Wednesday 12 November 2014

Arab Israel dicabar keluar


Reuters
Baitulmaqdis: Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu semalam secara terbuka mencabar masyarakat Arab Israel yang membantah tindakan polis melepaskan tembakan di sebuah kampung mereka supaya berpindah dan tinggal di bawah pemerintahan Palestin di Tebing Barat dan Gaza.
Anggota Parlimen Israel keturunan Arab, Ahmed Tibi, menyifatkan kenyataan Netanyahu itu, yang paling celupar terhadap penduduk minoriti Arab, sebagai melampau.
Tunjuk perasaan menyerang polis meletus di beberapa perkampungan Arab di Israel sejak polis rejim itu menembak mati seorang lelaki yang didakwa menyerang kenderaan mereka.
“Kepada penduduk Palestin yang menunjuk perasaan menentang Israel dan menyokong sebuah negara Palestin, saya hanya boleh berkata, silakan berpindah ke wilayah yang ditadbir Pihak Berkuasa Palestin atau ke Gaza.
“Saya beri jaminan Israel tidak akan menghalang kamu,” kata Netanyahu.
Masyarakat Arab mewakili 20 peratus daripada lapan juta populasi Israel.
Rundingan antara Israel dan Palestin yang berusaha menubuhkan negara mereka sendiri di Tebing Barat dan Gaza terhenti April lalu selepas rejim Zionis meneruskan pembinaan penempatan Yahudi di tanah Palestin yang mereka jajah.
Kenyataan celupar seperti ini tidak pernah diucapkan oleh perdana menteri sebelum ibni,” kata Tibi kepada wartawan ketika mengulas kenyataan Netanyahu itu.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 12 November 2014 @ 5:05 AM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/8380#sthash.oZTUAOd2.dpuf

No comments:

Post a Comment