Saturday 13 September 2014

43 perisik Israel enggan jalan tugas


BAITULMAQDIS 12 Sept. - Sebanyak 43 anggota tentera simpanan unit perisikan tentera Israel mengumumkan enggan menjalankan tugas dan menuduh pasukan tentera itu menganiaya penduduk Palestin, dalam satu surat yang dikeluarkan, semalam.
Surat yang diedarkan dalam bahasa Hebrew itu merujuk kepada tugasan pasukan perisik Israel di wilayah-wilayah Palestin termasuk pembunuhan dan mengganggu kawasan penduduk awam.
Anggota dan pegawai-pegawai tentera daripada Unit 8200, yang bekerja rapat dengan pasukan keselamatan Israel itu mengumumkan mereka tidak mahu 'meneruskan perkhidmatan' yang membahayakan hak asasi berjuta-juta rakyat," menurut akhbar harian, Yediot Aharonot. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140913/lu_10/43-perisik-Israel-enggan-jalan-tugas#ixzz3D91HLLYu
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment