Kira-kira 40 tan simen dibenarkan memasuki Genting Gaza melalui lintasan Kerem Shalom, kelmarin. |
RAMALLAH - PALESTIN. Projek pembinaan semula Genting Gaza dikhuatiri tergendala kerana bekalan simen yang dihantar ke wilayah itu didakwa tidak mencukupi.
Jurucakap Pihak Berkuasa Palestin (PA), Raed Fatuh yang menguruskan kemasukan bahan binaan tersebut dari lintasan Kerem Shalom memberitahu penghantaran terbaharu itu melibatkan sebanyak 28 trak yang membawa kira-kira 40 tan simen.
"Ia masih tidak mencukupi walaupun jumlah tersebut adalah yang terbesar sejak Operasi Perlindungan Sempadan Israel berakhir pada Ogos lalu," katanya.
Menurutnya lagi, projek pembinaan semula itu berjalan lancar hanya jika Israel membenarkan kemasukan 100 trak sehari ke Gaza selama tempoh tiga tahun.
Sementara itu, pihak berkuasa rejim Zionis mengancam untuk menahan mana-mana aktivis Palestin yang didakwa memuat naik status atau mesej berunsur anti-Israel di Facebook.
Amaran keras itu dikeluarkan susulan penahanan Mahmoud Asila, 32, di Baitulmaqdis yang dituduh menghasut dan menyebarkan propaganda pada minggu lalu, menurut laporan Press TV.

No comments:
Post a Comment