Monday 30 June 2014

Duta khas AS letak jawatan


  • Martin IndykMartin Indyk

WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT. Duta khas Amerika Syarikat (AS) untuk rundingan damai antara Israel dan Pihak Berkuasa Palestin meletakkan jawatan susulan kegagalan mencapai kata sepakat.

Memetik laporan Reuters, Jabatan Negara AS mengumumkan, Martin Indyk yang dilantik ke jawatan duta oleh Setiausaha Negara, John Kerry Julai lalu akan kembali ke jawatan asal beliau selaku Naib Presiden dan Pengarah Dasar Luar di Institusi Brookings.

Bulan lalu, Indyk menyalahkan Israel tentang kegagalan rundingan damai itu kerana rejim Zionis enggan membekukan penempatan haram sebaliknya meningkatkan lagi aktiviti pembinaan selain meningkatkan serangan.

April lalu, AS, Eropah Barat, Rusia dan Jepun memberi amaran bahawa Israel boleh menjadi negara aparteid jika perbincangan dengan Palestin gagal.

Zionis serbu rumah penduduk Palestin

Zionis menggunakan jentolak ketika serbuan. -Foto: EPA
Zionis menggunakan jentolak ketika serbuan. -Foto: EPA
TEBING BARAT - Tentera Zionis meningkatkan tekanan menjelang Ramadan dengan menyerbu lebih banyak rumah penduduk Palestin.

Kelmarin,  mereka menyerbu rumah di Jenin  dengan merobohkan kediaman terbabit menggunakan jentolak.

Sejak kehilangan tiga remaja Israel 12 Jun lalu, tentera dikatakan membunuh beberapa penduduk Palestin dan menahan lebih 400 orang termasuk penggubal undang-undang Hamas.

Terdahulu, rejim menuduh gerakan Hamas menculik remaja berkenaan.

Bagaimanapun, Hamas menolak dakwaan itu dengan mengatakan Israel sengaja membuat tuduhan melulu bertujuan mensabotaj pembentukan kerajaan perpaduan yang baharu diwujudkan antara Hamas dan Fatah. - AFP

Israel lancar 12 serangan udara ke Gaza


GAZA CITY 29 Jun - Tentera Israel melancarkan 12 bedilan udara ke Genting Gaza malam semalam dan hari ini, mencederakan dua orang selepas beberapa siri serangan udara didakwa mengenai selatan Israel.
Jurucakap Kementerian Dalam Negeri di Gaza berkata, serangan lewat malam semalam dan awal hari ini menyasarkan kawasan tepi pantai dan mengakibatkan kerosakan di Gaza City.
"Sebanyak 12 bedilan dilancarkan dalam dua peringkat. Bedilan itu ditujukan ke arah kedudukan kumpulan pejuang," katanya. - AFP