Wednesday, 23 September 2015

Atasi perbalahan elak intifada


Paris: Presiden Palestin Mahmoud Abbas semalam memberi amaran kemungkinan berlaku intifada jika perbalahan masih berterusan di pekarangan Masjid Al-Aqsa.

Bercakap selepas menemui pemimpin Perancis Francois Hollande di Paris, Mahmoud berkata: “Keadaan sekarang amat berbahaya. Ada kemungkinan berlaku intifada dan sudah pasti kita semua tidak mahukan itu terjadi.”

Sehubungan itu, dia menggesa Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu menghentikan kekacauan di tempat suci berkenaan.

Keadaan di Masjid Al-Aqsa tegang berikutan beberapa pertempuran kecil di lokasi itu pada hari tahun baru Yahudi, minggu lalu.

Pihak berkuasa Israel juga dalam keadaan berjaga-jaga menjelang perayaan Aidiladha sehari selepas sambutan Yahudi, Yom Kippur hari ini.

Mahmoud juga dijadualkan menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York di mana Setiausaha Agung Ban Ki-Moon akan menemui menteri luar dari Mesir, Jordan dan Arab Saudi serta setiausaha agung Liga Arab dalam usaha menghidupkan semula rundingan damai dalam konflik Israel-Palestin. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 23 September 2015 @ 8:12 AM

SEORANG lelaki sujud dan wanita melaungkan slogan memprotes orang Yahudi melawat Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/79555#sthash.fAMdrN5U.dpuf

Pemuda Palestin mati ditembak tentera Israel


AFP - AHLI keluarga pemuda Palestin, Dia al-Talahmeh meratapi kematiannya di sebuah hospital di bandar Hebron semalam.


HEBRON – Seorang pemuda Palestin terbunuh semasa operasi tentera Israel di selatan Tebing Barat sebelum waktu Subuh semalam.
Dalam kejadian berasingan, seorang wanita cedera selepas ditembak tentera rejim Zionis yang didakwa cuba menikam seorang anggota mereka.
Kedua-dua kejadian itu berlaku di kawasan Hebron ketika ketegangan memuncak menje­lang cuti Aidiladha dan Yom Kippur di samping pertempuran selama tiga hari di kawasan Masjid al-Aqsa di Baitulmuqaddis minggu lalu.
Seorang jurucakap tentera Israel berkata, lelaki Palestin itu maut disebabkan bahan letupan yang dia ingin lontar kepada sebuah kenderaan tentera.
Anggota keselamatan Palestin bagaimanapun mendakwa lelaki itu ditembak mati tentera Israel di kampung Dura berhampiran Hebron. Mang­sa dikenali sebagai Dia al-Talahmeh, 21.
Jurucakap Israel itu memaklumkan satu rondaan diadakan bagi membersihkan longgokan batu yang menghalang sebuah jalan raya di pinggir Hebron.
“Anggota tentera terbabit mendengar satu letupan dan selepas diperiksa mereka mene­mui mayat seorang lelaki Pa­lestin terbunuh disebabkan bahan letupan yang dia ingin lontar kepada kendera­an kami,” katanya.
Dalam kejadian lain, tentera Israel menembak dan mencede­rakan seorang wanita Palestin di berhampiran pusat bandar Hebron, kata beberapa saksi. Tentera Israel mendakwa wanita itu cuba menikam anggota mereka. – AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0923&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz3mVYHuc7R 
Hakcipta terpelihara