Friday, 25 November 2016

Berpuluh ribu penduduk Israel pindah akibat kebakaran belukar

JUMAAT, 25 NOVEMBER 2016 @ 7:21 AM

API marak menyala membakar pokok dan hutan berhampiran perumahan di Haifa. - Foto AP

HAIFA: Berpuluh-puluh ribu penduduk di bandar Haifa, bandar ketiga di Israel, terpaksa berpindah berikutan kebakaran besar belukar, semalam, ketika bomba berusaha mengawal kebakaran di seluruh negara. Sebahagian penduduk terperangkap di dalam rumah mereka ketika tentera meminta bantuan pasukan simpanan untuk membantu memadamkan api yang kini masuk hari ketiga. Pihak berkuasa mendakwa kebakaran itu mungkin sengaja dibuat. "Api semakin marak dan merebak dari rumah ke rumah. Suasana amat menakutkan," kata Ketua Penyelamat di kejiranan Carmel, Naftali Rottenberg kepada radio awam. Jurucakap Majlis Bandaraya Haifa, Or Doron berkata, seramai 50,000 daripada kira-kira 250,000 penduduk sudah dipindahkan. Jurucakap polis, Micky Rosenfeld pula berkata, penduduk di kawasan empat kejiranan diarah berpindah susulan enam kebakaran dan empat pusat pemindahan sudah disediakan. Seramai 44 penduduk terbunuh dalam kebakaran pada 2010 di Haifa, kejadian terburuk dalam sejarah Israel -AFP.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/216571

Israel tahan 12 orang dituduh buat khianat dengan api

DUNIA JUMAAT, 25 NOVEMBER 2016 @ 8:52 PM


ANGGOTA bomba memadamkan kebakaran di hutan di Haifa. - Foto AFP

BAITULMUQADDIS: Polis Israel hari ini menahan 12 orang yang disyaki melakukan khianat selepas kebakaran hutan besar-besaran yang melanda tengah dan utara Israel sehingga memaksa kira-kira 80,000 penduduk dipindahkan di bandar Haifa dan beratus-ratus buah rumah musnah.

Menurut polis, pasukan bomba masih berusaha memadamkan kebakaran hutan di kawasan bukit di seluruh bandar raya ini dan sekitar Haifa, dengan bantuan pasukan bomba dari Palestin serta pasukan kecemasan dari Greece, Cyprus, Croatia, Itali, Russia dan Turki. Sementara itu, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berkata, beliau juga menerima bantuan daripada Mesir dan Jordan.

Beliau mendakwa beberapa kejadian kebakaran sebelum ini sebagai perbuatan khianat dan ada kaitan dengan keganasan. Jurucakap polis, Micky Rosenfeld berkata, berpuluh-puluh suspek sudah ditangkap, sama ada ketika cuba mencetuskan kebakaran atau melarikan diri daripada kawasan itu, namun beliau tidak memberikan maklumat lanjut. - Reuters

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/216801

Israel terima bantuan Palestin padam kebakaran

JUMAAT, 25 NOVEMBER 2016 @ 10:09 PM


ANGGOTA bomba Israel memeriksa kediaman yang musnah dalam kebakaran di Beit Meir. - Foto AFP


BAITULMAQDIS: Israel menerima tawaran bantuan daripada Pihak Berkuasa Palestin (PA) untuk memadam kebakaran hutan yang meranapkan sebahagian besar kawasan di tengah dan utara negara itu. Krisis itu memaksa puluhan ribu penduduk melarikan diri daripada rumah ketika kebakaran memusnahkan bandar ketiga terbesar negara itu, Haifa.

Empat pasukan bomba Palestin akan menyertai usaha memadam kebakaran terbabit. Seorang pegawai kanan Israel memaklumkan akhbar harian Haaretz bahawa Penyelaras Aktiviti Kerajaan Wilayah Israel akan memantau kerjasama antara anggota bomba Palestin dan Israel. Russia, Turki, Greece, Itali, Croatia dan Cyprus semuanya turut membantu memadam kebakaran, sementara Amerika Syarikat (AS) bersetuju menghantar pesawat bomba "Supertanker" Boeing 747.


Ketua Polis Israel menyalahkan kebakaran itu terhadap serangan khianat sementara Perdana Menterinya Benjamin Netanyahu berkata, serangan seperti itu akan dianggap keganasan. Polis Israel berkata hari ini, mereka menahan 12 orang disyaki memulakan kebakaran itu. Jurucakap polis, Micky Rosenfeld memaklumkan Reuters, 12 orang ditahan sama ada ketika cuba memulakan kebakaran atau melarikan diri dari kawasan itu, namun tidak memberi butiran lanjut.

Menteri Keselamatan Dalam Negeri Gilad Erdan berkata, mereka yang ditahan adalah golongan "minoriti", rujukan sama ada warga Arab Israel atau Palestin. Kebakaran itu yang marak sejak Selasa lalu, diburukkan lagi dengan angin kencang ketika tempoh kering. Sekurang-kurangnya 130 orang cedera ketika kebakaran merebak, kebanyakannya akibat menyedut asap. - Agensi

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/216816

Israel terbakar, angin kencang burukkan keadaan


25 NOVEMBER 2016
Israel terbakar, angin kencang burukkan keadaan

Israel terbakar, angin kencang burukkan keadaan Api marak sedang 'menelan' sebuah pangsapuri di bandar Haifa.
HAIFA - ISRAEL. Kebakaran yang berlaku di bandar Haifa, Israel bermula daripada kemarau panjang yang telah berlanjutan selama dua bulan.

Memetik laporan BBC ia tercetus sebaik sahaja angin kencang bertiup dari utara bandar, menyebabkan api semakin marak dan sukar dikawal.

Difahamkan, kira-kira 80,000 penduduk telah diberitahu untuk meninggalkan kediaman mereka kerana kebakaran tersebut.

Kebakaran hutan itu juga mengancam rumah berhampiran Jerusalem dan di Tebing Barat.

Ketua Polis Israel Roni Alsheich berkata, pihaknya sedang melakukan siasatan dan motif dipercayai berpunca daripada perbuatan khianat yang bermotifkan politik.

Sementara itu, Perdana Menterinya, Benjamin Netanyahu menyifatkan insiden terbabit sebagai serangan keganasan terhadap rakyat dan negaranya.

"Sesiapa yang cuba membakar bahagian negeri Israel akan dikenakan hukuman berat," kata Netanyahu.

Palestin bantu Israel padam api


25 NOVEMBER 2016
Palestin bantu Israel padam api


Palestin bantu Israel padam api Palestin bantu Israel padam api
BAITULMUQADDIS - PALESTIN. Israel bersetuju menerima bantuan pihak berkuasa Palestin untuk mengekang api kebakaran yang tidak terkawal di bahagian tengah dan utara Palestin.

Menurut laporan The Independent, empat pasukan bomba Palestin dikerahkan untuk membantu memadamkan kebakaran.

Rusia, Turki, Greece, Itali, Croatia dan Cyprus juga bersetuju untuk membantu manakala Amerika Syarikat telah menghantar pesawat pemadam api 'Super Tanker' ke Palestin.

Kebakaran yang bermula di Haifa berkenaan sebelum ini menyebabkan 80,000 penduduk penempatan haram Israel dipindahkan.

[ARTIKEL BERKAITAN: Israel terbakar, angin kencang burukkan keadaan]

Kebakaran tersebut juga merebak ke beberapa lagi bandar dan menyebabkan bekalan elektrik ke penempatan haram Israel terputus.