Tuesday, 28 September 2010

Militan Abbas Culik 7 Penyokong Hamas

Imej28 September 2010 - Tebing Barat - Militan Abbas meneruskan operasi penculikan terhadap para penyokong Gerakan Islam Hamas di Tebing Barat. Seramai 7 orang dari mereka diculik di Hebron, Nablus, Qalqilya dan Betlehem. Sementara itu Militan Abbas telah mendirikan banyak pos-pos pemeriksaan menyusul aksi Hebron, kemarin.

Menurut sumber-sumber tempatan di Nablus, Militan Abbas menculik Thariq Qadhi dan Walid Qashu' dari Qalqilya, seorang mantan tahanan yang telah bebas dari penjara Zionis Israel. Qashu' adalah mahasiswa Universiti Nasional an-Najah di Nablus. Beliau pernah beberapa kali sebelum ini diculik oleh Militan Abbas. Selain itu Militan Abbas juga menculik Nasir Hadidi dari perkampungan Zawata, yang juga mantan tahanan yang bebas dari penjara Zionis Israel dan pernah diculik sebelum ini oleh Militan Abbas.

Di Daerah Qalqilya Militan Abbas menculik dua mantan tahanan yang bebas dari penjara Zionis Israel, Ghaits Afana dan Thariq Dziyab. Manakala di Betlehem Militan Abbas menculik Syaikh Saleh Isa Qasim (53) setelah dipanggil untuk wawancara. Syaikh Qasim adalah seorang pesakit kanser di mana tahap kesihatannya berada dalam keadaan yang agak tenat. Beliau pernah berkali-kali dipanggil oleh Militan Abbas untuk menjalani soal-siasat secara berturut-turut selama 2 bulan.

Di Hebron Militan Abbas menculik Muhammad Thaha, juga bekas tahanan yang bebas dari penjara Zionis Israel. Sebelum ini dia bersama saudaranya Wajdi Thaha pernah diculik oleh Militan Abbas.

Sementara itu Militan Abbas mengerahkan anggotanya di Bandar Hebron bagi mendirikan puluhan pos-pos pemeriksaan secara mendadak. Mereka juga melakukan operasi pemeriksaan terhadap puluhan tempat di bandar dan di sejumlah kampung dan daerah di Hebron.
Sumber: infopalestina   |   Terjemahan: Ibn Abu (Admin)

Hari Ini Terhentinya Petrol Ke Gaza

Imej28 September 2010 - 
Gaza - Kemasukan petrol di Gaza bagi penjanaan elektrik Gaza telah dihentikan pada hari ini.

Pada hari-hari biasa kemasukan sekurang-kurangnya 8 lori disel akan menyeberangi pintu sempadan bahagian Isreal di Kerem Shalom akan di buka untu membolehkan lori yang membawa bahan ini memasuki Gaza.
Sumber: FP   |   Terjemahan: Abumohd (Admin)

Gaza - Gaza Bergelap Lagi

Imej28 September 2010 - Masalah eletrik di Semenanjung Gaza terus berpanjangan, sekali lagi Gaza bergelap selama 8 jam pada hari ini. Menteri sumber tenaga dan bahan bakar membincangkan cara yang lebih praktikal untuk menjalankan projek strategik berkaitan dengan sektor tenaga sumber baru, ini bertujuan untuk meningkatkan jumlah bahan mentah petrol buatan yang diperlukan untuk penjanaan elektrik Gaza, dan mencari penyelesaian radikal untuk memastikan penamatan krisis kekurangan bahan tersebut di sektor ini.

Pengurus Edaran Eletrik di Gaza, Suhail Sakik berkata: gangguan krisis elektrik pada minggu ini adalah disebabkan dari ketidak kestabilan kapasiti yang ada pada tenaga elektrik dimana peningkatan penggunaannya bertambah pada musim sejuk. Beliau menambah, jadual pengagihan bahan ini akan dilakukan empat kali seminggu mengikut kawasan selama lapan jam disetiap kawasan.

Beliau menjelaskan lagi, peningkatan penggunaan bahan bakar ini dari 2.2 juta liter seminggu kepada 2.3 juta liter seminggu akan meningkatkan lagi krisis bahan bakar di Gaza.

Proses pembahagiaan penggunaan kuasa eletrik ke daerah-daerah sekitar Gaza akan dibahagikan kepada empat hari, sebahagiannya akan mendapat khidmat tersebut di sebelah pagi dan sebahagian yang lain di sebelah malam.
Sumber: PDF   |   Terjemahan: Abumohd (Admin)

Tiga Anggota Briget Syahid Dalam Serangan Tentera Zionis Di Timur Bureij

Imej28 September 2010 - Gaza - Pusat Media Palestin - Tiga Pejuang dari tentera sayap briget al-Quds bagi pergerakan jihad Islam telah syahid pada waktu pertengahan malam Isnin (27/9) ekoran serangan udara tentera Zionis. Serangan ini dilancarkan di kawasan berdekatan Maqbula iaitu timur kem pelarian Bureij yang terletak di tengah-tengah semenanjung Gaza.

Adham Abu Silmiyah Koordinator Media bahagian perkhidmatan perubatan dalam laporan khas untuk Pusat Media Palestin menegaskan, ketibaan tiga mayat syahid di hospital Syuhada al-Aqsa, Der al-Balah selepas berlakunya serangan tentera penjajah di selatan Bureij.

Beliau menyenaraikan nama-nama yang mati syahid, mereka adalah Ala Abu Zubaidah 25 tahun, Awni Abdul Hadi 19 tahun. Kedua-duanya dari kem pelarian Bureij manakala seorang lagi Muhammad Eid dari kem pelarian Nusairiyat.

Sumber-sumber maklumat dari briget al-Quds menegaskan kepada koresponden Pusat Media Palestin bahawa ketiga-tiga yang mati syahid itu terdiri dari pejuang-pejuang briget tersebut. Sumber tersebut menjelaskan lagi bahawa serangan udara Israel ke atas para pejuang tersebut ketika mereka dalam perjalanan ke kawasan Rabat di timur Bureij.

Hal itu bermula dengan serangan pengeboman udara yang dilakukan oleh pesawat pengintip Israel ke atas kediaman seorang pejuang briget al-Qassam di kem pelarian Nusairiyat yang terletak di tengah-tengah semenanjung Gaza.

Koresponden Pusat Media Palestin melaporkan, tiada kecederaan berlaku akibat serangan ke atas rumah pejuang tersebut yang merupakan salah seorang dari ahli keluarga Abu Shamleh. Pengeboman itu hanya mengakibatkan kerosakan barang-barang dan perkakas-perkakas rumah.
Sumber: Palestine-info   |   Terjemahan: Abu Ruqayyah (Sukarelawan AP)