Wednesday 23 December 2015

Lebih 40,000 penduduk Gaza cacat anggota

Lebih 40,000 penduduk Gaza cacat anggota

23 DISEMBER 2015

Guru matematik, Ali Wahdan (tengah) kehilangan sebelah kakinya selepas kediaman mereka di utara Gaza dibedil tentera Israel tahun lalu.

 GAZA CITY - PALESTIN . Seramai 43,642 penduduk di Semenanjung Gaza mengalami cacat anggota, menurut laporan dikeluarkan Persatuan Kebangsaan Pemulihan Palestin.
Pengarahnya, Dr Ared Yagi bagaimanapun berkata angka sebenar dijangka lebih tinggi daripada laporan yang diterbitkan semalam.
"Tujuan laporan ini dikeluarkan adalah bagi memberitahu masyarakat dunia bahawa terdapat keperluan mendesak untuk mewujudkan institusi pemulihan di Semenanjung Gaza.
"Majoriti penduduk Gaza yang cacat anggota adalah daripada keluarga miskin dan berpendapatan rendah," katanya.
Kata Ared lagi, angka yang dikeluarkan dalam laporan itu adalah merujuk kepada penduduk yang berdaftar dengan pihaknya serta Persatuan Bantuan Perubatan Palestin.
Difahamkan, kebanyakan penduduk mengalami cacat anggota selepas menjadi mangsa dalam peperangan selama 50 hari di Genting Gaza yang tercetus pada 8 Julai, tahun lalu. - Middle East Monito
r

Parlimen Greece iktiraf negara Palestin


AFP - Voutsis (kiri) menyerahkan satu resolusi mengiktiraf negara Palestin kepada Mahmoud di Parlimen Greece di Athens semalam.


ATHENS – Parlimen Greece telah meluluskan satu resolusi semalam untuk menggesa kerajaan bagi mengiktiraf negara Palestin dalam satu mesyuarat khas yang turut dihadiri Presiden Palestin, Mahmoud Abbas.
“Kesemua parti di Parlimen Greece mengundi untuk menyokong usul itu,” kata Menteri Dalam Negeri Greece, Nikos Voutsis.
Keputusan itu turut menggesa kerajaan Greece mengambil langkah yang sesuai untuk mengiktiraf negara Palestin selain menjalinkan hubungan diplomatik bagi menyam­bung semula rundingan damai di rantau itu,” kata Voutsis.
Perdana Menteri Greece, Alexis Tspiras mengumumkan kelmarin selepas berunding dengan Presiden Palestin, Mahmud Abbas bahawa Greece tidak akan merujuk lagi istilah Pihak Berkuasa Palestin tetapi negara Palestin.
Lawatan Mahmoud ke Greece menandakan ‘pengukuhan’ hubungan tradisi bersejarah antara kedua-dua negara itu, kata Tspiras.
Athens telah menjalin hubungan dengan Israel sejak beberapa tahun lalu terutamanya dalam bidang tenaga, pada masa yang sama mengekalkan hubungan baik dengan Palestin.
Tsipras telah mengunjungi Israel pada bulan lalu untuk menemui Perdana Menteri Israel, Benjamin Neta­nyahu dan Mahmoud.
“Greece akan memutuskan masa yang sesuai untuk mengiktiraf negara Palestin dengan mengambil kira hubungan dengan orang Arab selain hubungan kerjasama dengan Israel,” kata Tspiras.
Bendera Palestin berkibar buat pertama kali di ibu pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di New York pada 30 September lalu dalam satu upacara simbolik. – AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=1223&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz3v5fiVGZA 
Hakcipta terpelihara