GENTING GAZA - PALESTIN. Laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menunjukkan, kira-kira 1,500 kanak-kanak Palestin kini menjadi yatim piatu akibat kempen serangan selama 50 hari yang dilancarkan rejim Zionis ke atas wilayah Gaza.Susulan itu, Pengarah Rumah Anak Yatim Al-Amal. Iyad al-Masri memaklumkan, mereka bersedia menerima golongan tersebut memandangkan ia adalah satu-satunya pusat jagaan anak yatim di Genting Gaza."Kami sentiasa membuka pintu buat mereka dan pusat ini menjangkakan 250 hingga 300 anak yatim baharu bakal diterima dalam tempoh terdekat," katanya dipetik oleh Middle East Monitor.Menurutnya lagi, sekatan haram Israel menyebabkan pembinaan bangunan baharu di pusat jagaan itu tergendala dan ia mungkin menyukarkan usaha mereka untuk memberi perlindungan kepada lebih ramai anak yatim.Selain itu, data dikeluarkan PBB mendedahkan sekurang-kurangnya 373,000 kanak-kanak mengalami tekanan emosi selepas Operasi Perlindungan Sempadan tersebut berakhir 26 Ogos lalu.