Thursday 1 October 2015

Bendera Palestin akan dikibar di ibu pejabat PBB


PENUNJUK perasaan Palestin mengibarkan bendera negara mereka dekat kampung Wadi Fukin, Tebing Barat pada 26 September 2014.


PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU (PBB), New York – Bendera Palestin dijadualkan dikibar buat kali pertama di ibu pejabat PBB semalam dalam perkembangan yang disifatkan oleh Presiden Mahmoud Abbas sebagai sinar harapan ke arah mencapai negara Palestin merdeka.
Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon dan Mahmoud akan menghadiri majlis menaikkan bendera Palestin yang berlangsung selama 15 minit pada pukul 1 tengah hari (waktu tempatan) sejurus selepas pemimpin Palestin itu berucap di Perhimpunan Agung.
Beratus-ratus pemimpin dunia telah diundang, tetapi seorang pegawai kedutaan Pa­lestin ke PBB berkata, beliau hanya dapat mengesahkan bahawa sebila­ngan besar pemimpin dunia akan menyertai majlis bersejarah itu.
Perhimpunan Agung PBB 10 September lalu mengundi untuk membenarkan bendera Palestin dan Vatican berkibar di ibu pejabat badan dunia itu bersama-sama bendera negara anggotanya.
Resolusi mengenainya diso­kong 119 negara dengan 45 berkecuali, manakala lapan negara menentang termasuk Australia, Israel dan AS.
Menurut akhbar Huffington Post, Mahmoud menggesa masyarakat antarabangsa supaya mengambil peluang daripada majlis itu untuk menyediakan pelan jelas bagi menamatkan penjajahan Israel, di Palestin.
“Masanya sudah tiba untuk mencapai negara Palestin merdeka dan menyelesaikan konflik Palestin-Israel secara aman,” katanya. – AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=1001&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz3nGnX08vS 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment