Tuesday, 22 December 2015

TPM Israel letak jawatan


TPM Israel letak jawatan

22 DISEMBER 2015

TEL AVIV - ISRAEL. Timbalan Perdana Menteri Israel, Silvan Shalom meletak jawatan berikutan dakwaan melakukan gangguan seksual ke atas beberapa wanita. Shalom yang juga merupakan Menteri Dalam Negeri membuat keputusan itu kelmarin lapor Reuters.
Beliau turut mengumumkan menarik diri sebagai anggota Parlimen Israel (Knesset).
Media Israel melaporkan, hampir 12 wanita tampil dengan dakwaan gangguan seksual terhadap Shalom tetapi tidak membuat aduan rasmi dan tiada dakwaan difailkan.
Susulan itu, Peguam Negara, Yehuda Weinstein telah mengarahkan polis menyiasat dakwaan tersebut.
"Saya telah membuat keputusan untuk meletakkan jawatan sebagai menteri dan anggota Knesset," kata Shalom dalam satu kenyataan.
Shalom bukan ahli politik Israel pertama yang meletak jawatan akibat skandal salah laku seksual. Pada 2007, Presiden Israel Moshe Katsav meletak jawatan dan dipenjara 7 tahun selepas didapati bersalah merogol pembantunya ketika beliau masih berkhidmat sebagai menteri Kabinet pada akhir 90-an. 

No comments:

Post a Comment