Baitulmaqdis: Israel semalam meningkatkan kawalan keselamatan di semua bandar besarnya dan di Tebing Barat berikutan kebimbangan keganasan merebak selepas dua rakyatnya mati dalam dua serangan berasingan.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/8390#sthash.SL6BGJ2s.dpuf
Langkah itu diambil sehari selepas seorang penduduk Palestin dari Nablus menikam seorang askar di stesen kereta api di Tel Aviv, menyebabkan anggota tentera berusia 20 tahun itu mati.
Dalam satu lagi kejadian, seorang lelaki Palestin menikam tiga orang di sebuah perhentian bas berhampiran Tebing Barat, menyebabkan seorang wanita mati dan dua lagi cedera.
Keganasan meletus ekoran ketegangan yang berpunca daripada tindakan Israel mencabuli Masjid al-Aqsa dan selepas keganasan rejim itu di Gaza yang menyebabkan lebih 2,100 orang warga Palestin terbunuh.
Sejak beberapa minggu lalu, penduduk Palestin di timur Baitulmaqdis melancarkan bantahan dengan mendakwa pelampau Yahudi secara rahsia cuba menguasai perkarangan Masjid al-Aqsa.
Untuk memburukkan lagi keadaan seorang anggota polis menembak mati seorang penduduk Arab Israel di Kfar Kana, bandar di utara Israel. - AFP
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 12 November 2014 @ 5:06 AM
No comments:
Post a Comment