Tuesday, 22 December 2015

Rancangan jahat Zionis

Rancangan jahat Zionis


22 DISEMBER 2015

 Polis Israel berkawal di kem pelarian Shuafat di Baitulmaqdis Timur sebagai langkah berjaga-jaga terhadap ancaman bom kereta, awal bulan ini. Foto: AFP

TEBING BARAT - PALESTIN. Rancangan Israel untuk melucut dan merampas hak pemastautin dijangka memberi kesan kepada puluhan ribu penduduk Palestin di Baitulmaqdis Timur.
Ketika ini, kira-kira 350,000 rakyat Palestin memegang permit penduduk di Baitulmaqdis Timur dan bekerja serta tinggal di beberapa kem pelarian di bandar berkenaan.
Sebelum ini, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu membayangkan untuk melaksanakan rancangan merampas hak pemastautin penduduk Palestin di bandar berkenaan, ekoran bimbang dengan keganasan yang semakin memuncak di Tebing Barat sejak dua bulan lalu.
Menurut angka rasmi, kira-kira 145,000 penduduk Palestin tinggal di luar tembok pemisah yang dibina sepanjang Tebing Barat dan memisahkan kawasan milik Palestin.
Manakala 195,000 orang lagi tinggal di dalamnya.
"Jika hak penduduk Palestin yang tinggal di dalam tembok pemisah dinafikan, dikhuatiri mereka juga akan bertukar menjadi penjenayah," kata pakar hal ehwal penempatan Palestin, Kahil Tufakji.
Kata Kahil lagi, cadangan Netanyahu itu turut memberi kesan kepada kawasan perumahan penduduk Arab Palestin di Jabel Mukaber, al-Issawiya, at-Tur dan Beit Hanina. - Independen
t

TPM Israel letak jawatan


TPM Israel letak jawatan

22 DISEMBER 2015

TEL AVIV - ISRAEL. Timbalan Perdana Menteri Israel, Silvan Shalom meletak jawatan berikutan dakwaan melakukan gangguan seksual ke atas beberapa wanita. Shalom yang juga merupakan Menteri Dalam Negeri membuat keputusan itu kelmarin lapor Reuters.
Beliau turut mengumumkan menarik diri sebagai anggota Parlimen Israel (Knesset).
Media Israel melaporkan, hampir 12 wanita tampil dengan dakwaan gangguan seksual terhadap Shalom tetapi tidak membuat aduan rasmi dan tiada dakwaan difailkan.
Susulan itu, Peguam Negara, Yehuda Weinstein telah mengarahkan polis menyiasat dakwaan tersebut.
"Saya telah membuat keputusan untuk meletakkan jawatan sebagai menteri dan anggota Knesset," kata Shalom dalam satu kenyataan.
Shalom bukan ahli politik Israel pertama yang meletak jawatan akibat skandal salah laku seksual. Pada 2007, Presiden Israel Moshe Katsav meletak jawatan dan dipenjara 7 tahun selepas didapati bersalah merogol pembantunya ketika beliau masih berkhidmat sebagai menteri Kabinet pada akhir 90-an. 

TPM Israel letak jawatan



BAITULMUQADDIS – Timbalan Perdana Menteri Israel yang juga Menteri Dalam Negeri, Silvan Shalom memaklumkan kelmarin bahawa beliau meletak jawatan dan meninggalkan dunia politik.
Keputusan itu dibuat susulan laporan media bahawa Shalom terlibat dalam dakwaan gangguan seksual .
“Berikutan situasi ini, saya membuat keputusan meletak jawatan sebagai menteri dan anggota Parlimen,” kata­nya dalam satu kenyataan akhbar.
Peguam Negara Israel telah mengarahkan polis untuk menyiasat laporan berkenaan, jelas Kementerian Kehakim­an dalam satu kenyataan selepas pengumuman Shalom.
Akhbar Israel, Haaretz sebelum ini melaporkan beberapa dakwaan salah laku seksual oleh bekas kakitangan Shalom.
Pada minggu lalu, akhbar itu melaporkan seorang bekas kakitangan Shalom membuat tuduhan dia pernah menjadi mangsa menteri itu tetapi tidak membuat laporan polis.
“Wanita itu mendakwa, bahawa Shalom pernah me­mintanya melakukan seks oral sekali gus menyalahgunakan kuasanya dalam satu kejadian, 20 tahun lalu,” lapor akhbar tersebut.
Tuduhan sama timbul tahun lalu ketika Shalom daripada Parti Likud pimpinan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu disebut-sebut sebagai calon pilihan utama bagi menggantikan Shimon Peres sebagai Presiden Israel.
Akhbar Jerusalem Post pula melaporkan 11 wanita mendakwa bahawa Shalom pernah melakukan gangguan seksual terhadap mereka.
Akhbar itu turut mendedahkan kedudukan Shalom di Parlimen akan digantikan oleh wakil rakyat Parti Likud pertama yang membuat pengakuan terbuka bahawa dirinya gay, Amir Ohana. – AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=1222&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm#ixzz3uzqJGmez 
Hakcipta terpelihara