Wednesday, 17 September 2014

Aman Palestin rayu bantuan RM64 juta pulih Gaza


KUALA LUMPUR: Aman Palestin memerlukan kira-kira RM64 juta bagi menampung keperluan untuk membangunkan semula Gaza yang mengalami banyak kemusnahan selepas serangan tentera zionis Israel.
Ia bagi memulihkan kemusnahan kediaman, menyalurkan bantuan perubatan, makanan dan pakaian serta memulihkan kawasan pertanian di utara Gaza yang teruk terjejas akibat dibom, baru-baru ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Aman Palestin Berhad, Omar Seyam, berkata tempoh kerja pembersihan dijangka mengambil masa sekurang-kurangnya dua tahun bagi memindahkan kira-kira dua juta tan sisa kemusnahan bangunan.

"Dalam masa terdekat, Aman Palestin sedang berusaha mengembalikan kanak-kanak ke sekolah menerusi sumbangan peralatan dan pakaian seragam sekolah.

"Pemberian ini dapat menceria dan mengembalikan semula senyuman kanak-kanak sekolah yang menjadi mangsa kekejaman Israel," katanya yang ditemui ketika mengunjungi Balai Berita di sini, hari ini.

Turut hadir, Timbalan Pengarang Kumpulan BH, Badrulhisham Othman, Pengarang Eksekutif Mingguan/BH2, Zainor Said, Koordinator Media Aman Palestin Bhd, Hamza Deirawi dan Ahli Lembaga Pertubuhan Al-Salamah bagi Orang Kelainan Upaya (OKU), Dr Saleh Elhams.

Omar berkata, Malaysia antara tiga negara yang menyalurkan bantuan secara rasmi kepada penduduk Gaza bersama Qatar dan Turki.
Beliau berkata, projek lain adalah membina semula dua masjid yang musnah iaitu Masjid Al-Qassam di Khuza'a yang bernilai RM2.2 juta dan Masjid Imam Shafie di Bandaraya Gaza yang bernilai RM6.2 juta.

palestin

palestin



Last Wednesday Israeli Police filed an indictment against an officer who was filmed beating Tariq Abu Khdeir, a 15 year old Palestinian-American teenager from Florida.
In sharp contrast, at the time US pressure was mounting for the soldiers behind Tariq's beating to be held accountable, Israeli General Danny Efrni, closed the investigation into the killing of Yousef Sami Shawamreh.
In March, Yousef and his two friends had gone to pick the thistle like plant gundelia which farmers from his village in the South of Hebron harvest at the same time every year, when he was fatally shot in the hip by an Israeli soldier.

Tragedi pembunuhan Sabra, Shatila bukti kekejaman Israel


Selepas 32 tahun, tragedi pembunuhan beramai-ramai pelarian Palestin dan penduduk Lebanon di kem pelarian Sabra dan Shatila di barat Beirut, Lebanon pada 16 hingga 18 September 1982, masih dianggap sebagai pembunuhan kejam terburuk didalangi Israel dan anggota militia parti Kristian Lebanon, Phalange.
Hanya dalam tempoh 43 jam, lebih 3,500 penduduk Palestin dan Lebanon dibunuh dengan kejam tanpa mengira usia termasuk bayi, kanak-kanak, wanita dan warga emas.
Bagaimanapun, jumlah kematian dikatakan jauh lebih tinggi sehingga mencecah 8,000 orang termasuk mangsa yang dilaporkan 'hilang'.
Penghapusan bangsa terburuk semasa Perang Saudara Lebanon 1982 itu tercetus kononnya sebagai membalas dendam pembunuhan pemimpin Parti Phalange, Bashir Gemayel yang didakwa dilakukan oleh pejuang Palestin yang bersembunyi di dua buah kem tersebut.
Individu yang mendalangi kekejaman terhadap mangsa tidak berdosa itu ialah Menteri Pertahanan Israel ketika itu iaitu Ariel Sharon.
Oleh sebab itu, semasa Sharon mati pada awal tahun ini selepas koma selama lapan tahun, tiada air mata mengalir di tapak pembunuhan Sabra dan Shatila.
Malah, seorang penduduk Lebanon bernama Youssef Hamzeh, 67, yang menyaksikan kekejaman tentera Israel di Sabra dan Shatila berkata, pemimpin Israel itu sepatutnya dibawa ke muka pengadilan kerana melakukan pembunuhan terkutuk tersebut.
"Sebagai saksi kepada apa yang dia lakukan dan apa yang saya lalui kerana dia, berambuslah Sharon ke neraka dan pihak-pihak yang masih melakukan pembunuhan besaran-besaran dalam kepemimpinan Israel," katanya.
Malah, sehingga kini rejim Zionis masih lagi memakai 'topeng lamanya' apabila terus melancarkan serangan tidak berperikemanusiaan terhadap penduduk Palestin terutamanya pada bulan Ramadan.
Serangan udara rejim Zionis selama 50 hari baru-baru ini misalnya, mengakibatkan korban lebih 2,100 orang termasuk 469 bayi dan kanak-kanak, manakala lebih 1,000 daripada golongan itu turut mengalami kecederaan kekal.
Kesan kemusnahan yang disebabkan tentera Israel turut memerlukan sejumlah 7.8 bilion (RM24.7 bilion) untuk membangunkan semula Gaza yang mengalami kerosakan teruk akibat serangan selama tujuh minggu, yang menyaksikan kesemua kawasan kediaman dan infrastruktur ranap sama sekali.
Siapa pun yang memerintah Israel, dari David Ben-Gurion sehinggalah Benjamin Netanyahu, agendanya tetap sama iaitu mahu mengusir serta menghapuskan penduduk Palestin.
Youssef malah berkata, kematian Sharon pun masih tidak dapat membalas kehilangan ribuan nyawa di Sabra dan Shatila.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140917/lu_11/Tragedi-pembunuhan-Sabra-Shatila-bukti-kekejaman-Israel#ixzz3DWQCyBq6
© Utusan Melayu (M) Bhd 

22 penduduk Palestin ditahan


BAITULMAQDIS 16 Sept. - Polis Israel menahan 22 orang penduduk Palestin hari ini, selepas didakwa melempar batu dan bom petrol ke atas kediaman penduduk serta polis Israel di timur Baitulmaqdis beberapa minggu lalu.
Jurucakap polis, Luba Samri dalam satu kenyataan berkata, tangkapan terbaharu itu menjadikan jumlah mereka yang ditahan ketika ini sebanyak 700 orang, dengan 50 daripadanya ditahan pada bulan ini.
Kata Luba lagi, 13 daripada mereka yang ditahan merupakan remaja bawah umur.
Pertempuran hebat berlaku di Tebing Barat termasuk di timur Baitulmaqdis Julai lalu, susulan pembunuhan kejam seorang remaja Palestin oleh pelampau Yahudi sebagai membalas dendam ke atas kematian tiga orang remaja Israel. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140917/lu_07/22-penduduk-Palestin-ditahan#ixzz3DWPQCJII
© Utusan Melayu (M) Bhd