Friday 25 November 2016

Berpuluh ribu penduduk Israel pindah akibat kebakaran belukar

JUMAAT, 25 NOVEMBER 2016 @ 7:21 AM

API marak menyala membakar pokok dan hutan berhampiran perumahan di Haifa. - Foto AP

HAIFA: Berpuluh-puluh ribu penduduk di bandar Haifa, bandar ketiga di Israel, terpaksa berpindah berikutan kebakaran besar belukar, semalam, ketika bomba berusaha mengawal kebakaran di seluruh negara. Sebahagian penduduk terperangkap di dalam rumah mereka ketika tentera meminta bantuan pasukan simpanan untuk membantu memadamkan api yang kini masuk hari ketiga. Pihak berkuasa mendakwa kebakaran itu mungkin sengaja dibuat. "Api semakin marak dan merebak dari rumah ke rumah. Suasana amat menakutkan," kata Ketua Penyelamat di kejiranan Carmel, Naftali Rottenberg kepada radio awam. Jurucakap Majlis Bandaraya Haifa, Or Doron berkata, seramai 50,000 daripada kira-kira 250,000 penduduk sudah dipindahkan. Jurucakap polis, Micky Rosenfeld pula berkata, penduduk di kawasan empat kejiranan diarah berpindah susulan enam kebakaran dan empat pusat pemindahan sudah disediakan. Seramai 44 penduduk terbunuh dalam kebakaran pada 2010 di Haifa, kejadian terburuk dalam sejarah Israel -AFP.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/216571

No comments:

Post a Comment