Monday 8 September 2014

74 lagi penyokong Hamas ditahan


8 September 2014


RAMALLAH - PALESTIN. Sekurang-kurangnya 74 penduduk di Tebing Barat ditahan dalam tempoh 10 hari oleh Perkhidmatan Keselamatan Palestin. Jawatankuasa Keluarga Tahanan Politik memberitahu, lebih 30 penduduk menerima waran tangkap, namun mereka enggan menyerah diri. "Terdapat peningkatan ketara dalam penahanan politik dan saman susulan perhimpunan meraikan kemenangan Hamas di Genting Gaza. "Perkhidmatan Keselamatan Palestin kembali menggunakan polisi yang membenarkan penahanan terhadap penyokong Hamas di sekitar bandar di Tebing Barat," menurut kenyataan jawatankuasa itu.   Menurut Middle East Monitor, Israel tetap meneruskan hasrat untuk merampas sebahagian 400 hektar tanah milik penduduk Palestin di Tebing Barat. Kelmarin, rejim Zionis mengusir penduduk di lembah Wad Ben Zeid di selatan bandar al-Khalil bagi meneruskan rancangan perluasan projek penempatan haram di kawasan itu.

No comments:

Post a Comment