Wednesday 7 September 2016

Kereta kebal Israel 
bedil kediaman di Gaza


07 September 2016 12:49 AM
TENTERA Israel melancarkan serangan bertubi-tubi ke kediaman penduduk

TENTERA Israel melancarkan serangan bertubi-tubi ke kediaman penduduk Palestin di Genting Gaza. AFP
GAZA CITY 6 Sept. – Kereta kebal tentera Israel dilapor membedil bertubi-tubi kediaman penduduk Palestin di Genting Gaza hari ini, beberapa hari selepas tentera rejim melancarkan serangan serupa yang mengakibatkan tiga orang cedera di wilayah itu.
Agensi berita Palestin, Naba yang dipetik portal Press TV me­laporkan, kereta kebal Israel menembak peluru artileri ke kawasan penduduk Palestin dan tanah pertanian di bahagian timur bandar Deir al-Balah di te­ngah Gaza, awal pagi ini.
Jurucakap tentera Israel mendakwa, serangan itu dilancarkan sebagai tindak balas kepada serangan oleh seorang pe­nembak tepat Palestin terhadap pasukan khas Israel di timur Deir al-Balah.
Kereta kebal Israel turut membedil dua butir bom ke arah Pangkalan Tentera Kayber yang dimiliki sayap tentera pergerakan Hamas, Briged al-Qassam.
Selain itu, satu lagi pangkalan pergerakan Jihad Islam turut dibedil dalam serangan serupa.
Pada masa sama, menara pengawal tentera Israel di kawasan lintasan Erez di utara sempadan Gaza melepaskan tembakan me­singan ke kedudukan Kementerian Dalam Negeri di Gaza.
Serangan itu mengakibatkan kemusnahan harta benda, namun tiada kecederaan dilaporkan.
Ketika serangan itu berlaku, jet tentera rejim turut menjatuhkan suar di Gaza ketika pesawat pengintip Israel terbang di ruang udara wilayah berkenaan.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/kereta-kebal-israel-8232-bedil-kediaman-di-gaza-1.379470#sthash.sdevF62M.dpuf

No comments:

Post a Comment