Wednesday, 7 September 2016

Abbas, Netanyahu sedia berunding


7 SEPTEMBER 2016
Abbas, Netanyahu sedia berunding

Abbas, Netanyahu sedia berunding Abbas (kiri) dilaporkan bersetuju untuk berunding secara langsung dengan Netanyahu di Rusia.
MOSCOW - RUSIA. Presiden Palestin, Mahmoud Abbas bersetuju untuk berunding secara langsung dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu di Rusia, menurut agensi berita Interfax, kelmarin.

Terdahulu, pejabat Netanyahu memaklumkan pemimpin itu telah mempertimbangkan tawaran Presiden Rusia, Vladimir Putin.

"Netanyahu bersedia dengan rundingan seumpama itu selepas beliau mengadakan pertemuan dengan Timbalan Menteri Luar dari Moscow, Mikhail Bogdanov di Tel Aviv," kata jurucakap pejabat tersebut dalam satu kenyataan.  

Menurutnya lagi, pemimpin Parti Likud itu sentiasa sedia untuk bertemu dengan Abbas tanpa sebarang prasyarat.

Sebelum ini, Presiden Mesir, Abdel Fattah al-Sisi juga pernah menyatakan hasrat Putin untuk menganjurkan sidang kemuncak Israel-Palestin bagi menghidupkan semula rundingan damai yang tertangguh sejak 2014. - Agensi

No comments:

Post a Comment