Monday 29 June 2015

Kapal bantuan Gaza disabotaj

Kapal bantuan Gaza disabotaj
Kapal Marianne of Gothenburg yang membawa aktivis antarabangsa telah berlepas dari Sweden pada akhir Mei lalu.

STOCKHOLM - SWEDEN . Sebuah daripada kapal yang membawa bantuan kemanusiaan untuk warga Gaza di Palestin telah disabotaj, kelmarin.
 
Kapal Marianne of Gothenburg yang membawa aktivis pro-Palestin termasuk Ahli Parlimen Israel, Basel Ghattas itu didakwa telah disabotaj ketika berlabuh di perairan Mediterranean.
 
"Seseorang telah menyelam ke bawah kapal pada waktu malam dan sengaja merosakkan kipas. Ia perbuatan khianat sama yang pernah berlaku pada 2011," kata aktivis Sweden, Dror Feiler.
 
Menurut Feiler lagi, kerosakan itu boleh membahayakan keadaan kapal sekiranya meneruskan pelayaran.
 
Namun katanya, insiden itu tidak melemahkan semangat aktivis untuk cuba memecah sekatan Israel.
 
Difahamkan, kapal tersebut tutut membawa bantuan perubatan dan peralatan lain seperti panel solar untuk penduduk Palestin.
 
Kapal terbabit telah berlepas dari Sweden pada akhir Mei lalu dan dijangka tiba di Gaza pada akhir bulan ini.
 
Sementara itu, jurucakap tentera rejim Zionis dengan angkuh memberitahu mereka tidak akan membenarkan mana-mana kapal menyeberangi sempadan perairan untuk memasuki ke wilayah Gaza. - Press TV 

Remaja Palestin cedera ditembak

Remaja Palestin cedera ditembak
Insiden pergelutan tercetus selepas rejim Zionis bertindak melepaskan tembakan peluru getah dan gas pemedih mata.
29 Jun 2015
RAMALLAH - PALESTIN. Seorang remaja Palestin berusia 14 tahun cedera akibat terkena tembakan rambang yang dilepaskan tentera rejim Zionis ketika cuba menyuraikan kumpulan penunjuk perasaan di Tebing Barat.

Jurucakap pihak berkuasa, Murad Shteiwi memaklumkan ratusan penunjuk perasaan menyertai protes di Kafr Qaddum terletak 17 kilometer (km) di timur Qalqilya sebagai membantah penutupan laluan masuk utama ke bahagian selatan bandar tersebut.

"Pihak berkuasa Israel menyerang kumpulan penunjuk perasaan dan melepas tembakan peluru getah serta gas pemedih mata.

Pada 20 Julai lalu, seorang remaja berumur 15 tahun cedera dalam pertempuran di bandar al-Bireh. - Press TV

Vatican, Palestin tandatangan perjanjian


Paul Richard Gallagher (kanan) bertukar dokumen perjanjian pertama

PAUL RICHARD GALLAGHER (kanan) bertukar dokumen perjanjian pertama dengan Riad al-Malki kelmarin. - AFP
VATICAN CITY 28 Jun – Pihak berkuasa Vatican menandatangani perjanjian pertama dengan ‘Negara Palestin’ kelmarin, yang menggesa satu `keputusan berani’ perlu dibuat bagi menamatkan konflik Palestin-Israel dan menyokong pembentukan dua buah negara.
Perjanjian itu merupakan pengiktirafan rasmi Vatican terhadap Negara Palestin, selepas mengiktiraf Palestin pada 2012 yang menimbulkan kemarahan Israel.
Menteri Luar Vatican, Ketua Biskop Paul Richard Gallagher berharap perjanjian itu akan menjadi pencetus dalam membuat keputusan yang berani bagi menamatkan konflik Palestin-Israel yang telah berlarutan sejak sekian lama dan menyebabkan penderitaan kepada kedua-dua pihak yang bertelagah.
“Rundingan damai secara langsung antara pihak Palestin dan Israel perlu disambung semula dan membawa kepada penyelesaian penubuhan dua buah negara.
“Keadaan ini memerlukan satu keputusan berani tetapi akan menyumbang kepada keamanan dan kestabilan di rantau berkenaan,’’ katanya pada majlis menandatangani perjanjian berkenaan.
Beliau berkata, perjanjian berkenaan juga boleh menjadi model berhubung kebebasan beragama dan nilai moral untuk negara Arab dan negara Islam lain.
Menteri Luar Palestin, Riad al-Malki berkata, perjanjian itu diharap dapat membantu membawa kepada pengiktirafan hak rakyat Palestin untuk menubuhkan negara sendiri yang bebas dan bermaruah serta bebas daripada penjajahan.
Vatican telah mengiktiraf Palestin sejak 2012 yang menimbulkan kemarahan Israel.
Perjanjian itu yang melibatkan aktiviti Gereja Katholik di kawasan yang dikawal Pihak Berkuasa Palestin, merupakan antara polisi luar Vatican di bawah pimpinan Pope Francis.
Vatican mahu memainkan lebih banyak peranan diplomatik di Asia Barat yang menyaksikan penduduk Kristian terpaksa melarikan diri dari kediaman masing-masing ekoran konflik di Syria, Iraq dan beberapa negara Islam lain. – REUTERS
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/vatican-palestin-tandatangan-perjanjian-1.108210#sthash.Pu6DFWNS.dpuf