Wednesday, 12 November 2014

PBB tubuh badan bebas siasat kesan perang di Gaza


Bekalan simen yang dibawa masuk melalui laluan Kerem Shalom didakwa tidak mencukupi untuk membina puluhan ribu rumah penduduk Gaza.
Bekalan simen yang dibawa masuk melalui laluan Kerem Shalom didakwa tidak mencukupi untuk membina puluhan ribu rumah penduduk Gaza.
NEW YORK - AMERIKA SYARIKAT . Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon menubuhkan badan bebas untuk melakukan siasatan terhadap kesan peperangan selama 50 hari di Genting Gaza yang tercetus pada 8 Julai lalu.

Jawatankuasa lima anggota yang diketuai mejar jeneral bersara dari Jerman, Patrick Cammaert itu akan menyiasat kematian, jumlah mangsa cedera dan nilai kemusnahan sekolah Agensi Bantuan dan Pekerjaan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNRWA) yang turut beberapa kali menjadi sasaran bedilan Israel.

"Panel tersebut juga akan mengkaji dakwaan Israel yang menuduh gerakan Hamas telah menggunakan pusat perlindungan agensi tersebut sebagai tempat untuk menyimpan bekalan senjata mereka," kata timbalan jurucakap PBB, Farhan Haq.

Dalam perkembangan lain, kebanyakan penduduk Palestin dilaporkan terus hidup menderita selepas kediaman mereka musnah akibat dibedil rejim Zionis.

Menteri Perumahan dan Kerja Awam, Mufeed al-Hasayna memberitahu proses penghantaran bahan pembinaan tergendala kerana penutupan laluan sempadan di Genting Gaza.

"Sebanyak 42,000 kediaman perlu dibina semula di wilayah ini, namun kami hanya mempunyai bahan yang cukup untuk membina 900 rumah," katanya lagi meurut laporan Press TV.

PBB tubuh jawatankuasa siasat serangan ke atas sekolah PBB di Gaza



PENUNTUT sekolah berada di dalam bilik darjah yang rosak akibat dibedil dalam pertempuran puak Hamas dengan Israel di Bandar Gaza, awal bulan ini. - Foto AFP
PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon mengumumkan penubuhan sebuah jawatankuasa penyiasatan bagi menyiasat kematian, kecederaan dan kemusnahan di premis PBB ketika peperangan di Gaza baru-baru ini.
Jurucakap PBB, Farhan Haq berkata jawatankuasa bebas lima anggota itu dipengerusikan Patrick Cammaert, major jeneral bersara Belanda yang pernah berkhidmat sebagai penasihat Ban.
Menurut anggaran Palestin, lebih 2,100 rakyat Palestin terbunuh, sebahagian besarnya orang awam, dalam peperangan 50 hari yang bermula pada 8 Julai lalu.
Kira-kira 72 orang pula terbunuh di sebelah pihak Israel.
Beribu-ribu bangunan musnah dan sekurang-kurangnya 223 sekolah di Gaza, sama ada dikendalikan oleh agensi Pelarian PBB atau kerajaan Hamas, menjadi sasaran pertempuran itu.
Turut dijumpai di sekolah PBB ialah tempat simpanan senjata yang tidak digunakan.
Haq berkata setiausaha agung berharap semua pihak akan memberi kerjasama dalam penyiasatan itu.
Menurut Haq, dalam lawatan setiausaha agung ke Gaza pada 14 Oktober lalu, beliau mendapati kemusnahan yang berlaku adalah jauh lebih dahsyat berbanding perang Israel-Hamas pada 2009.
Menurut Haq, Ban berkata tidak ada apa yang lain yang dapat menjadi simbol penderitaan daripada apa yang dihadapi ribuan keluarga yang berlindung di sekolah Jabalia di bawah panji-panji PBB.
"Namun sekolah itu masih dibedil walaupun Israel sudah dimaklumkan oleh PBB.
"Kemudahan PBB lain juga dibedil dan orang awam yang tidak bersalah menghadapi nasib sama.

PENUNTUT sekolah berada di dalam bilik darjah yang rosak akibat dibedil dalam pertempuran puak Hamas dengan Israel di Bandar Gaza, awal bulan ini. - Foto AFP

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon. - Foto AP
"Pembedilan sekolah PBB ini tidak dapat diterima sama sekali," tegas Ban. - AP

Tentera Zionis tembak mati pemuda Palestin

Hebron: Seorang pemuda Palestin terbunuh selepas ditembak tentera Israel dalam pertempuran di selatan Tebing Barat, semalam.
Imad Jawabreh, 22, mati apabila ditembak di dada, menurut sumber hospital, semalam.
Kejadian berlaku berhampiran penempatan haram Yahudi di Kiryat Arba di jalan utama di Hebron, bandar di selatan Tebing Barat.
Tentera Israel semalam mengesahkan anggotanya menembak penunjuk perasaan berkenaan.
Menurut jurucakap tentera rejim itu, kira-kira 150 remaja Palestin menunjuk perasaan ketika kenderaan membawa askar Israel melalui jalan itu. - AFP
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 12 November 2014 @ 5:05 AM




PETUGAS perubatan Palestin mengerumuni mayat Imad di sebuah hospital di Hebron, semalam.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/8379#sthash.hF4RCylA.dpuf

Tel Aviv tingkat kawalan keselamatan

Baitulmaqdis: Israel semalam meningkatkan kawalan keselamatan di semua bandar besarnya dan di Tebing Barat berikutan kebimbangan keganasan merebak selepas dua rakyatnya mati dalam dua serangan berasingan.
Langkah itu diambil sehari selepas seorang penduduk Palestin dari Nablus menikam seorang askar di stesen kereta api di Tel Aviv, menyebabkan anggota tentera berusia 20 tahun itu mati.
Dalam satu lagi kejadian, seorang lelaki Palestin menikam tiga orang di sebuah perhentian bas berhampiran Tebing Barat, menyebabkan seorang wanita mati dan dua lagi cedera.
Keganasan meletus ekoran ketegangan yang berpunca daripada tindakan Israel mencabuli Masjid al-Aqsa dan selepas keganasan rejim itu di Gaza yang menyebabkan lebih 2,100 orang warga Palestin terbunuh.
Sejak beberapa minggu lalu, penduduk Palestin di timur Baitulmaqdis melancarkan bantahan dengan mendakwa pelampau Yahudi secara rahsia cuba menguasai perkarangan Masjid al-Aqsa.
Untuk memburukkan lagi keadaan seorang anggota polis menembak mati seorang penduduk Arab Israel di Kfar Kana, bandar di utara Israel. - AFP
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 12 November 2014 @ 5:06 AM


TENTERA Israel mengawal di jalan utama berhampiran penempatan haram Yahudi di Tekoa, Tebing Barat, semalam.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/8390#sthash.SL6BGJ2s.dpuf

Arab Israel dicabar keluar


Reuters
Baitulmaqdis: Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu semalam secara terbuka mencabar masyarakat Arab Israel yang membantah tindakan polis melepaskan tembakan di sebuah kampung mereka supaya berpindah dan tinggal di bawah pemerintahan Palestin di Tebing Barat dan Gaza.
Anggota Parlimen Israel keturunan Arab, Ahmed Tibi, menyifatkan kenyataan Netanyahu itu, yang paling celupar terhadap penduduk minoriti Arab, sebagai melampau.
Tunjuk perasaan menyerang polis meletus di beberapa perkampungan Arab di Israel sejak polis rejim itu menembak mati seorang lelaki yang didakwa menyerang kenderaan mereka.
“Kepada penduduk Palestin yang menunjuk perasaan menentang Israel dan menyokong sebuah negara Palestin, saya hanya boleh berkata, silakan berpindah ke wilayah yang ditadbir Pihak Berkuasa Palestin atau ke Gaza.
“Saya beri jaminan Israel tidak akan menghalang kamu,” kata Netanyahu.
Masyarakat Arab mewakili 20 peratus daripada lapan juta populasi Israel.
Rundingan antara Israel dan Palestin yang berusaha menubuhkan negara mereka sendiri di Tebing Barat dan Gaza terhenti April lalu selepas rejim Zionis meneruskan pembinaan penempatan Yahudi di tanah Palestin yang mereka jajah.
Kenyataan celupar seperti ini tidak pernah diucapkan oleh perdana menteri sebelum ibni,” kata Tibi kepada wartawan ketika mengulas kenyataan Netanyahu itu.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 12 November 2014 @ 5:05 AM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/8380#sthash.oZTUAOd2.dpuf

Panel khas siasat Israel ditubuh

Fokus kepada serangan baharu 50 hari di wilayah Palestin

Seorang wanita Palestin mendukung anaknya ketika berjalan di kawasan
Seorang wanita Palestin mendukung anaknya ketika berjalan di kawasan perumahan yang musnah dalam serangan Israel di Gaza City, baru-baru ini. – Reuters
GENEVA 11 Nov. - Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon semalam melantik satu panel untuk men­yiasat serangan Israel ke atas rumah perlindungan badan dunia itu ketika perang di Gaza pada Julai lalu dan penemuan senjata Hamas di lokasi milik PBB.
Jurucakap PBB, Farhan Haq berkata, panel yang terdiri daripada lima orang dan diketuai seorang jeneral bersara, Patrick Cammaert akan ‘menilai dan menyiasat sejumlah kejadian yang melibatkan kematian atau kecederaan di premis PBB’.
“Panel itu akan memberi fokus kepada kejadian yang berlaku antara 8 Julai dan 26 Ogos lalu,’’ katanya.
Beliau berkata, selain itu panel tersebut turut dianggotai pakar perundangan, Maria Vicien-Milburn yang merupakan Konsul Je­neral UNESCO; Lee O’Brien yang bertugas di Hal Ehwal Asia Barat, Jabatan Hal Ehwal Politik PBB; Pierre Lemelin dari Kanada dan K.C. Reddy dari India.
“Ki-moon melahirkan harapan panel tersebut akan menerima kerjasama penuh daripada semua pihak terbabit,’’ kata Farhan.
Ki-moon mengumumkan rancangan melakukan siasatan ke atas serangan Israel ke atas sekolah-sekolah milik PBB ketika melawat Gaza pada bulan lepas dan menyifatkan serangan itu sebagai ‘melam­pau’.
Israel mendakwa pergerakan Hamas menggunakan sekolah itu sebagai tempat simpanan senjata dan menafikan pihaknya sengaja menyasarkan kemudahan tersebut yang digunakan sebagai tempat perlindungan orang awam Palestin dalam perang selama 50 hari.
Sekurang-kurangnya lima kemudahan PBB diserang dalam konflik tersebut yang menyaksikan sejumlah besar penduduk Palestin termasuk kanak-kanak, maut. – AFP
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/panel-khas-siasat-israel-ditubuh-1.23630#sthash.8kk6KHDG.dpuf