Saturday 27 June 2015

Liga Arab desak Israel

Liga Arab desak Israel
Kumpulan penunjuk perasaan berhimpun di Haram al-Sharif di Baitulmaqdis sebagai tanda sokongan terhadap Khader.
KAHERAH - MESIR . Liga Arab mengutuk sekeras-kerasnya layanan buruk dan sebarang bentuk penderaan fizikal yang dilakukan ke atas tahanan Palestin.
Kelmarin, pertubuhan yang dianggotai 22 negara Arab itu turut mendesak pembebasan tahanan yang telah meringkuk di dalam penjara untuk tempoh terlalu lama tanpa diberi peluang untuk membela diri mereka.
Jurucakapnya memaklumkan, Liga Arab turut menggesa masyarakat antarabangsa supaya mengambil langkah efektif untuk membantu membebaskan anggota kanan gerakan Jihad Islam, Khader Adnan, 36, yang nekad mogok lapar lebih 50 hari.
Sementara itu, Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC) memberi amaran terhadap tahap kesihatan Adnan yang didakwa semakin merosot selepas beliau terus mogok lapar sejak lebih sebulan lalu.
Dalam perkembangan lain, usaha pembinaan semula Genting Gaza yang musnah teruk akibat serangan rejim Zionis pada Julai lalu dijangka bermula dalam tempoh beberapa hari lagi.
Jurucakap kerajaan memaklumkan kira-kira 90,000 rumah separa rosak telah dibaiki dengan kerjasama PBB.
Sejak Oktober lalu, lebih 1.1 juta tan bahan binaan dihantar ke wilayah Gaza melalui lintasan Kerem Shalom yang berada di bawah kawalan Israel.  - Press TV

Palestin kemuka bukti jenayah Israel ke ICC


MENTERI Luar Pihak berkuasa Palestin, Riyad al-Maliki (tengah) bercakap kepada media selepas meninggalkan ICC di The Hague kelmarin.


THE HAGUE, Belanda – Pihak berkuasa Palestin menyerahkan bukti pertama kepada Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) ­kelmarin bagi menyokong kempennya supaya Israel disiasat untuk jenayah perang.
“Negara Palestin berikrar akan bekerja sama dengan ICC termasuk memberikan maklumat berkaitan dan kami mengotakan janji tersebut hari ini (kelmarin),” kata Menteri Luar Palestin, Riyad al-Malki.
“Maklumat yang diberikan oleh negara Palestin akan menambat perhatian ICC untuk segera membuka siasatan,” tambahnya.
Pada Januari lepas, ketua pendakwaan ICC, Fatou Bensouda melancarkan siasatan awal untuk melihat sama ada terdapat cukup kukuh untuk siasatan jenayah perang berhubung konflik di Genting Gaza antara rejim Zionis dan gerakan Hamas pada tahun lalu.
Dokumen yang diserahkan kelmarin mengandungi dua fail dengan fail pertama berkaitan jenayah yang dilakukan Israel semasa perang 50 hari di Gaza pada Julai dan Ogos 2014. Perang itu membunuh 2,200 penduduk Palestin dan 773 warga Israel, kebanyakannya anggota tentera.
Fail kedua pula melibatkan pendudukan Israel di Tebing Barat dan Baitulmuqaddis Timur termasuk maklumat berkaitan isu tahanan Pa­lestin. – AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0627&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz3eDVVOjrI 
Hakcipta terpelihara 

Palestin kemuka bukti perang ke ICC

Gambar bertarikh 22 Jun lalu, merakamkan kanak-kanak Palestin

Gambar bertarikh 22 Jun lalu, merakamkan kanak-kanak Palestin bermain di sebalik sisa runtuhan bangunan yang musnah semasa serangan rejim Yahudi di Gaza City. AFP
THE HAGUE 26 Jun – Pihak Berkuasa Palestin (PA) menyerahkan bahan bukti pertama berhubung jenayah perang yang dilakukan oleh Israel kepada Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC), di sini semalam dalam usaha mempercepatkan siasatan oleh mahkamah itu berhubung salah laku yang dilakukan rejim Zionis semasa serangan di Gaza, tahun lalu.
Langkah Palestin itu boleh membuatkan Israel kebingungan kerana rejim tersebut perlu memutuskan sama ada untuk bekerjasama dengan siasatan ICC atau menjadikan mereka terasing sebagai satu daripada beberapa buah negara yang enggan bekerjasama dengan pendakwa raya mahkamah berkenaan.
Israel menafikan jenayah perang dilakukan oleh tenteranya dalam serangan tahun lalu dan menuduh pergerakan Hamas yang menguasai Genting Gaza bertindak kejam dengan melancarkan ribuan roket ke arah kediaman Israel.
Turut hadir di ICC selepas pertemuan dengan Ketua Pendakwa Raya ICC, Fatou Bensouda adalah Menteri Luar Palestin, Riyad al-Maliki.
Riyad berkata, beliau telah mengemukakan dokumen mengenai konflik Gaza, penempatan Yahudi di tanah yang dirampas Israel yang dicadangkan PA sebagai negara Palestin dan layanan tahanan Palestin di penjara Israel.
“Palestin merupakan satu ujian untuk kredibiliti mekanisme antarabangsa itu, satu ujian yang tidak mahu dilihat oleh negara-negara dunia untuk gagal. Palestin telah memutuskan untuk mencari keadilan dan bukannya mahu membalas dendam,’’ kata Riyad.
Sementara itu, jurucakap menteri luar Israel dalam satu ken­yataan berkata, tindakan Palestin itu tidak lebih daripada satu percubaan untuk memanipulasi ICC dan pihaknya berharap bahawa pendakwa raya tidak akan jatuh ke dalam perangkap. – REUTERS
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/palestin-kemuka-bukti-perang-ke-icc-1.107568#sthash.DbySc7K9.dpuf