28 September 2010 - Masalah eletrik di Semenanjung Gaza terus berpanjangan, sekali lagi Gaza bergelap selama 8 jam pada hari ini. Menteri sumber tenaga dan bahan bakar membincangkan cara yang lebih praktikal untuk menjalankan projek strategik berkaitan dengan sektor tenaga sumber baru, ini bertujuan untuk meningkatkan jumlah bahan mentah petrol buatan yang diperlukan untuk penjanaan elektrik Gaza, dan mencari penyelesaian radikal untuk memastikan penamatan krisis kekurangan bahan tersebut di sektor ini.
Pengurus Edaran Eletrik di Gaza, Suhail Sakik berkata: gangguan krisis elektrik pada minggu ini adalah disebabkan dari ketidak kestabilan kapasiti yang ada pada tenaga elektrik dimana peningkatan penggunaannya bertambah pada musim sejuk. Beliau menambah, jadual pengagihan bahan ini akan dilakukan empat kali seminggu mengikut kawasan selama lapan jam disetiap kawasan.
Beliau menjelaskan lagi, peningkatan penggunaan bahan bakar ini dari 2.2 juta liter seminggu kepada 2.3 juta liter seminggu akan meningkatkan lagi krisis bahan bakar di Gaza.
Proses pembahagiaan penggunaan kuasa eletrik ke daerah-daerah sekitar Gaza akan dibahagikan kepada empat hari, sebahagiannya akan mendapat khidmat tersebut di sebelah pagi dan sebahagian yang lain di sebelah malam.

Sumber: PDF | Terjemahan: Abumohd (Admin)
No comments:
Post a Comment