Saturday, 27 June 2015

Palestin kemuka bukti jenayah Israel ke ICC


MENTERI Luar Pihak berkuasa Palestin, Riyad al-Maliki (tengah) bercakap kepada media selepas meninggalkan ICC di The Hague kelmarin.


THE HAGUE, Belanda – Pihak berkuasa Palestin menyerahkan bukti pertama kepada Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) ­kelmarin bagi menyokong kempennya supaya Israel disiasat untuk jenayah perang.
“Negara Palestin berikrar akan bekerja sama dengan ICC termasuk memberikan maklumat berkaitan dan kami mengotakan janji tersebut hari ini (kelmarin),” kata Menteri Luar Palestin, Riyad al-Malki.
“Maklumat yang diberikan oleh negara Palestin akan menambat perhatian ICC untuk segera membuka siasatan,” tambahnya.
Pada Januari lepas, ketua pendakwaan ICC, Fatou Bensouda melancarkan siasatan awal untuk melihat sama ada terdapat cukup kukuh untuk siasatan jenayah perang berhubung konflik di Genting Gaza antara rejim Zionis dan gerakan Hamas pada tahun lalu.
Dokumen yang diserahkan kelmarin mengandungi dua fail dengan fail pertama berkaitan jenayah yang dilakukan Israel semasa perang 50 hari di Gaza pada Julai dan Ogos 2014. Perang itu membunuh 2,200 penduduk Palestin dan 773 warga Israel, kebanyakannya anggota tentera.
Fail kedua pula melibatkan pendudukan Israel di Tebing Barat dan Baitulmuqaddis Timur termasuk maklumat berkaitan isu tahanan Pa­lestin. – AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0627&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz3eDVVOjrI 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment