Wednesday, 26 February 2014

Israel serbu al-Aqsa

Israel serbu al-Aqsa
Polis Israel menghalang penduduk Palestin masuk ke pekarangan al-Aqsa. 
26 Februari 2014 BAITULMAQDIS - Pihak berkuasa Israel sekali lagi bertindak biadab menyerbu pekarangan masjid al-Aqsa hingga mencetuskan pertempuran dengan penduduk Palestin, menurut media tempatan, semalam.

Jurucakap polis, Micky Rosenfeld memberitahu kononnya pihak berkuasa terpaksa mengusir penduduk Palestin tersebut selepas mereka bertindak balas membaling batu ke arah anggota keselamatan.

Sementara itu, kakitangan perubatan memaklumkan seramai 15 penduduk Palestin cedera akibat terkena peluru getah dalam insiden itu.

Menurut Press TV, sejak kebelakangan ini rejim Zionis dan golongan Yahudi sengaja meningkatkan  serangan mereka dengan tujuan untuk mencetuskan konfrontasi ganas di masjid yang menjadi kiblat pertama orang Islam itu.

Awal bulan lalu, polis Israel menggempur pekarangan masjid al-Aqsa selepas solat Jumaat dan mereka didakwa turut menggunakan tindakan kekerasan ke atas penduduk Palestin.

Aktivis hak asasi manusia melaporkan sekurang-kurangnya 20 termasuk kanak-kanak cedera dalam kejadian itu.

Difahamkan, ketegangan semakin memuncak selepas Knesset dijangka membincangkan rang undang-undang yang dicadangkan oleh Ahli Parlimen, Moshe Feiglin untuk mengisytiharkan kawasan sekitar al-Aqsa sebagai wilayah kedaulatan Israel.

Sebelum ini, Pihak Berkuasa Palestin dan gerakan penentangan Hamas telah memberi amaran keras dan akibat yang akan ditanggung oleh Israel jika mereka tetap meneruskan rancangan tersebut.

No comments:

Post a Comment