Monday 8 September 2014

Ugut batal perjanjian dengan Hamas


Ramallah: Presiden Palestin Mahmoud Abbas memberi amaran untuk memutuskan perjanjian penyatuan dengan Hamas jika pergerakan itu tidak membenarkan kerajaan beroperasi di Semenanjung Gaza.

Kenyataannya itu dibuat menjelang perbincangan dengan Presiden Mesir Abdel Fattah al-Sisi di Kaherah.


Dia juga dijadual memberikan ucapan kepada Liga Arab dua minggu selepas gencatan senjata dipersetujui mengakhiri peperangan selama 50 hari dengan Israel-Hamas.

“Kami tidak akan bersetuju berganding bahu dengan Hamas jika keadaan masih sama seperti sekarang dengan kerajaan bayangan yang berkuasa di Gaza sehingga menghalang kerajaan yang dilantik daripada mentadbir sepenuhnya,” katanya dipetik agensi berita rasmi Palestin, WAFA.


Mengikut terma perjanjian April lalu, kerajaan sementara dilantik terdiri daripada teknokrat seterusnya mengakhiri saingan dalam pentadbiran antara Hamas dan Fatah yang menguasai Pihak Berkuasa Palestin.


Kabinet baru itu yang berpangkalan di Ramallah, berkuat kuasa 2 Jun lalu manakala kerajaan Hamas secara rasmi turut berundur pada hari sama. - AFP

Artikel ini disiarkan pada: 2014/09/08

No comments:

Post a Comment