Tuesday 10 March 2015

Lieberman cetus kontroversi


Avigdor Lieberman
Avigdor Lieberman
TEL AVIV - Menteri Luar Israel, Avigdor Lieberman, kelmarin mengeluarkan kenyataan yang didakwa bakal meningkatkan lagi ketegangan di rantau tersebut.

Lieberman sewenang-wenangnya mengarahkan hukuman penggal kepala dikenakan ke atas masyarakat Arab dan mana-mana penduduk Israel yang membantah dasar diskriminasi kerajaan terhadap penduduk Palestin.

Pemimpin parti Yisrael Beytenu itu berkata, mereka yang menentang kerajaan kononnya perlu menerima hukuman tegas kerana mereka dilihat sebagai ancaman kepada rejim Tel Aviv.

Dalam satu kenyataan lain, Lieberman turut mencadangkan pelan pertukaran tanah yang hanya menguntungkan sebelah pihak, sekali gus membolehkan Israel meluaskan lagi projek penempatan haram mereka.

Lieberman sememangnya terkenal dengan kenyataan kontroversi beliau terhadap isu dasar luar hingga menyebabkan beliau dilabel sebagai 'menteri luar yang memalukan' oleh Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu. - Press TV

Benjamin Netanyahu nafi setuju pembentukan dua negara

Isaac Herzog
Isaac Herzog

BAITULMAQDIS 9 Mac – Pejabat Perdana Menteri Israel, semalam menafikan laporan media Israel bahawa Perdana Menteri Benjamin Netanyahu mengubah komitmen yang dibuat pada 2009 untuk mencapai penyelesaian dalam konflik antara Israel dan Palestin adalah dengan pembentukan dua negara secara aman dengan Palestin.
Satu kenyataan yang dikeluarkan Parti Likud, Netanyahu secara meluas dilaporkan oleh media Israel sebagai berkata, ucapan yang diberikannya enam tahun lalu yang memberi persetujuan buat pertama kali bagi pembentukan negara Palestin sebagai satu penyelesaian kepada konflik berdekad-dekad lalu antara kedua-dua pihak, kini ‘tidak lagi relevan’.
“Netanyahu ‘tidak pernah berkata seperti itu,’’ kata pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan bagi mengulas laporan tersebut.
Parti Likud dilihat mengeluarkan kenyataan itu bagi menyangkal laporan media Israel sebelum itu yang mencadangkan Netanyahu dalam tempoh pemerintahannya sebelum ini telah mengadakan rundingan berhubung pengunduran secara meluas Israel dari tanah yang mereka rampas daripada penduduk Palestin semasa perang 1967.
Kenyataan itu yang dilihat dikeluarkan oleh aktivis parti itu berkata, Netanyahu juga mencadangkan, `tiada pengunduran atau penyerahan, dan (langkah) itu agak mustahil,’ yang merujuk kepada pertukaran sebarang kawasan yang dijajah dengan keamanan.
Pejabat Netanyahu turut menafikan laporan yang mendakwa, beliau telah lama berpegang kepada dasar yang ‘di bawah keadaan semasa di Asia Barat, sebarang tanah yang diserahkan akan dimiliki kumpulan pelampau Islam’.
Pemimpin Israel itu berulang kali berkata, beliau tidak akan menyerahkan sebarang tanah yang berisiko daripada jatuh ke tangan pelampau Islam sejak kegagalan rundingan damai pada April tahun lalu, serta perang antara Israel dan Hamas di Gaza, pada tahun lalu.
Dakwaan-dakwaan media terhadap Netanyahu berhubung konflik Palestin berlaku ketika kempen sengit menjelang pilihan raya umum Israel pada 17 Mac ini, yang menyaksikan Netanyahu ditentang hebat pesaingnya, Isaac Herzog daripada Kesatuan Zionis yang berkempen untuk menyambung rundingan damai. – REUTERS
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/benjamin-netanyahu-nafi-setuju-pembentukan-dua-negara-1.67567#sthash.11hT3zJQ.dpuf