BAITULMAQDIS 25 Feb. - Polis Israel bertindak menceroboh masuk kompleks masjid al-Aqsa, bagi menyuraikan penunjuk perasaan Palestin yang didakwa melemparkan batu ke arah mereka, di sini hari ini.
Jurucakap polis Israel, Micky Rosenfeld berkata, polis menggunakan bom tangan untuk menyuraikan penunjuk perasaan berkenaan, meningkatkan lagi ketegangan selepas Parlimen Israel dijangka membincangkan rancangan untuk membangunkan kawasan tersebut, lewat hari ini.
Tambah Rosenfeld, tindakan membaling batu telah mengakibatkan dua orang anggota polis cedera dan tiga orang penunjuk perasaan ditahan.
"Polis akan terus berkawal di kawasan berkenaan dan kegiatan pelancongan di sekitar kawasan tersebut tidak terjejas, jelas Rosenfeld. - AFP
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140226/lu_09/Polis-Israel-ceroboh-al-Aqsa#ixzz2uNUveHiI
© Utusan Melayu (M) Bhd