Wednesday, 7 September 2016

Tanpa pencerobohan Zionis, ekonomi Palestin mampu pulih

RABU, 7 SEPTEMBER 2016 @ 10:30 AM
 Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).   
BAITULMAQDIS: Ekonomi Palestin mampu pulih dan berkembang dua kali ganda berbanding sekarang jika Gaza dan Tebing Barat tidak diceroboh rejim Zionis, menurut satu laporan disediakan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Dokumen yang memperincikan 'kos ekonomi mengejut' penjajahan Israel disiarkan oleh Persidangan mengenai Perdagangan dan Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNCTAD) pada Selasa. "Ekonomi Palestin boleh berkembang sekurang-kurangnya dua kali ganda tanpa pencerobohan Israel," menurut laporan.

Antara faktor utama bagi kadar pengangguran tinggi dan kemiskinan tegar adalah 'rampasan terhadap tanah, air dan sumber semula jadi lain milik penduduk Palestin'. Ia menambah 'had pergerakan ke atas penduduk dan barangan; pemusnahan aset dan pangkalan produktif', turut menjadi faktor penyumbang dalam kes itu.

 Menurut anggaran terbaru Biro Statistik Pusat Palestin, hampir 27 peratus penduduk wilayah autonomi itu menganggur. Sementara itu, UNCTAD mendedahkan lebih 66 peratus penduduk Palaestin tidak mendapat bekalan makanan mencukupi tahun lalu.

"Proses berterusan merosakkan tanaman dan industri memberi kesan teruk kepada ekonomi Palestin," menurut laporan. Dokumen itu menyatakan di Gaza, pengeluar dinafikan separuh daripada kawasan penanaman dan 85 peratus sumber perikanan. - AGENSI

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/190499

No comments:

Post a Comment