Saturday 13 September 2014

Khales Meshaal berucap selepas mengadakan perjumpaan dengan Presiden Tunisia. Beliau berkata;



Kami dengan hati terbuka memaafkan semua pihak yang mengabaikan kami sebelum ini dan kami menyeru agar dibuka satu lembaran kerjasama yang baru. 

Sumber: Shehab News Agency 

Khaled Meshaal menjawab ketika diajukan persoalan mengenai tuduhan yang menyamakan HAMAS dengan kumpulan militan yang lain:



HAMAS telah menunjukkan satu model contoh dan menyeru agar seluruh dunia mencontohinya. Model tersebut ialah;

1. Mencipta sebuah kekuatan ketenteraan mengikut kemampuan kami untuk berhadapan dengan penjajah Israel sahaja, bukan dengan mana-mana kumpulan lain yang wujud di bumi kami selain daripada penjajah.

2. Pemikiran wasatiyah yang bertepatan dengan Al-Qur'an dan Sunnah yang kami beriman dengannya dan melaziminya.

3. Percaturan politik yang luas merangkumi seluruh negara antarabangsa.

Sumber: Shehab News Agency

Timbalan Biro Politik HAMAS, Ismail Haniyeh berkata;

Timbalan Biro Politik HAMAS, Ismail Haniyeh berkata;

Pembangunan ketenteraan para pejuang adalah satu perkara yang bertepatan dengan syarak, dan akan kekal sehinggalah pembebasan bumi Palestin daripada ZIonis.

Sumber: Shehab News Agency
 

palestin

43 tentera Israel enggan khidmat


Pengumuman yang dibuat melalui surat yang diedarkan kepada media berbahasa Yahudi, merujuk kepada tugas perisikan tentera di wilayah Palestin yang dijajah, termasuk pembunuhan terancang dan pengawasan yang mencabuli hak orang awam.
Askar dan pegawai skuad elit Unit 8200 yang bekerja rapat dengan pasukan keselamatan Israel itu mengumumkan mereka tidak lagi mahu meneruskan perkhidmatan mereka dalam pasukan berkenaan yang mereka anggap mengancam hak asasi jutaan rakyat Palestin, menurut laporan akhbar Yediot Aharonot.
“Kami menyeru semua tentera yang sedang atau yang akan berkhidmat dalam unit berkenaan dan seluruh rakyat Israel untuk menyuarakan bantahan ke atas pencabulan ini dan berusaha menghentikannya,” lapor akhbar itu, memetik kenyataan berkenaan.
Surat itu yang mulanya ditulis sebelum perang Julai-Ogos lalu, turut mengecam kekurangan pendedahan mengenai jumlah kematian yang tinggi di kalangan penduduk Palestin sepanjang konflik 50 hari itu.
Media Israel dikritik kerana tidak memberi perhatian terhadap jumlah kematian orang awam Palestin yang menurut perangkaan PBB merangkumi 70 peratus daripada lebih 2,100 yang terbunuh.
Semua 43 tentera Israel itu berkata, mereka akan memulaukan perkhidmatan tahunan walaupun diancam ditangkap dandibicarakan di mahkamah tentera.- Agensi
Foto
UMAT Islam mengerjakan solat Jumaat dalam Masjid al-Susi yang rosak teruk akibat bom Israel di Gaza City semalam.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/09/13

43 perisik Israel enggan jalan tugas


BAITULMAQDIS 12 Sept. - Sebanyak 43 anggota tentera simpanan unit perisikan tentera Israel mengumumkan enggan menjalankan tugas dan menuduh pasukan tentera itu menganiaya penduduk Palestin, dalam satu surat yang dikeluarkan, semalam.
Surat yang diedarkan dalam bahasa Hebrew itu merujuk kepada tugasan pasukan perisik Israel di wilayah-wilayah Palestin termasuk pembunuhan dan mengganggu kawasan penduduk awam.
Anggota dan pegawai-pegawai tentera daripada Unit 8200, yang bekerja rapat dengan pasukan keselamatan Israel itu mengumumkan mereka tidak mahu 'meneruskan perkhidmatan' yang membahayakan hak asasi berjuta-juta rakyat," menurut akhbar harian, Yediot Aharonot. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140913/lu_10/43-perisik-Israel-enggan-jalan-tugas#ixzz3D91HLLYu
© Utusan Melayu (M) Bhd