Wednesday 23 December 2015

Lebih 40,000 penduduk Gaza cacat anggota

Lebih 40,000 penduduk Gaza cacat anggota

23 DISEMBER 2015

Guru matematik, Ali Wahdan (tengah) kehilangan sebelah kakinya selepas kediaman mereka di utara Gaza dibedil tentera Israel tahun lalu.

 GAZA CITY - PALESTIN . Seramai 43,642 penduduk di Semenanjung Gaza mengalami cacat anggota, menurut laporan dikeluarkan Persatuan Kebangsaan Pemulihan Palestin.
Pengarahnya, Dr Ared Yagi bagaimanapun berkata angka sebenar dijangka lebih tinggi daripada laporan yang diterbitkan semalam.
"Tujuan laporan ini dikeluarkan adalah bagi memberitahu masyarakat dunia bahawa terdapat keperluan mendesak untuk mewujudkan institusi pemulihan di Semenanjung Gaza.
"Majoriti penduduk Gaza yang cacat anggota adalah daripada keluarga miskin dan berpendapatan rendah," katanya.
Kata Ared lagi, angka yang dikeluarkan dalam laporan itu adalah merujuk kepada penduduk yang berdaftar dengan pihaknya serta Persatuan Bantuan Perubatan Palestin.
Difahamkan, kebanyakan penduduk mengalami cacat anggota selepas menjadi mangsa dalam peperangan selama 50 hari di Genting Gaza yang tercetus pada 8 Julai, tahun lalu. - Middle East Monito
r

No comments:

Post a Comment