanah terbabit menyifatkan Baitulmaqdis Timur yang diduduki Tel Aviv sejak 1967 adalah 'ibu negara kekal' bagi penduduk Yahudi di wilayah itu.

Dalam rundingan damai sebelum ini, Pihak Berkuasa Palestin (PA) pernah menyuarakan hasrat untuk menjadikan wilayah yang menempatkan Masjid al-Aqsa itu sebagai ibu negara selain menentang keras sebarang rancangan Israel untuk mengenakan kawalan sepenuhnya ke atas Baitulmaqdis. - Agensi

Baitulmaqdis ibu negara Israel jika Trump Presiden AS


27 September 2016 12:26 AM
DONALD TRUMP

DONALD TRUMP
NEW YORK 26 Sept. – Calon Pre­siden Amerika Syarikat (AS) daripada Parti Republikan, Donald Trump terus mencetuskan rasa marah khususnya dalam kalangan umat Islam apabila kekal dengan janji untuk mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel jika beliau memenangi pilihan raya November ini.
Kenyataan itu dibuat selepas beliau menerima kunjungan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu di pejabatnya di Wisma Trump dekat sini, sehari sebelum berdepan saingan daripada Parti Demokratik, Hillary Clinton untuk sesi debat pertama mereka.
“Di bawah Trump, AS akan terima mandat Kongres untuk pengiktirafan itu,” kata pejabat kempen beliau.
Menurut kenyataan itu, Trump memberitahu AS akan menyediakan Israel kerjasama strategik serta teknologi ketenteraan luar biasa jika dipilih sebagai Presiden.
Pada Mac lalu, Trump mene­gaskan perkara sama di samping rancangan memindahkan kedutaan AS ke sana ketika berucap di depan kumpulan pelobi pro-Israel, AIPAC.
Dalam pada itu, Hillary memberitahu Netanyahu bahawa beliau menolak penyelesaian yang diusahakan PBB terhadap konflik antara Israel dan Palestin.
Clinton menekankan penyelesaian dua negara dan menolak sebarang cubaan oleh pihak luar termasuk Majlis Keselamatan PBB untuk membuat keputusan. – AFP
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/baitulmaqdis-ibu-negara-israel-jika-trump-presiden-as-1.387651#sthash.F2cUR77A.dpuf

Monday 26 September 2016

Sikap Trump, Hillary ketika bertemu PM Israel


26 SEPTEMBER 2016
Sikap Trump, Hillary ketika bertemu PM Israel

Sikap Trump, Hillary ketika bertemu PM Israel
WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT. Calon Presiden Amerika Syarikat (AS) daripada Parti Republik, Donald Trump menegaskan sekiranya beliau terpilih untuk menjadi Presiden AS, dia akan mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu kota Israel tanpa dikongsi dengan sesiapapun.

Memetik laporan Reuters, kenyataan itu disampaikan Trump dalam pertemuannya bersama Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu yang berlangsung di Trump Tower, New York Ahad lalu.

Dalam pertemuan tertutup itu, Trump berkata, beliau sependapat dengan Netanyahu bahawa isu pendamaian di Timur Tengah hanya akan  tercapai sekiranya negara Palestin dapat membuang sikap kebencian dan kekerasan mereka terhadap Israel.

"Trump menyatakan Israel dan rakyatnya telah menderita terlalu lama kerana berdepan dengan isu keganasan, Trump setuju bahawa masyarakat Israel mahukan kedamaian, namun matlamat itu hanya akan muncul sekiranya Palestin meninggalkan sifat kebencian mereka terhadap Israel sebagai sebuah negara Yahudi," jelas jurucakap kempen Trump.

Pertemuan yang berlangsung selama 90 minit itu memperlihatkan, kedua-dua pihak turut membahasakan mengenai tembok yang dibina Israel di Palestin yang dilihat cukup 'membuahkan hasil' apabila berjaya membawa keamanan di sempadan, oleh itu Trump menegaskan jika beliau terpilih nanti dia juga akan turut membangunkan tembok di sempadan AS-Mexico dan akan melarang umat Islam daripada memasuki AS.

Pada hari yang sama selepas pertemuan bersama Trump, Netanyahu melanjutkan pertemuannya dengan calon Presiden Amerika Syarikat daripada Parti Demokrat  Hillary Clinton, pertemuan diadakan di W Hotel, Union Square.

"Clinton menegaskan adalah amat penting untuk Israel kekal utuh, kerana AS berkongsi banyak plan strategik bersama negara itu," kata pembantu kempen Hillary.

Sementara itu ketika menyentuh mengenai isu Israel dan Palestin, Hillary menegaskan semula komitmennya untuk kedua-dua pihak kembali ke meja rundingan.

"Konflik Israel-Palestin perlu dirunding secara langsung oleh pihak-pihak yang terbabit, agar dapat menjamin masa hadapan Israel sebagai sebuah negara Yahudi yang aman serta dalam masa yang sama memberikan rakyat Palestin ruang kedaulatan," jelas pembantu kempen Hillary.

Pertemuan Hillary dan Netanyahu berlangsung lebih singkat berbanding pertemuan PM Israel itu dengan Trump.

Kunjungan Netanyahu ke New York ini bertujuan untuk menghadiri persidangan PBB di ibu kota AS itu.

Pertemuan Hillary dan Trump bertemu Netanyahu menjelang debat perdana antara kedua-dua calon Presiden AS ini yang akan  berlangsung pada 26 September  di Hofstra University, Hemstead, New York.

Friday 23 September 2016

2017 Tahun Israel Akhiri Penjajahan - Abbas


Diterbitkan: Jumaat, 23 September 2016 3:47 PM

SEBUAH jentolak tentera Israel mengangkut tanah di pintu masuk kampung penduduk Palestin di Bani Naim, timur Tebing Barat pada 21 September 2016. - AFP

NEW YORK: Presiden Palestin, Mahmoud Abbas menggesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk mengisytiharkan tahun 2017 sebagai tahun berakhirnya penjajahan Israel.

Dalam ucapannya pada Persidangan Agung PBB di sini, Khamis, Abbas dengan lantang menyeru masyarakat antarabangsa menyokong usaha untuk menubuhkan sebuah negara Palestin yang bebas dan merdeka.

Israel mula menjajah kawasan penduduk Palestin sejak Jun 1967 dan tahun depan merupakan ulang tahun ke-50 detik-detik hitam tersebut.

"Bagi pihak yang percaya dengan jalan penyelesaian dua negara, mereka perlu mengiktiraf kedua-dua negara yang terlibat (Palestin dan Israel), bukannya satu sahaja negara.

"Selain itu, rejim Zionis juga perlu mengiktiraf Palestin dan menghentikan penjajahan di wilayah kami supaya negara Palestin boleh wujud bersebelahan Israel dengan aman dan selamat.

"Kami sentiasa menghulurkan tangan kepada mereka yang mahu membina keamanan tetapi persoalannya, adakah pemimpin Israel yang mengetuai penjajahan, mahu keamanan dicipta," kata beliau seperti dilaporkan portal Al Jazeera.

Kebanyakan negara-negara anggota PBB telah mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara tetapi Israel dan beberapa negara lain termasuk Amerika Syarikat, Britain dan Jerman enggan berbuat demikian.

Terdahulu, Abbas berkata, aktiviti pembinaan penempatan haram di kawasan Tebing Barat yang dijajah rejim Zionis, hanya akan menghancurkan sebarang usaha penubuhan dua buah negara.

Perkara yang sama pernah dibangkitkan sekutu kuat Israel, Washington pada Ogos lalu yang menyuarakan kebimbangan terhadap tindakan rejim meluluskan projek pembinaan rumah untuk pendatang haram Yahudi di wilayah Palestin.

Abbas juga meminta Britain meminta maaf kerana memainkan peranan dalam perjanjian Balfour pada 1917 yang membenarkan orang Yahudi tinggal di Palestin.

"Britain perlu mengiktriraf Palestin bagi membetulkan kesilapan mereka itu.

"Setidak-tidaknya mereka perlu memohon maaf atas perkara tersebut," kata Abbas.

Friday 16 September 2016

Rejim Zionis bedil Genting Gaza


16 SEPTEMBER 2016
Rejim Zionis bedil Genting Gaza

Rejim Zionis bedil Genting Gaza
GENTING GAZA - PALESTIN. Tentera Israel melancarkan tiga serangan udara di sekitar Gaza di bawah satu lagi tindakan pencerobohan terbaru ke atas wilayah itu.

Agensi berita Safa melaporkan, serangan pertama menyasarkan kawasan terbuka milik kumpulan sayap bersenjata Hamas, Briged al-Qassam di Beit Lahia, awal pagi semalam.

Bedilan kedua mengenai kawasan Shima'a di bandar barat laut itu hingga mencetuskan kebakaran dan disusuli serangan ketiga di pangkalan Yarmouk di kawasan kejiranan Shujaiyya di bandar Gaza.

Bagaimanapun, tiada laporan kematian atau kecederaan dilaporkan.

Difahamkan, insiden serangan balas itu berlaku beberapa jam selepas Tel Aviv mendakwa mortar dibedil ke kawasan terbuka di Eshkol, namun ia tidak menyebabkan sebarang kemusnahan.

Selasa lalu, pesawat pejuang Israel turut menyasarkan kedudukan artileri kerajaan Syria selepas mendakwa serangan mortar dilancarkan dari Bukit Golan, lapor Press TV.

Thursday 15 September 2016

Flotila Baharu Ke Gaza Mula Belayar


Diterbitkan: Khamis, 15 September 2016 3:09 PM

MADRID: Satu flotila baharu yang melibatkan aktivis antarabangsa, memulakan misi ke Semenanjung Gaza dari sebuah pelabuhan di Barcelona, Sepanyol sebagai usaha memecah sekatan yang dikenakan oleh rejim Israel ke atas wilayah Palestin itu.
Dua buah kapal yang menyertai misi tersebut, Amal dan Zaytouna, membawa seramai 11 aktistis wanita setiap kapal, mula belayar pada Rabu di bawah misi "Bot Wanita ke Gaza".
Antara aktivis yang terlibat dalam misi tersebut termasuk anggota Parlimen Kesatuan Eropah dari Sweden, Malin Bjork dan wakil Malaysia, Dr. Fouzia Hassan.
Jurucakap misi tersebut, Zohar Chamberlain Regev berkata, mereka meletakkan sasaran untuk tiba di Gaza pada awal Oktober ini.
"Kami membawa bekalan makanan dan perubatan untuk diberikan kepada penduduk Gaza sebaik tiba di wilayah itu.
"Selain bekalan, kami membawa mesej yang lebih penting iaitu harapan dan solidariti seperti yang diimpikan oleh penduduk Gaza," katanya.

Zohar juga meletakkan harapan yang tinggi agar flotila tersebut tidak dihalang oleh tentera laut Israel dan tiba dengan selamat.
"Kami sedar misi ini bukan ancaman kepada Israel.
"Kami tidak menuju ke pelabuhan Israel dan mereka tidak mempunyai sebab untuk menghalang misi ini," katanya.
Sekatan ke atas Gaza dikuatkuasakan sejak 2007 apabila pergerakan Hamas mengambil-alinh pemerintahan wilayah tersebut.
Kali terakhir misi Bot Wanita ke Gaza dilakukan pada 2015 tetapi dihalang oleh tentera Israel yang bertindak merampas kapal yang mereka naiki.
Pada 2010, rejim Zionis membangkitkan kemarahan antarabangsa apabila menyerang flotila dari Turki sehingga menyebabkan 10 aktivis terbunuh.

Saturday 10 September 2016

Tindakan provokatif Israel


10 SEPTEMBER 2016
Tindakan provokatif Israel
Tindakan provokatif Israel Pembinaan halangan bawah tanah itu bakal mencetuskan kemarahan penduduk Gaza yang hidup di bawah kepungan sejak 2007.
TEL AVIV - Tentera Israel mengesahkan telah membina tembok bawah tanah di sempadan Genting Gaza.

Kelmarin, pegawai Kementerian Hal Ehwal Luar Tentera yang enggan identitinya didedahkan memaklumkan, projek tersebut telah dimulakan sejak beberapa minggu lalu.

Pengesahan itu dibuat sehari selepas laman berita, Ynet melaporkan, pembinaan itu sedang dilakukan di kawasan berhampiran pagar sempadan wilayah Gaza.

"Fasa pertama sekatan bawah tanah itu akan dibina sepanjang 10 kilometer. Tel Aviv telah memperuntukkan kira-kira AS$160 juta (RM652 juta) untuk membina satu bahagian halangan konkrit bawah tanah," jelas laporan itu.

Difahamkan, tembok itu akan dilengkapi sensor bagi mengesan aktiviti penggalian dan tujuan utama pembinaannya adalah menyekat terowong rahsia yang digunakan penduduk Gaza untuk membawa masuk bekalan makanan serta bahan binaan ke wilayah terbabit.

Sebelum ini, kerajaan Mesir turut memusnahkan atau menenggelamkan terowong bawah tanah terbabit yang menjadi laluan perdagangan komersial utama ke Gaza. - Press TV

Netanyahu diaibkan

Reaksi Benjamin Netanyahu (dua dari kanan) apabila Tunahan Kuzu
Ahli Parlimen Belanda enggan salam PM Israel
10 September 2016 12:31 AM

Reaksi Benjamin Netanyahu (dua dari kanan) apabila Tunahan Kuzu (kiri) enggan bersalaman dengannya di bangunan Parlimen Belanda di The Hague, Rabu lalu. AGENSI
THE HAGUE 9 Sept. - Perdana Menteri Israel berdepan detik memalukan apabila seorang Ahli Parlimen Belanda enggan bersalaman dengannya sewaktu beliau mengadakan lawatan kerja ke Parlimen negara ini, kelmarin.
Menurut laporan Arab News, insiden itu berlaku ketika Netanyahu mengadakan pertemuan dengan ahli politik Belanda dan bersalaman dengan mereka di bangunan Parlimen, di sini, kelmarin.
Bagaimanapun ketika tiba giliran Tunahan Kuzu untuk bersalaman dengan Netanyahu, wakil rakyat itu hanya mengangkat ta­ngan kanannya ke dada sebelum meletakkan kembali kedua-dua tangannya ke belakang badan.
Pemimpin Israel itu kemudian dirakam menjelingkan matanya dan tidak mengendahkan Kuzu sebelum beliau meneruskan bersalaman dengan Ahli Parlimen lain.
Insiden itu sempat dirakam dan tersebar di internet, namun menerima pelbagai reaksi daripada orang ramai.
Kuzu yang dilahirkan di Turki sebelum berhijrah ke Belanda semasa kecil merupakan seorang pemimpin parti politik Belanda, Denk, sebuah pergerakan antiperkauman yang diwujudkan pada Februari 2015 bagi memperjuangkan hak pelarian.
Beliau yang turut memakai lencana bendera Palestin pada majlis itu berkongsi detik tersebut di akaun Facebook miliknya.
Kuzu berkata, beliau bukan sahaja tidak bersalaman dengan Netanyahu, malah turut menunjukkan kepada Perdana Menteri Israel itu gambar kanak-kanak Palestin selepas acara rasmi berlangsung.
“Ada antara gambar itu memaparkan kanak-kanak Palestin ditahan oleh tentera Yahudi selain imej tentara mengacukan senjata kepada seorang ibu dan dua anaknya.
“Adakah ini demokrasi? Ada­kah ini teknologi?,” soal Kuzu kepada Netanyahu.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/netanyahu-diaibkan-1.380944#sthash.Vjb5Y5XR.dpuf

Rejim Zionis bina tembok bawah tanah


10 September 2016 12:39 AM
KREN dan jentera berat Israel dilihat berada di sempadan Gaza
KREN dan jentera berat Israel dilihat berada di sempadan Gaza dipercayai untuk membina tembok bawah tanah. AGENSI
TEL AVIV 9 Sept. – Seorang pegawai tentera Israel mendedahkan rejim Zionis telah memulakan pembinaan tembok bawah tanah secara besar-besaran di sepanjang sempadan Semenanjung Gaza.
Tindakan berkenaan dilihat sebagai satu bentuk pencabulan ke atas penduduk Palestin khusus­nya di kawasan berkenaan yang telah dikenakan sekatan oleh Israel sejak Jun 2007 selepas Hamas mengambil alih kuasa di Gaza.
Sekatan itu juga telah menafikan hak 1.8 juta penduduk Gaza seperti kebebasan bergerak, mendapatkan pekerjaan, penjagaan kesihatan serta pendidikan.
Pegawai dari Kementerian Pertahanan itu yang tidak mahu namanya didedahkan berkata, kerja-kerja pembinaan dimulakan minggu lalu.
Agensi beri­ta Israel, Ynet turut melaporkan mengenai pembinaan berkenaan.
Sumber Israel itu mendedahkan regim Tel Aviv telah memper­untukkan dana sebanyak AS$160 juta (RM649 juta) untuk membina satu bahagian dinding halangan bawah tanah.
Laporan Ynet menyebut, tembok itu dibina di sepanjang 60 kilometer sempadan Gaza.
Menurut Israel, pembinaan itu bertujuan menyekat terowong merentas sempadan yang digunakan oleh penduduk Gaza untuk membawa barang-barang asas seperti makanan dan bahan pembinaan.
Mesir juga menyumbang kepada sekatan dengan menutup laluan ke Gaza melalui pintu sempadan Rafah.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/rejim-zionis-bina-tembok-bawah-tanah-1.380953#sthash.HUm8hl3i.dpuf

Friday 9 September 2016

Cara-cara Yahudi AS sokong Israel setiap pertempuran


Eramuslim.com | 03 September 2016.
Para pengguna internet di Mesir menyeru umat Islam mengambil pelajaran dari apa yang dilakukan kumpulan Yahudi Amerika untuk menyokong Israel dalam setiap peperangan. Laman web Israel menyiarkan 54 cara untuk menyokong Israel yang jika cara ini dilakukan sebaliknya, seharusnya boleh bermanfaat untuk menyokong perjuangan Palestin.

Dalam surat elektronik yang dihantar kepada Islamonline disebutkan, sejumlah naskah yang menyeru agar kaum Muslimin melihat bagaimana cara-cara yang dilakukan Yahudi Amerika meraih sokongan dalam perjuangannya menghadapi penentangan umat Islam.

Dalam laman web Yahudi AS itu disebutkan beberapa cara yang sebenarnya, justeru dapat menjadi bumerang bagi Israel. Misalnya saja, salah satu cara menyokong Israel adalah dengan memasarkan pelbagai produk Israel. Cara ini boleh diterbalikkan dengan tindakan memboikot seluruh produk Israel dan AS.

Beberapa cara yang dilakukan Yahudi AS dari 54 cara mereka, adalah:

1. Bercakap dengan suara lantang, jadilah duta Israel jika anda melihat ada orang yang menyerang Israel di internet, di akhbar dan di setiap tempat.

2. Carilah maklumat tentang Israel. Ikut terus menerus pemberitaan akhbar Israel dan kenali maklumat sejarah Israel dari buku-buku.

3. Doa. Berdoalah terus menerus untuk para pemimpin Israel dan agar mereka boleh menguasai bumi, juga untuk para mangsa yang terkena akibat perang, juga untuk pasukan kita agar Tuhan menghancurkan orang-orang yang melakukan serangan bunuh diri terhadap kita.

4. Jalin komunikasi dengan rakan-rakan anda di Israel agar anda turut menyokong mereka dan membangkitkan keberanian mereka untuk menetap di Israel.

5. Tolaklah semua maklumat serong tentang Israel. Media massa adalah cara paling berkesan untuk mempengaruhi pendapat umum dan dasar politik di suatu tempat.

6. Berdermalah untuk Israel secara rutin, setiap hari.

7. Kasihanilah mangsa "keganasan", bayangkan jika anda yang menjadi korban seperti mereka. Perhatikan terus menerus para mangsa dan tolonglah mereka.

8. Ziarahlah ke Israel dan tolak pelbagai institusi pelancongan untuk datang ke Israel. Keluarkan apa yang engkau boleh keluarkan secara ekonomi untuk menyokong ekonomi Israel. Bercakap kepada sesiapa yang anda kenal tentang keindahan Israel. Tanamkanlah syiar, "Pelancongan untuk perang melawan keganasan".

9. Letakkan bendera Israel di setiap tempat, di rumah, di kereta, di pejabat, agar orang semua tahu bahawa anda mencintai dan menyokong Israel.

10. Kurangkan penggunaan minyak, kerana bergantung pada minyak Arab akan memberi kesan kepada politik negara dan juga AS.

11. Gelar demonstrasi dukung Israel. Ini akan menarik perhatian awam dunia dan ahli politik yang akan menyokong Israel.

12. Kenali musuhmu. Dunia Arab dan dunia Islam ada yang berbahasa Inggeris dan ada yang berbahasa Arab. Dapatkan maklumat dan peta apa yang mereka ungkapkan mengenai pembunuhan di Israel di sejumlah laman internet (disebutkan beberapa laman web).

13. Bersatu. Jika anda berbeza pendapat dan berdebat, kita akan dikalahkan oleh musuh. Maka elakkan perdebatan kerana inilah cara yang benar untuk mengembalikan pembangunan Jerussalem dan jangan ada satu orangpun dari kita yang menghalang terwujudnya cita-cita ini.

14. Sebarkan dan ajarkan banyak orang mengenai holocaust, pembunuhan Yahudi oleh Nazi Jerman, agar kita dapat mengambil pelajaran dari masa lalu.

15. Datanglah ke wakil anda di Washington. Duduklah bersama mereka untuk membicarakan apa yang berlaku di Timur Tengah.

Dan pelbagai cara lain yang dipentingkan secara teknikal dalam laman aish.com. Para pengguna internet Islam yang berasal dari Mesir mengajak kaum Muslimin memberi perhatian kepada isu-isu mereka mendapatkan sokongan untuk Israel, jika kata-katanya diterbalikkan, boleh menjadi sebahagian daripada isu-isu kaum Muslimin mendapatkan sokongan bagi penentangan terhadap Israel. (Nastr/iol)

Wednesday 7 September 2016

Abbas, Netanyahu sedia berunding


7 SEPTEMBER 2016
Abbas, Netanyahu sedia berunding

Abbas, Netanyahu sedia berunding Abbas (kiri) dilaporkan bersetuju untuk berunding secara langsung dengan Netanyahu di Rusia.
MOSCOW - RUSIA. Presiden Palestin, Mahmoud Abbas bersetuju untuk berunding secara langsung dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu di Rusia, menurut agensi berita Interfax, kelmarin.

Terdahulu, pejabat Netanyahu memaklumkan pemimpin itu telah mempertimbangkan tawaran Presiden Rusia, Vladimir Putin.

"Netanyahu bersedia dengan rundingan seumpama itu selepas beliau mengadakan pertemuan dengan Timbalan Menteri Luar dari Moscow, Mikhail Bogdanov di Tel Aviv," kata jurucakap pejabat tersebut dalam satu kenyataan.  

Menurutnya lagi, pemimpin Parti Likud itu sentiasa sedia untuk bertemu dengan Abbas tanpa sebarang prasyarat.

Sebelum ini, Presiden Mesir, Abdel Fattah al-Sisi juga pernah menyatakan hasrat Putin untuk menganjurkan sidang kemuncak Israel-Palestin bagi menghidupkan semula rundingan damai yang tertangguh sejak 2014. - Agensi

Tanpa pencerobohan Zionis, ekonomi Palestin mampu pulih

RABU, 7 SEPTEMBER 2016 @ 10:30 AM
 Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).   
BAITULMAQDIS: Ekonomi Palestin mampu pulih dan berkembang dua kali ganda berbanding sekarang jika Gaza dan Tebing Barat tidak diceroboh rejim Zionis, menurut satu laporan disediakan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Dokumen yang memperincikan 'kos ekonomi mengejut' penjajahan Israel disiarkan oleh Persidangan mengenai Perdagangan dan Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNCTAD) pada Selasa. "Ekonomi Palestin boleh berkembang sekurang-kurangnya dua kali ganda tanpa pencerobohan Israel," menurut laporan.

Antara faktor utama bagi kadar pengangguran tinggi dan kemiskinan tegar adalah 'rampasan terhadap tanah, air dan sumber semula jadi lain milik penduduk Palestin'. Ia menambah 'had pergerakan ke atas penduduk dan barangan; pemusnahan aset dan pangkalan produktif', turut menjadi faktor penyumbang dalam kes itu.

 Menurut anggaran terbaru Biro Statistik Pusat Palestin, hampir 27 peratus penduduk wilayah autonomi itu menganggur. Sementara itu, UNCTAD mendedahkan lebih 66 peratus penduduk Palaestin tidak mendapat bekalan makanan mencukupi tahun lalu.

"Proses berterusan merosakkan tanaman dan industri memberi kesan teruk kepada ekonomi Palestin," menurut laporan. Dokumen itu menyatakan di Gaza, pengeluar dinafikan separuh daripada kawasan penanaman dan 85 peratus sumber perikanan. - AGENSI

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/190499

Kereta kebal Israel 
bedil kediaman di Gaza


07 September 2016 12:49 AM
TENTERA Israel melancarkan serangan bertubi-tubi ke kediaman penduduk

TENTERA Israel melancarkan serangan bertubi-tubi ke kediaman penduduk Palestin di Genting Gaza. AFP
GAZA CITY 6 Sept. – Kereta kebal tentera Israel dilapor membedil bertubi-tubi kediaman penduduk Palestin di Genting Gaza hari ini, beberapa hari selepas tentera rejim melancarkan serangan serupa yang mengakibatkan tiga orang cedera di wilayah itu.
Agensi berita Palestin, Naba yang dipetik portal Press TV me­laporkan, kereta kebal Israel menembak peluru artileri ke kawasan penduduk Palestin dan tanah pertanian di bahagian timur bandar Deir al-Balah di te­ngah Gaza, awal pagi ini.
Jurucakap tentera Israel mendakwa, serangan itu dilancarkan sebagai tindak balas kepada serangan oleh seorang pe­nembak tepat Palestin terhadap pasukan khas Israel di timur Deir al-Balah.
Kereta kebal Israel turut membedil dua butir bom ke arah Pangkalan Tentera Kayber yang dimiliki sayap tentera pergerakan Hamas, Briged al-Qassam.
Selain itu, satu lagi pangkalan pergerakan Jihad Islam turut dibedil dalam serangan serupa.
Pada masa sama, menara pengawal tentera Israel di kawasan lintasan Erez di utara sempadan Gaza melepaskan tembakan me­singan ke kedudukan Kementerian Dalam Negeri di Gaza.
Serangan itu mengakibatkan kemusnahan harta benda, namun tiada kecederaan dilaporkan.
Ketika serangan itu berlaku, jet tentera rejim turut menjatuhkan suar di Gaza ketika pesawat pengintip Israel terbang di ruang udara wilayah berkenaan.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/kereta-kebal-israel-8232-bedil-kediaman-di-gaza-1.379470#sthash.sdevF62M.dpuf

Saturday 3 September 2016

Israel Bangun Lagi 241 Rumah di Permukiman Haram Yahudi Tepi Barat



 Thursday, September 01, 2016


RAMALAH - Israel menyetujui pembangunan 284 unit rumah baru di permukiman Yahudi di Tepi Barat yang mereka duduki. Pembangunan ratusan rumah ini disetujui di tengah kecaman internasional yang meningkat di kawasan yang diperebutkan Israel dan Palestina itu.

Keputusan itu dikeluarkan oleh Administrasi Sipil yang dikelola oleh militer Israel di Tepi Barat pada Rabu (31/8). Lembaga ini memberi lampu hijau untuk pembangunan 234 unit rumah untuk kaum lansia di Elkana, 30 rumah di Beit Arye dan 20 tempat tinggal di Givat Zeev, menurut data dari Peace Now, organisasi asal Israel yang memonitor dan menentang pembangunan permukiman.

Keputusan ini diumumkan hanya dua hari setelah koordinator khusus PBB untuk proses perdamaian Timur Tengah, Nickolay Mladenov, menyatakan bahwa pembangunan rumah di permukiman Yahudi tersebut dinilai sebagai praktik ilegal dan menghambat upaya perdamaian dengan Palestina.

Israel, yang menduduki Tepi Barat sejak perang tahun 1967, menolak kritik dari utusan senior PBB itu dengan dalih bahwa kaum Yahudi telah tinggal di Yudea, nama lain dari Tepi Barat, selama ribuan tahun.

Menanggapi komentar Mladenov, Perdana Menteri Palestina Rami Hamdallah menyerukan kepada masyarakat internasional untuk mendesak Israel menghentikan kegiatan permukiman.

Pekan lalu, harian Israel yang berhaluan kiri, Haaretz, melaporkan bahwa Israel berencana memperluas permukiman Yahudi di kota Hebron, Tepi Barat, selama jangka waktu lebih dari satu dekade.

Sekitar 1.000 pemukim, yang dilindungi oleh pasukan Israel, hidup di antara 230 ribu warga Palestina di Hebron. Wilayah ini menjadi saksi mata berbagai kekerasan antar kedua kelompok masyarakat itu.

Laporan yang dirilis oleh Kuartet Perdamaian Timur Tengah, yakni Amerika Serikat, PBB, Uni Eropa dan Rusia, pada Juli lalu menyerukan Israel untuk "menghentikan kebijakan pembangunan permukiman dan perluasan". Dalam laporan itu disebutkan bahwa setidaknya 570 ribu warga Israel tinggal di permukiman.

Upaya pembicaraan damai antara Israel-Palestina terhenti pada 2014, dan hingga kini belum dimulai kembali.

Friday 2 September 2016

Israel Juara Penjajahan


Diterbitkan: Jumaat, 2 September 2016 3:10 PM



TEL AVIV: Bekas pegawai tentera Israel mengakui bahawa rejim Zionis merupakan "juara" dalam aktiviti pencerobohan dan penjajahan yang disifatkan sebagai satu seni.

Bekas Komander Pusat Perintah, Mejar Jeneral Gadi Shamni berkata, tindakan penjajahan itu merupakan satu-satunya penyelesaian terbaik untuk konflik Israel-Palestin walalupun tidak dipersetujui oleh rakyat Palestin.

"Kami menjadikan penjajahan sebagai satu seni.

"Kami adalah juara penjajahan ketika saya mengetuai Pusat Perintah Tentera Israel," kata Shamni ketika berucap di Pusat Unit Disiplin di Herzyliya pada Rabu.

Shamni mengeluarkan kenyataan itu selepas Presiden Palestin, Mahmoud Abbas mengecam Israel kerana menjadikan kawasan penjajahan sebagai penjara terbuka.

Selain itu, Abbas dengan tegas berkata, keganasan akan terhapus jika penjajahan rejim Zionis di bumi Palestin berakhir.

Beliau turut membangkikan semula keganasan yang dilakukan Israel dalam tiga perang sebelum ini di Semenanjung Gaza yang mengakibatkan beribu-ribu orang terbunuh.

"Israel juga telah memenjarakan lebih sejuta rakyat Palestin sejak 1967.

"Jika penjajahan ini berakhir, tiada lagi keganasan di Asia Barat mahupun di seluruh dunia," katanya seperti dilaporkan portal PressTV.