Tuesday, 28 September 2010

Tiga Anggota Briget Syahid Dalam Serangan Tentera Zionis Di Timur Bureij

Imej28 September 2010 - Gaza - Pusat Media Palestin - Tiga Pejuang dari tentera sayap briget al-Quds bagi pergerakan jihad Islam telah syahid pada waktu pertengahan malam Isnin (27/9) ekoran serangan udara tentera Zionis. Serangan ini dilancarkan di kawasan berdekatan Maqbula iaitu timur kem pelarian Bureij yang terletak di tengah-tengah semenanjung Gaza.

Adham Abu Silmiyah Koordinator Media bahagian perkhidmatan perubatan dalam laporan khas untuk Pusat Media Palestin menegaskan, ketibaan tiga mayat syahid di hospital Syuhada al-Aqsa, Der al-Balah selepas berlakunya serangan tentera penjajah di selatan Bureij.

Beliau menyenaraikan nama-nama yang mati syahid, mereka adalah Ala Abu Zubaidah 25 tahun, Awni Abdul Hadi 19 tahun. Kedua-duanya dari kem pelarian Bureij manakala seorang lagi Muhammad Eid dari kem pelarian Nusairiyat.

Sumber-sumber maklumat dari briget al-Quds menegaskan kepada koresponden Pusat Media Palestin bahawa ketiga-tiga yang mati syahid itu terdiri dari pejuang-pejuang briget tersebut. Sumber tersebut menjelaskan lagi bahawa serangan udara Israel ke atas para pejuang tersebut ketika mereka dalam perjalanan ke kawasan Rabat di timur Bureij.

Hal itu bermula dengan serangan pengeboman udara yang dilakukan oleh pesawat pengintip Israel ke atas kediaman seorang pejuang briget al-Qassam di kem pelarian Nusairiyat yang terletak di tengah-tengah semenanjung Gaza.

Koresponden Pusat Media Palestin melaporkan, tiada kecederaan berlaku akibat serangan ke atas rumah pejuang tersebut yang merupakan salah seorang dari ahli keluarga Abu Shamleh. Pengeboman itu hanya mengakibatkan kerosakan barang-barang dan perkakas-perkakas rumah.
Sumber: Palestine-info   |   Terjemahan: Abu Ruqayyah (Sukarelawan AP)

No comments:

Post a Comment