Sunday 30 November 2014

Golda Meir di Hari Pembakaran Al-Aqsa

“KETIKA Masjidil Aqsa dibakar,” ujar Golda Meir, “aku tidak tidur semalam suntuk karena aku mengira bahwa bangsa Arab akan memasuki Palestina secara berbondong-bondong.”
Tapi Meir salah. Pagi harinya, ternyata tidak terjadi sesuatu. Tak ada orang Arab. Tak ada siapapun yang datang. Semuanya, buat Meir, baik-baik saja.
Meir membakar Masjid Al-Aqsa pada tanggal 21 Agustus 1969.
“Itu hari terberat dalam pemerintahanku,” ungkap Meir, Perdana Menteri Israel keempat dan menjadi Perdana Menteri perempuan Israel pertama kalinya, “namun itu adalah hari termudah dalam pemerintahanku.”
Meir adalah salah satu dari ke-24 deklarator berdirinya negara Israel.  “Itu adalah hari-hari yang kulalui pasca pembakaran (masjid Al-Aqsha) tersebut.”
Itu adalah hari Kamis. Hari yang begitu bersejarah. Itulah hari ketika salah satu kiblat pertama umat Islam itu dibakar. Ketika mimbar kebanggaan Sang Penakluk al-Quds, Sultan Shalahuddin, tak sempat lagi diselamatkan. Hangus bersama kobaran api yang melahap Masjid Umar, mihrab Zakariya, Maqam Arbain, tiga koridor masjid, dan kubah kayu bagian dalam masjid. 48 unit jendela masjid pun hancur berkeping-keping bersama ambruknya atap masjid. Dinding dan mihrab masjid langsung menderit hebat.
Api pertama kali dikobarkan oleh seorang zionis berkebangsaan Australia, Michael Dennis Rohan, dengan dibantu oleh orang-orang Yahudi lainnya.
Kobaran api pertama ini menandai proyek terpadu yahudisasi al-Aqsha dan Al Quds. Dari bawah digerogoti; puluhan galian dan terowongan Yahudi mengancam robohnya pondasi al-Aqsha. Di atas, gelegar jet-jet tempur Zionis dengan intensitas dahsyat suara memekakkannya selalu siap menggedor kekokohan bangunan masjid. Sementara di darat, serbuan gerombolan-gerombolan Zionis-Israel tak pernah mengenal kata henti. Berbagai rupa penodaan, penistaan, dan makar untuk menghancurleburkan al-Aqsha bertubi-tubi terus dilancarkan.
Golda Meir, ada di belakangnya, pertama kali. [dedih mulyadi/islampos]

Saturday 29 November 2014

Henry Kissinger, Raja Faisal, dan Keinginan Shalat 2 Rakaat di Al Aqsa



Ketika Raja Faisal Saling pasokan minyak Hingga negara-negara Barat mengalami Krisis minyak Pada Oktober 1973, IA kalimat melontarkan Yang terkenal dan mengguncang Dunia: "Kami dan leluhur Kami Telah MAMPU bertahan Hidup Hanya mengandalkan kurma dan susu, dan Kami akan menghantarkan kembali Dengan Cara ITU lagi Untuk bertahan Hidup (Tanpa Bantuan barang-barang Masjid Barat). "

Henry Kissinger, Menteri Luar Negeri AS, langsung mengunjungi Raja Faisal dan mencoba membujuknya Untuk interesting keputusannya ITU.

Akan tetapi Raja Faisal berkata Hanya Dengan Wajah Penuh kebencian, "Hancurlah ISRAEL!"

Henry Kissinger mencoba melontarkan Sebuah Lelucon Untuk menghibur sang Raja: "Pesawat Jogja kehabisan minyak, berkenankah Yang Mulia memerintahkan orang agar mengisinya Dengan minyak kembali? Dan Kami siap membayarnya Dengan atuk international. "

Namun Sang Raja tak tertawa sedikitpun. Ia memandang Kissinger Sambil berkata: "Dan aku hanyalah Seorang lelaki tua Yang menginginkan untuk dapat selesai sembahyang doa rakaat di Masjid Al Aqsa rasaya aku Mati; maka maukah engkau (Amerika) mengabulkan permintaanku ini? "

Foto Di Atas tampak fasih menggambarkan Sikap Raja Faisal Yang tak menyukai Kissinger dan Kissinger Yang Berusaha interesting hati Sang Raja. [Dedih Mulyadi / islampos]

Zionis punca Hagel berundur

Washington: Seorang bekas perisik mendakwa kerajaan Amerika Syarikat (AS) di bawah kawalan Zionis memaksa Setiausaha Pertahanan Charles Timothy ‘Chuck’ Hagel (gambar) supaya meletak jawatan.
Scott Rickard berkata, keputusan Hagel berundur serta memaksa perubahan lain di Pentagon baru-baru ini menunjukkan betapa kuatnya pengarah kumpulan pemikir dan kompleks tentera-industri Zionis.
“Seorang yang berjiwa Demokrat akan sukar mengekalkan jawatannya disebabkan pendekatan media serta ahli politik yang dikawal Zionis terhadap rakyat AS,” katanya.
“Kebanyakan isu di sekitar peletakan jawatan Hagel ini sebenarnya berpunca daripada keengganannya bertindak lebih agresif.
“Dia lebih memihak kepada Demokrat sederhana.
“Tidak ramai orang seperti itu walaupun di dalam Parti Demokratik sendiri yang kini lebih menyerupai Parti Republikan,” katanya.
Hagel - seorang Republikan berhaluan sederhana - meletak jawatan Isnin lalu selepas hampir dua tahun mengetuai tentera AS.
Secara rasminya, pegawai AS mengatakan keputusan Hagel itu dipersetujui kedua-dua pihak, namun ada yang menganggap dia sebenarnya dipaksa berbuat demikian.
“Tidak syak lagi, dia dipecat,” kata seorang pegawai yang enggan dikenali. - AP
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 28 November 2014 @ 5:06 AM


- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/12426#sthash.9XlMTWDl.dpuf

Perancis akan iktiraf Palestin jika rundingan gagal


PARIS 28 Nov. - Perancis menegaskan akan mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara jika usaha antarabangsa berdepan jalan buntu dalam mencari penyelesaian dalam konflik yang melibatkan Israel dan Palestin, serta mencadangkan tempoh dua tahun lagi untuk menamatkan konfliks tersebut.
Ahli parlimen Perancis akan mengandakan simbolik undian Parlimen pada 2 Disember ini sama ada kerajaan Perancis perlu mengiktirafkan Palestin sebuah sebuah negara,tindakan Perdana Menteri Israel yang dipanggil ‘kesilapan besar’, tetapi tidak mahu mengubah dasar kerajaan Perancis.
“Jika usaha terakhir bagi mencapai rundingan penyelesaian antara kedua-dua negara gagal, kerajaan Perancis sudah bersedia untuk melakukan apa sahaja yang diperlukan dengan mengiktirafkan Palestin sebagai sebuah negara,”kata Menteri Luar Laurent Fabius. - REUTERS
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/perancis-akan-iktiraf-palestin-jika-rundingan-gagal-1.30514#sthash.FHHG9Yhf.dpuf

Kesatuan Eropah dijangka iktiraf Palestin


STRASBOURG, Perancis 28 Nov. – Kesatuan Eropah (EU) dijangka membentangkan usul untuk mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara berdaulat di Parlimen EU pada bulan depan, selepas isu tersebut mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penggubal undang-undang blok berkenaan.
Laman web Prestv.ir melapor­kan, perkara berkenaan dinyatakan ketika penggubal undang-undang EU berdebat tentang usul untuk mengiktiraf Palestin di Parlimen Eropah di sini, semalam.
Penggubal undang-undang EU percaya, pengiktiran itu bakal memberi mesej jelas kepada Israel bahawa tindakan rejim Zionis membunuh dan merampas tanah penduduk Palestin adalah satu perbuatan yang tidak boleh di-
terima.
“Mengapa perlu Parlimen Ero­pah mengambil tindakan ini? Ini semua ada kaitan dengan perasaan tidak lagi boleh bersabar dengan tindakan pencerobohan oleh Israel ke atas tanah milik penduduk Palestin dan jumlah korban membabitkan penduduk Palestin yang semakin meningkat saban hari,” kata anggota Parlimen Eropah dari Britain, Richard Howitt.
Ketua Polisi Luar EU, Federica Mogherini yang turut mengambil bahagian dalam perbahasan ber­kenaan menggesa Israel dan Pa­lestin untuk meneruskan run­di­ngan bagi menyelesaikan ma­salah antara mereka secara aman.
“Keamanan dan keselamatan tidak akan dicapai selagi Palestin tidak diiktiraf sebagai sebuah negara. Negara Palestin tidak dapat diwujudkan jika kita tidak menjanjikan ke­selamatan, kestabilan dan keamanan kepada Israel,” tegas Mogherini.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/kesatuan-eropah-dijangka-iktiraf-palestin-1.30384#sthash.OUolZmB6.dpuf

Perancis beri tarikh akhir


SEORANG penduduk Palestin membaling semula balang gas pemedih mata ke arah pasukan keselamatan Israel di bandar Ramallah, Tebing Barat pada 21 September lalu. - AFP


PARIS – Menteri Luar Perancis, Laurent Fabius semalam menggesa masyarakat antarabangsa supaya menyelesaikan konflik Israel-Palestin dalam masa dua tahun, menjelang debat di Parlimen Perancis sama ada untuk mengiktiraf negara Palestin.
“Di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), kami berkerjasama dengan rakan-rakan kami untuk melaksanakan resolusi Majlis Keselamatan supaya menghidupkan semula dan memuktamadkan rundingan damai Israel-Palestin,” kata Fabius ketika berucap di Parlimen negara itu.
“Tempoh masa dua tahun adalah antara perkara yang paling kerap di­sebut dan pemerintah Perancis bersetuju dengan jangkamasa tersebut,” tambahnya.
Dalam perkembangan berkaitan, pemimpin Palestin merancang untuk men­yerahkan secara rasmi satu draf resolusi kepada Majlis Keselamatan PBB supaya Israel mengundurkan semua tentera dari wilayah Palestin yang didudukinya pada 2016.
Menurut Fabius, Perancis bersedia untuk menjadi tuan rumah kepada rundingan antarabangsa dalam usaha mencari perdamaian di Asia Barat.
“Pengiktirafan negara Palestin me­rupakan penyelasaian muktamad berhubung krisis di Asia Barat,” katanya.
Beliau tidak menyatakan bila run­dingan tersebut yang turut disebut lewat kelmarin oleh Presiden Perancis, Francois Hollande akan diadakan, atau pihak yang akan menyertainya.
Fabius bagaimanapun berkata, beliau berharap Perancis dapat membawa semua pihak yang terlibat dalam konflik berkenaan termasuk Kesatuan Eropah, Liga Arab dan semua ahli tetap Majlis Keselamatan PBB.
“Jika rundingan damai ini gagal atau percubaan untuk mencari penyelesaian tidak berhasil, Perancis akan melaksanakan tanggungjawab untuk mengiktiraf negara Palestin dan kami bersedia melakukannya,” ujar menteri luar berkenaan.
Terdahulu semalam, anggota Parlimen Perancis mengadakan debat selama dua jam berhubung usul meng­iktiraf negara Palestin secara simbolik. Usul berkenaan akan diundi Selasa ini dan dijangka akan diluluskan.
Pengundian tersebut berlaku selepas satu resolusi serupa diluluskan oleh anggota Parlimen Britain pada 13 Oktober lalu, wakil rakyat Sepanyol pada 18 November lepas dan pengiktirafan rasmi oleh Sweden pada 30 Oktober lepas. – Reuters


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1129&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz3KP2fVIac 
Hakcipta terpelihara 

Friday 28 November 2014

Sempadan Rafah dibuka semula


Penduduk Palestin kembali ke Genting Gaza susulan pembukaan sempadan Rafah, kelmarin.
Penduduk Palestin kembali ke Genting Gaza susulan pembukaan sempadan Rafah, kelmarin.
KAHERAH - MESIR . Mesir akhirnya membuka sempadan Rafah untuk pertama kali, kelmarin, selepas ia ditutup pada akhir bulan lalu sebagai langkah mengetatkan kawalan keselamatan di Semenanjung Sinai.

Jurucakap pihak berkuasa memaklumkan, laluan tunggal yang tidak berada di bawah kawalan Israel itu dibuka selama beberapa jam bagi melancarkan lalu lintas dari Mesir ke Genting Gaza.

Sementara itu, Pengarah Lintasan Sempadan, Maher Abu Sabha turut mengesahkan mengenai pembukaan terminal terbabit dan hanya melibatkan pembukaan satu laluan masuk ke Gaza.

"Langkah tersebut seakan tidak membantu menyelesaikan dilema penduduk Palestin yang masih terkandas di wilayah Gaza," katanya.

Laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menunjukkan lebih 3,500 penduduk Palestin terkandas sejak penutupan laluan tersebut.

Difahamkan, sekatan itu turut menyebabkan ribuan penduduk Gaza mengalami masalah untuk mendapatkan rawatan perubatan dan menyambung pengajian di luar wilayah itu, dipetik dari laporan Al-Arabiya.

Thursday 27 November 2014

Keadaan semasa di negara haram Israel.

Keadaan semasa di negara haram Israel.

Penduduk haram Yahudi di Tebing Barat memegang placard "Death to Terrorists" dan "Do not hire enemies", perkataan yang digunakan untuk menggambarkan penduduk Arab Palestin di sana.

Suasana semakin tegang di antara penduduk Palestin dan penduduk haram Yahudi di Tebing Barat. Semoga kita mencontohi akhlak yang baik.

Jika Palestin menang? Apa yang perlu dibuat? Mari tonton video ini:
https://www.youtube.com/watch?v=adENyJGc7lA

sumber: Activestills.
#savealquds #selamatkanalquds #aqsasyarif #handsoffalaqsa [Ph]
Penduduk haram Yahudi di Tebing Barat memegang placard "Death to Terrorists" dan "Do not hire enemies", perkataan yang digunakan untuk menggambarkan penduduk Arab Palestin di sana.
Suasana semakin tegang di antara penduduk Palestin dan penduduk haram Yahudi di Tebing Barat. Semoga kita mencontohi akhlak yang baik.
Kamis, 4 Safar 1436 H / 27 November 2014 15:00
Lagi, 20 orang Palestina ditangkap di Tepi Barat
Penangkapan terhadap orang Palestina oleh polisi pendudukan "Israel" terus terjadi di Tepi Barat

AL-KHALIL (Arrahmah.com) – Pasukan Pendudukan “Israel” menangkap 20 warga Palestina di seluruh Tepi Barat dan Al-Quds saat Rabu fajar (26/11/2014), sebagaimana dilansir oleh The Palestinian Information Center.
Sumber-sumber lokal mengungkapkan bahwa enam warga Palestina ditahan di al-Khalil, sementara lima lainnya ditangkap di Bethlehem. Dua penangkapan juga dilaporkan terjadi di Ramallah dan yang ketigas terjadi di Nablus.
Enam warga Al-Quds lainnya, termasuk seorang wanita, ditangkap pada malam penggerebekan di sejumlah rumah di wilayah pendudukan Al-Quds.
Para perempuan secara brutal diserang dan dipukuli selama penangkapannya.
Dua pemimpin senior Hamas juga termasuk diantara orang-orang yang ditangkap saat polisi pendudukan “Israel” melakukan serangan brutal dan menggeledah rumah mereka di Ramallah.
Tiga oarag bersaudara ditangkap di al-Khalil, dan juga seorang mantan tahanan yang pernah menghuni penjara “Israel” selama delapan tahun.
Seorang aktivis di Front Rakyat untuk Pembebasan Palestina yang menjalani hukuman di penjara-penjara “Israel” juga tertangkap di Nablus dan dibawa ke tempat yang tidak diketahui.
(ameera/arrahmah.com)
- See more at: http://www.arrahmah.com/news/2014/11/27/lagi-20-orang-palestina-ditangkap-di-tepi-barat.html#sthash.XRP9otFe.dpuf

Layanan buruk tentera Israel keatas Palestin

Gaza


Hujan diGaza


Gambar suasana hujan di Masjidil Aqsa menandakan permulaan musim sejuk.


Sumber: Shehab News Agency

Suasana di Khuza'a, Gaza.


Mereka mencari barang-barang yang masih tersisa di bawah runtuhan, dalam keadaan yang begitu sejuk.
Sumber : Shehab

Gambar salah satu pintu gerbang masuk ke perkarangan Al-Aqsa



Gambar salah satu pintu gerbang masuk ke perkarangan Al-Aqsa yang diberi nama Babul 'Amud (Pintu Tiang), antara pintu gerbang Al-Aqsa yang terbesar dan paling cantik. Gambar semalam selepas hujan.
Sumber: Shehab News Agency

Banjir di Bandar Gaza sekarang. Doakan mereka.





Sumber: Shehab News Agency

Warga Palestin dilanggar lari



Nablus - Seorang pemandu bas Yahudi melanggar dua rakyat Palestin dengan sengaja di checkpoint al-Jalama, Jenin menyebabkan seorang terbunuh dan seorang cedera parah, menurut pegawai keselamatan Palestin.
Beliau menambah, Noor Hassan Naim Salim, 22 dan Alaa Kayid Salim, 20 dari Nablus cedere teruk selepas dilanggar bas tersebut.
Hassan dibawa ke hospital dengan kecederaan serius lalu meninggal dunia. Salim pula dirawat di hospital berlainan. Pemandu bas tersebut ditahan untuk siasatan lanjut.

Bekalan simen tidak mencukupi


Kira-kira 40 tan simen dibenarkan memasuki Genting Gaza melalui lintasan Kerem Shalom, kelmarin.
Kira-kira 40 tan simen dibenarkan memasuki Genting Gaza melalui lintasan Kerem Shalom, kelmarin.
RAMALLAH - PALESTIN. Projek pembinaan semula Genting Gaza dikhuatiri tergendala kerana bekalan simen yang dihantar ke wilayah itu didakwa tidak mencukupi.

Jurucakap Pihak Berkuasa Palestin (PA), Raed Fatuh yang menguruskan kemasukan bahan binaan tersebut dari lintasan Kerem Shalom memberitahu penghantaran terbaharu itu melibatkan sebanyak 28 trak yang membawa kira-kira 40 tan simen.

"Ia masih tidak mencukupi walaupun jumlah tersebut adalah yang terbesar sejak Operasi Perlindungan Sempadan Israel berakhir pada Ogos lalu," katanya.

Menurutnya lagi, projek pembinaan semula itu berjalan lancar hanya jika Israel membenarkan kemasukan 100 trak sehari ke Gaza selama tempoh tiga tahun.

Sementara itu, pihak berkuasa rejim Zionis mengancam untuk menahan mana-mana aktivis Palestin yang didakwa memuat naik status atau mesej berunsur anti-Israel di Facebook.

Amaran keras itu dikeluarkan susulan penahanan Mahmoud Asila, 32, di Baitulmaqdis yang dituduh menghasut dan menyebarkan propaganda pada minggu lalu, menurut laporan Press TV.

Mesir buka laluan sempadan di Rafah


KAHERAH 27 Nov. - Mesir semalam membuka semula pintu sempadan di Rafah untuk kali pertama sejak penutupan pada akhir bulan lalu selepas kejadian pengeboman di Semenanjung Sinai baru-baru ini.
Laluan tersebut yang merupakan jalan utama ke Palestin itu dibuka selama empat jam setiap hari bermula hari ini dan esok.
“Lintasan itu dibuka untuk dua hari berturut-turut bagi membantu lalulintas terutamanya dari Mesir ke Gaza, “kata pegawai sambil menjelaskan pembukaan laluan itu hanya bersifat sementara. - AFP.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/mesir-buka-laluan-sempadan-di-rafah-1.29734#sthash.Rj1ovHkM.dpuf

Mesir buka laluan sempadan di Rafah


KAHERAH 27 Nov. - Mesir semalam membuka semula pintu sempadan di Rafah untuk kali pertama sejak penutupan pada akhir bulan lalu selepas kejadian pengeboman di Semenanjung Sinai baru-baru ini.
Laluan tersebut yang merupakan jalan utama ke Palestin itu dibuka selama empat jam setiap hari bermula hari ini dan esok.
“Lintasan itu dibuka untuk dua hari berturut-turut bagi membantu lalulintas terutamanya dari Mesir ke Gaza, “kata pegawai sambil menjelaskan pembukaan laluan itu hanya bersifat sementara. - AFP.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/mesir-buka-laluan-sempadan-di-rafah-1.29734#sthash.Rj1ovHkM.dpuf

Wednesday 26 November 2014

Rusia sokong Palestin diiktiraf sebuah negara


26 November 2014
MOSCOW - RUSIA . Rusia berjanji akan menyokong draf resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu berhubung pengiktirafan Palestin sebagai sebuah negara, menurut Interfax.

Timbalan Menteri Luarnya, Mikhail Bogdanov berkata, resolusi itu boleh dijadikan titik permulaan untuk memperbaharui rundingan antara Palestin dengan Israel, selain Rusia bersedia memberi sokongan jika tiba masa untuk mengundi kelak.

"Amerika Syarikat (AS) dan Israel lakukan segala-galanya menghalang wakil Palestin ke PBB. Bagaimanapun, terdapat kemungkinan AS akan gunakan kuasa veto pada waktu pengundian," katanya menurut laporan Middle East Monitor.

Britain kaji semula lesen eksport senjata ke Israel


REUTERS - SEORANG kanak-kanak Palestin berdiri di luar sebuah masjid yang rosak serta dipenuhi kesan serpihan ledakan bom akibat serangan Israel di bandar Beit Hanoun, selatan Semenanjung Gaza semalam.


LONDON – Britain sedang mengkaji semula lesen kebenaran mengeksport senjata ke Israel bagi memastikan peralatan tersebut tidak akan digunakan bagi tujuan yang boleh melanggar undang-undang antarabangsa, kata kerajaan kelmarin.
Pihak kerajaan sebelum ini telah melakukan kajian pertama pada Ogos lalu sebagai tindak balas berhubung konflik yang berlaku antara kerajaan Israel dengan Hamas di Gaza dan memutuskan akan menggantung 12 lesen mengeksport kelengkapan ketenteraan kepada Israel jika peperangan berterusan.
Kajian kedua itu dibuat sehari selepas tentera Israel menembak mati seorang rakyat Palestin di Semenanjung Gaza berdekatan sempadan Israel yang merupakan kematian pertama selepas 50 hari peperangan berlangsung dan berakhir pada Ogos lalu.
“Bagi memastikan proses gencatan senjata yang dibuat sejak dua bulan lalu itu dipatuhi, menteri Kabinet membuat keputusan awal bulan ini untuk melaksanakan kajian semula,” kata seorang jurucakap kerajaan dalam satu kenyataan.
Katanya lagi, kajian sebelum ini mendapati bahawa sebahagian besar senjata yang dieksport ke Israel telah digunakan oleh tentera rejim Zionis itu untuk menyerang Gaza.
Laporan yang dikeluarkan oleh Parlimen Britain pada Julai lalu mendapati pihak kerajaan telah meluluskan kontrak mengeksport kelengkapan tentera ke Israel bernilai lebih daripada £7.8 bilion (RM41 bilion) termasuk keperluan jaket kalis peluru, dron dan peluru berpandu.
Kumpulan Kempen Menentang Perdagangan Senjata mendedahkan satu data analisis kelmarin yang menunjukkan kerajaan Britain telah meluluskan lesen ketenteraan kepada Israel bernilai £7 juta (RM36.8 juta) dalam tempoh enam bulan sebelum tercetusnya perang di Gaza. – Reuters


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1126&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz3K7ZX8BlF 
Hakcipta terpelihara 

Kanak-kanak Palestin didera

Polis Israel menahan seorang kanak-kanak Palestin ketika berlaku
Polis Israel menahan seorang kanak-kanak Palestin ketika berlaku pertempuran antara penduduk Palestin dan pasukan keselamatan Israel pada Oktober lalu, sebagai membantah tindakan Israel melarang penduduk Islam memasuki Masjid Al-Aqsa . – AGENSI
BAITULMAQDIS 25 Nov. - Kira-kira 40 peratus atau 240 kanak-kanak Palestin yang ditahan pihak berkuasa Israel, di bandar raya ini dipercayai menjadi mangsa penderaan seksual oleh polis Israel, dakwa Kelab Tahanan Palestin (PCC). sebuah kumpulan pembela keadilan Palestin.
Menurut PCC, kanak-kanak yang didera itu adalah sebahagian daripada 600 kanak-kanak Palestin yang ditahan di Baitulmaqdis sejak Jun 2013 dan mereka diseksa semasa ditahan atau disiasat pihak berkuasa Israel.
Kata kumpulan itu, ‘kempen tahanan harian’ ke atas golongan belia Palestin yang tinggal di ibu kota bersejarah ini merupakan satu hukuman kolektif ke atas penduduk Palestin di Baitulmaqdis.
Seorang peguam PCC, Mufeed al-Haj berkata, antara pencabulan yang dilaporkan berlaku semasa penahanan kanak-kanak itu ialah serbuan ke atas rumah-rumah keluarga mereka pada waktu malam dan subuh serta penderaan fizikal dan seksual.
Mufeed berkata, kanak-kanak bawah umur yang ditahan itu sepatutnya ditemani ibu bapa mereka semasa disoal siasat, namun `pihak berkuasa Israel tidak menghormati undang-undang dalam kebanyakan kes’.
“Pasukan keselamatan (Israel) sering mengabaikan udang-undang dan menahan penduduk Palestin tanpa sebarang waran tangkap,’’ kata Mufeed kepada WAFA, agensi berita rasmi Palestin, sebagaimana dilaporkan portal International Business Times.
PCC merupakan sebuah badan bebas Palestin yang ditubuhkan pada 1993 dan disertai seramai 1,600 bekas tahanan Palestin yang menghabiskan tempoh tahanan sekurang-kurangnya setahun di penjara Israel.
Kelab itu menyokong penduduk Palestin yang dipenjara di Israel dengan membiayai kos guaman, campur tangan politik dan membantu keluarga tahanan.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/kanak-kanak-palestin-didera-1.29210#sthash.9lVYdOky.dpuf

Tuesday 25 November 2014

Pelampau Yahudi bakar rumah penduduk Palestin


Keadaan rumah penduduk Palestin yang diserang pelampau Yahudi di Tebing Barat, semalam.
Keadaan rumah penduduk Palestin yang diserang pelampau Yahudi di Tebing Barat, semalam.
TEL AVIV - ISRAEL. Pelampau Yahudi dilaporkan membakar sebuah rumah milik penduduk Palestin di Tebing Barat, menurut media tempatan semalam.

Insiden berlaku di Khirbet Abu Fallah, 25 kilometer di utara Ramallah.

Bagaimanapun tiada kecederaan atau kehilangan nyawa dilaporkan.

Datuk Bandar, Masud Abu Mura berkata ketika kejadian terdapat empat penghuni wanita berada di dalam rumah berkenaan.

"Kira-kira pukul 4 pagi, beberapa pelampau Yahudi membaling bom petrol dan menyebabkan sebahagian daripada rumah tersebut musnah dijilat api," katanya.

Abu Mura menambah, dalam serangan itu pelampau Yahudi turut melakar grafiti 'kematian kepada orang Arab' dalam bahasa Hebrew.

Awal bulan ini, sebuah masjid di al-Mughayir rosak teruk apabila diserang menggunakan molotov koktel oleh pelampau Yahudi, laporan dipetik dari Press TV.

Status penggunaan senjata kimia di Syria, Israel


HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: "Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan tahniah kepada Mohd Nasrudin Mohd Yusof, rakyat Malaysia pertama yang telah menerima anugerah Nobel Keamanan 2013 atas pencapaian perkhidmatannya dalam memastikan negara anggota mematuhi Konvensyen Senjata Kimia," kata Nasrudin Hassan.
Ahli Parlimen Temerloh itu menyatakan demikian ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2015 Peringkat Jawatankuasa bagi Kementerian Luar Negeri di Dewan Rakyat, hari ini.
Beliau merujuk kepada Butiran 110100 - Pihak Berkuasa Kebangsaan Kepada Konvensyen Senjata Kimia.
"Berhubung dengan butiran ini, kita dimaklumkan bahawa penggunaan senjata kimia di Syria didakwa didalangi oleh regim pemerintahan yang kejam sehinggakan pihak PBB dan Pertubuhan Bagi Pencegahan Senjata Kimia (OPCW) menjalankan misi memusnahkan senjata kimia tersebut," ujarnya.
Menurutnya, pemusnahan senjata kimia memerlukan kepakaran teknikaliti yang cukup tinggi kerana tidak semua negara mahupun syarikat swasta berupaya untuk memusnahkan senjata kimia tersebut.
Justeru, berdasarkan kepada peruntukan Bajet 2015 di bawah butiran itu, beliau bertanya bolehkah mendapatkan penjelasan mengenai status penggunaan senjata kimia di seluruh dunia sama ada di Syria, Amerika Syarikat dan sekutunya Israel memandangkan perwakilan negara kita telah didedahkan dengan pelbagai latihan serta pemeriksaan di peringkat antarabangsa.
Beliau juga ingin mendengar penjelasan daripada kerajaan sekiranya Malaysia terlibat dalam aktiviti eksport import bahan kimia dwifungsi yang disenaraikan di bawah Akta Perdagangan Strategik 2010.
"Jika ada, siapakah rakan niaga tersebut, syarikat yang mengendalikan serta jumlah dagangannya," ujar beliau lagi. - HARAKAHDAILY 25/11/2014

palestin

Pemuda Palestin diserang 3 Yahudi


Baitulmaqdis: Tiga lelaki Israel menyerang seorang pemuda Palestin, semalam.
Jurucakap polis Luba Samri berkata, mangsa dalam keadaan baik dan kini dirawat di sebuah hospital di sini, manakala kes itu dalam siasatan.
Keadaan di Baitulmaqdis semakin tegang berikutan kebimbangan penduduk Palestin bahawa kerajaan Israel pimpinan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu mahu mengubah status quo dipersetujui di Masjid al-Aqsa dengan membenarkan orang Yahudi beribadah di situ.
Perkara itu berulang kali dinafikan Netanyahu, namun ramai anggota parti gabungannya mahukan perubahan itu dibuat.
Kelmarin, sebuah rumah Palestin di Tebing Barat dibakar pelampau Yahudi yang turut menconteng slogan anti-Islam dalam bahasa Hebrew.
Tiada kecederaan dilaporkan dan kes disiasat polis Israel. - AP
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 25 November 2014 @ 5:02 AM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/11453#sthash.d4BdUjev.dpuf

Kediaman Palestin dibakar pelampau Yahudi


TEL AVIV 25 Nov. - Pelampau Yahudi dilaporkan membakar sebuah rumah milik penduduk Palestin di Tebing Barat, menurut media tempatan semalam.
Insiden berlaku di Khirbet Abu Fallah, 25 kilometer di utara Ramallah.
Bagaimanapun tiada kecederaan atau kehilangan nyawa dilaporkan.
Datuk Bandar, Masud Abu Mura berkata ketika kejadian terdapat empat penghuni wanita berada di dalam rumah berkenaan. - AP
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/kediaman-palestin-dibakar-pelampau-yahudi-1.28826#sthash.Ubet8PKH.dpuf