Wednesday 10 June 2015

Israel 'buang' bom di gurun Negev

Israel 'buang' bom di gurun Negev
Loji nuklear Israel yang dibangunkan hasil bantuan daripada Perancis mula beroperasi di gurun Negev sejak tahun 50-an.

JERUSALEM - ISRAEL. Kerajaan Israel dilapor membangun dan meletupkan bom di gurun Negev yang merupakan tempat tinggal kepada sebilangan besar puak Badwi Palestin.

Laporan disiarkan akhbar Haaretz kelmarin itu turut mendakwa, Tel Aviv telah meletupkan 20 bom yang dicampur dengan bahan nuklear untuk menguji seberapa besar pengaruh ledakan tersebut terhadap mereka jika diserang menggunakan senjata radioaktif.

Projek bom nuklear tersebut diberi kod ‘Green Field’ dan dijalankan oleh kakitangan dari loji nuklear Israel di selatan kota Dimona.

Ujian rahsia tersebut berakhir pada 2014, setelah menjalani ujian selama empat tahun.

Tentera Israel enggan mengulas laporan tersebut.

Dalam perkembangan berasingan, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) sebulat suara untuk tidak menyenaraikan Israel sebagai pencabul hak asasi kanak-kanak.

Keputusan itu menimbulkan bantahan dan kemarahan kumpulan hak asasi manusia yang sebelum ini mendesak Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon supaya menyenaraikan Israel ke dalam kelompok negara yang melakukan pelanggaran hak asasi.

Difahamkan, Operasi Perlindungan Sempadan yang dilancarkan Tel Aviv di Genting Gaza Julai lalu telah meragut lebih 500 nyawa kanak-kanak Palestin. - Press TV

PBB tidak senarai keganasan Israel

Badan dunia abai pencabulan hak kanak-kanak Zionis

Empat beradik ini merupakan antara 557 kanak-kanak Palestin yang

Empat beradik ini merupakan antara 557 kanak-kanak Palestin yang terbunuh akibat kekejaman tentera Israel sepanjang perang 50 hari di Gaza pada tahun lalu. AGENSI

NEW YORK 9 Jun - Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) seolah-olah ‘membutakan mata’ terhadap keganasan rejim Zionis Israel di Gaza pada tahun lalu apabila tidak meletakkan rejim Zionis itu dalam ‘Senarai Memalukan’ melibatkan pihak yang mencabuli hak asasi kanak-kanak.
Tindakan PBB itu, sekali gus mengundang kritikan daripada kumpulan hak asasi manusia antarabangsa yang mahu Israel disenaraikan sebagai negara yang mencabul hak asasi kanak-kanak kerana bertanggungjawab terhadap kematian lebih 500 kanak-kanak Palestin ketika melancarkan serangan terhadap pergerakan Hamas.
Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon mengambil keputusan untuk mengecualikan rejim Zionis Israel daripada senarai berkenaan, dan hanya menyuarakan kebimbangan terhadap penderitaan yang ditanggung kanak-kanak Palestin akibat operasi ketenteraan Israel itu.
“Kematian kanak-kanak Palestin yang ramai akibat keganasan Israel pada tahun lalu di Gaza me­rupakan perkara yang tidak boleh diterima dan tidak pernah terjadi.
“Situasi itu mencetuskan kebimbangan terhadap kerjasama Israel untuk mematuhi undang-undang antarabangsa berhubung kemanusiaan, kecuaian tentera dalam melancarkan serangan, dan menghormati undang-undang hak asasi manusia ketika melancarkan operasi ketenteraan,” kata beliau.
Sekurang-kurangnya 561 kanak-kanak Palestin terbunuh dan 4,279 lagi cedera sepanjang 50 hari operasi ketenteraan Israel memerangi Hamas di wilayah Gaza.
Wakil kerajaan Palestin di PBB, Riyad Mansour berkata, kegagalan PBB menyenaraikan Israel sebagai pencabul hak asasi kanak-kanak akan menyebabkan rejim Zionis itu terlepas daripada hukuman, selain meningkatkan penderitaan kanak-kanak Palestin.
Senarai itu bagaimanapun menyenaraikan 51 kumpulan termasuk Boko Haram, al-Qaeda, Taliban dan kumpulan militan Negara Islam (IS), selain tentera Syria, Yemen, Republik Demokratik Congo dan Sudan Selatan.
PBB menyiarkan senarai itu hanya dua bulan selepas satu jawatankuasa siasatan badan dunia tersebut mendapati Israel bertanggungjawab terhadap serangan ke tujuh buah sekolah PBB di Gaza yang digunakan sebagai pusat perlindungan. – AFP
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/pbb-tidak-senarai-keganasan-israel-1.100938#sthash.Voo1kCik.dpuf