Saturday 13 September 2014

43 tentera Israel enggan khidmat


Pengumuman yang dibuat melalui surat yang diedarkan kepada media berbahasa Yahudi, merujuk kepada tugas perisikan tentera di wilayah Palestin yang dijajah, termasuk pembunuhan terancang dan pengawasan yang mencabuli hak orang awam.
Askar dan pegawai skuad elit Unit 8200 yang bekerja rapat dengan pasukan keselamatan Israel itu mengumumkan mereka tidak lagi mahu meneruskan perkhidmatan mereka dalam pasukan berkenaan yang mereka anggap mengancam hak asasi jutaan rakyat Palestin, menurut laporan akhbar Yediot Aharonot.
“Kami menyeru semua tentera yang sedang atau yang akan berkhidmat dalam unit berkenaan dan seluruh rakyat Israel untuk menyuarakan bantahan ke atas pencabulan ini dan berusaha menghentikannya,” lapor akhbar itu, memetik kenyataan berkenaan.
Surat itu yang mulanya ditulis sebelum perang Julai-Ogos lalu, turut mengecam kekurangan pendedahan mengenai jumlah kematian yang tinggi di kalangan penduduk Palestin sepanjang konflik 50 hari itu.
Media Israel dikritik kerana tidak memberi perhatian terhadap jumlah kematian orang awam Palestin yang menurut perangkaan PBB merangkumi 70 peratus daripada lebih 2,100 yang terbunuh.
Semua 43 tentera Israel itu berkata, mereka akan memulaukan perkhidmatan tahunan walaupun diancam ditangkap dandibicarakan di mahkamah tentera.- Agensi
Foto
UMAT Islam mengerjakan solat Jumaat dalam Masjid al-Susi yang rosak teruk akibat bom Israel di Gaza City semalam.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/09/13

No comments:

Post a Comment