• Martin IndykMartin Indyk

WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT. Duta khas Amerika Syarikat (AS) untuk rundingan damai antara Israel dan Pihak Berkuasa Palestin meletakkan jawatan susulan kegagalan mencapai kata sepakat.

Memetik laporan Reuters, Jabatan Negara AS mengumumkan, Martin Indyk yang dilantik ke jawatan duta oleh Setiausaha Negara, John Kerry Julai lalu akan kembali ke jawatan asal beliau selaku Naib Presiden dan Pengarah Dasar Luar di Institusi Brookings.

Bulan lalu, Indyk menyalahkan Israel tentang kegagalan rundingan damai itu kerana rejim Zionis enggan membekukan penempatan haram sebaliknya meningkatkan lagi aktiviti pembinaan selain meningkatkan serangan.

April lalu, AS, Eropah Barat, Rusia dan Jepun memberi amaran bahawa Israel boleh menjadi negara aparteid jika perbincangan dengan Palestin gagal.