Friday 25 November 2016

Israel tahan 12 orang dituduh buat khianat dengan api

DUNIA JUMAAT, 25 NOVEMBER 2016 @ 8:52 PM


ANGGOTA bomba memadamkan kebakaran di hutan di Haifa. - Foto AFP

BAITULMUQADDIS: Polis Israel hari ini menahan 12 orang yang disyaki melakukan khianat selepas kebakaran hutan besar-besaran yang melanda tengah dan utara Israel sehingga memaksa kira-kira 80,000 penduduk dipindahkan di bandar Haifa dan beratus-ratus buah rumah musnah.

Menurut polis, pasukan bomba masih berusaha memadamkan kebakaran hutan di kawasan bukit di seluruh bandar raya ini dan sekitar Haifa, dengan bantuan pasukan bomba dari Palestin serta pasukan kecemasan dari Greece, Cyprus, Croatia, Itali, Russia dan Turki. Sementara itu, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berkata, beliau juga menerima bantuan daripada Mesir dan Jordan.

Beliau mendakwa beberapa kejadian kebakaran sebelum ini sebagai perbuatan khianat dan ada kaitan dengan keganasan. Jurucakap polis, Micky Rosenfeld berkata, berpuluh-puluh suspek sudah ditangkap, sama ada ketika cuba mencetuskan kebakaran atau melarikan diri daripada kawasan itu, namun beliau tidak memberikan maklumat lanjut. - Reuters

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/216801

No comments:

Post a Comment