Wednesday, 6 May 2015

Polis belasah askar Yahudi cetus huru-hara

Polis belasah askar Yahudi cetus huru-hara
Sebuah video viral menunjukkan seorang askar Yahudi minoriti Ethiopia dibelasah polis menjadi pencetus utama protes ganas sepanjang minggu lalu.

TEL AVIV - ISRAEL. Sebuah video viral yang menunjukkan seorang askar Yahudi minoriti Ethiopia dibelasah polis menjadi pencetus utama protes ganas sepanjang minggu lalu.

Menurut CNN, askar tersebut, Koperal Demas Fikadey, 21 sedang dalam perjalanan pulang ke rumahnya apabila beliau ditahan seorang polis.

Berdasarkan rakaman video litar tertutup (CCTV) polis tersebut merampas basikal dan telefon bimbit Fidakey sebelum bertindak ganas.

Seorang lagi polis turut kelihatan menyerbu dan membelasah Fidakey beberapa saat kemudian.

Peristiwa tersebut menyebabkan protes di merata-rata tempat di Israel sebagai langkah mengecam tindakan penindasan terhadap minoriti Ethiopia.

Sebuah protest di Rabin Ahad lepas bertugar ganas apabila penunjuk perasaan bertindak memecahkan cermin kedai dan merosakkan kereta polis.

Seramai 57 pegawai polis cedera manakala 43 penunjuk perasaan ditahan.

Difahamkan, penindasan terhadap minoriti Yahudi Ethiopia oleh polis dan pihak berkuasa telah berlaku selama beberapa tahun di Israel.

Mahkamah Israel arah rumah
penduduk Palestin diroboh

Gambar bertarikh 20 Januari lalu, menunjukkan sebuah jentolak
Gambar bertarikh 20 Januari lalu, menunjukkan sebuah jentolak merobohkan rumah sebuah keluarga Palestin di al-Dirat, selatan Kampung Yatta berhampiran Hebron, Tebing Barat. AFP
BAITULMAQDIS 5 Mei – Kira-kira 450 orang penduduk Palestin berdepan kemungkinan kehilangan tempat tinggal, selepas mahkamah Israel semalam meluluskan permintaan rejim berkenaan untuk memusnahkan penempatan mereka di Tebing Barat.
Laman web Press Tv me­laporkan, Mahkamah Agung Israel meluluskan permohonan Pejabat Pentadbiran Awam untuk memusnahkan khemah dan rumah di Kampung Khirbet Susiya, berhampiran bandar Hebron.
Ketua kampung, Jihad al-Nawajaa berkata, Israel mahu menghapuskan penempatan berkenaan untuk membina taman bagi penempatan haram, sambil menambah ini bukan kali pertama kampung mereka dihancurkan.
“Kami tidak akan menyerahkan tanah ini kepada rejim Zionis. Kami akan tetap tinggal di sini sama seperti 30 tahun lalu,” jelas Jihad.
Menurut Pejabat Koordinasi Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Israel telah memusnahkan hampir 42 buah bangunan milik penduduk Palestin di Ramallah, al-Quds, Jericho, dan al-Khalil sejak 20 Januari lalu.
Dalam perkembangan lain, sekumpulan tentera veteran Israel dalam satu pengakuan, hari ini menyelar tindakan ketenteraan yang dilakukan oleh rejim Zionis ketika menyerang Gaza tahun lalu, tindakan yang disifatkan sebagai menyebabkan banyak orang awam terkorban.
Pengakuan yang terkandung di halaman 237 dalam laporan yang dipanggil sebagai This is how we fought in Gaza itu, dihasilkan daripada temubual secara rambang bersama 60 orang tentera dan pegawai yang terlibat dalam peperangan 50 hari di Gaza.
Temubual berkenaan dijalankan oleh badan bukan kerajaan (NGO) Israel yang dikenali sebagai Breaking the Silence, yang juga merupakan rakan kepada saksi yang pernah menyaksikan dan terlibat dalam operasi ketenteraan menakluk Palestin.
Laporan itu turut menyatakan, terdapat lebih daripada 100 salah laku dilakukan semasa peperangan berlaku. – AFP/AGENSI
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/mahkamah-israel-arah-rumah-8232-penduduk-palestin-diroboh-1.88219#sthash.AmfMr3Pg.dpuf