Tuesday 22 December 2015

TPM Israel letak jawatan



BAITULMUQADDIS – Timbalan Perdana Menteri Israel yang juga Menteri Dalam Negeri, Silvan Shalom memaklumkan kelmarin bahawa beliau meletak jawatan dan meninggalkan dunia politik.
Keputusan itu dibuat susulan laporan media bahawa Shalom terlibat dalam dakwaan gangguan seksual .
“Berikutan situasi ini, saya membuat keputusan meletak jawatan sebagai menteri dan anggota Parlimen,” kata­nya dalam satu kenyataan akhbar.
Peguam Negara Israel telah mengarahkan polis untuk menyiasat laporan berkenaan, jelas Kementerian Kehakim­an dalam satu kenyataan selepas pengumuman Shalom.
Akhbar Israel, Haaretz sebelum ini melaporkan beberapa dakwaan salah laku seksual oleh bekas kakitangan Shalom.
Pada minggu lalu, akhbar itu melaporkan seorang bekas kakitangan Shalom membuat tuduhan dia pernah menjadi mangsa menteri itu tetapi tidak membuat laporan polis.
“Wanita itu mendakwa, bahawa Shalom pernah me­mintanya melakukan seks oral sekali gus menyalahgunakan kuasanya dalam satu kejadian, 20 tahun lalu,” lapor akhbar tersebut.
Tuduhan sama timbul tahun lalu ketika Shalom daripada Parti Likud pimpinan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu disebut-sebut sebagai calon pilihan utama bagi menggantikan Shimon Peres sebagai Presiden Israel.
Akhbar Jerusalem Post pula melaporkan 11 wanita mendakwa bahawa Shalom pernah melakukan gangguan seksual terhadap mereka.
Akhbar itu turut mendedahkan kedudukan Shalom di Parlimen akan digantikan oleh wakil rakyat Parti Likud pertama yang membuat pengakuan terbuka bahawa dirinya gay, Amir Ohana. – AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=1222&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm#ixzz3uzqJGmez 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment