RAMALLAH - PALESTIN. Lebih 70 tahanan Palestin meneruskan mogok lapar yang masuk hari ketujuh bagi memberi tekanan kepada Israel untuk menghentikan dasar kurungan seorang diri ke atas mereka.
Sebuah pertubuhan bukan kerajaan mengesahkan jumlah tahanan yang nekad menyertai mogok lapar tersebut kini mencecah kepada 100 orang.
Sementara itu, Jawatankuasa Tahanan Palestin turut mengecam keputusan rejim Zionis untuk menempatkan mereka dalam kurungan seorang diri.
"Tindakan tersebut sememangnya melanggar undang-undang dan kami menggesa supaya masyarakat antarabangsa mengambil langkah segera untuk mendesak Israel menghentikan pencabulan hak seumpama ini," kata jurucakapnya.
Menurut aktivis, pihak berkuasa Israel telah memindahkan beberapa tahanan ke penjara lain kononnya sebagai langkah untuk menghentikan protes tersebut.
Difahamkan, lebih 30 tahanan kini ditempatkan di kurungan seorang diri dalam keadaan tidak berperikemanusiaan di penjara Eshil, Nafha, Majeddo, Asqalan, Ramla dan Ramon.
Dalam perkembangan lain, Ketua Perunding Palestin, Saeb Erakat memberitahu Palestin akan mengemukakan draf resolusi kepada Majlis Keselamatan PBB dalam masa terdekat.
"Kami mahu satu resolusi yang jelas dan spesifik untuk membentuk Palestin sebagai sebuah negara mengikut perjanjian sempadan 1967," jelasnya.
September lalu, Liga Arab telah meluluskan draf resolusi itu dengan menetapkan 2016 sebagai tarikh akhir kepada Israel untuk berundur dari wilayah Palestin yang diduduki sejak lebih tujuh dekad lalu. - Press TV