Thursday 1 October 2015

Lagi pertempuran di al-Aqsa


Lagi pertempuran di al-Aqsa

1 OKTOBER 2015
Lagi pertempuran di al-Aqsa Lebih 11,000 kanak-kanak terkorban dalam krisis yang tercetus di Syria.

BAITULMAQDIS - PALESTIN. Puluhan cedera selepas kira-kira 60 pelampau Yahudi melakukan tindakan provokasi dengan menyerbu Masjid al-Aqsa dalam kejadian pencerobohan terbaharu di Baitulmaqdis, kelmarin.

Saksi mendakwa insiden itu berlaku selepas tentera rejim Zionis bertindak menangkap mana-mana wanita yang berjaya memasuki pekarangan masjid ketiga suci bagi umat Islam tersebut.

Pertempuran tercetus selepas pihak berkuasa Israel melepaskan tembakan, gas pemedih mata dan bom tangan ke arah sekumpulan pemuda.

"Kumpulan pelampau Yahudi tersebut turut menyembur penyembur lada ke arah kumpulan aktivis," menurut satu laporan.

Difahamkan, ketegangan meningkat selepas Tel Aviv melarang lelaki di bawah usia 50 tahun daripada memasuki kawasan al-Aqsa sejak beberapa hari lalu selepas pertempuran ganas tercetus pada bulan lalu.

Dalam insiden berasingan, puluhan pemuda Palestin mengadakan protes sebagai membantah pencabulan berterusan dilakukan Israel.

Demonstrasi itu turut berarak menuju ke 300 pusat pemeriksaan di utara Baitulaham, namun mereka disuraikan dengan gas pemedih mata.

Difahamkan, tunjuk perasaan itu juga disertai penuntut universiti yang mendesak Tel Aviv supaya menghentikan pencerobohan dan pencabulan hak asasi penduduk Palestin. - PNN

No comments:

Post a Comment