Avigdor Lieberman
Avigdor Lieberman
TEL AVIV - Menteri Luar Israel, Avigdor Lieberman, kelmarin mengeluarkan kenyataan yang didakwa bakal meningkatkan lagi ketegangan di rantau tersebut.

Lieberman sewenang-wenangnya mengarahkan hukuman penggal kepala dikenakan ke atas masyarakat Arab dan mana-mana penduduk Israel yang membantah dasar diskriminasi kerajaan terhadap penduduk Palestin.

Pemimpin parti Yisrael Beytenu itu berkata, mereka yang menentang kerajaan kononnya perlu menerima hukuman tegas kerana mereka dilihat sebagai ancaman kepada rejim Tel Aviv.

Dalam satu kenyataan lain, Lieberman turut mencadangkan pelan pertukaran tanah yang hanya menguntungkan sebelah pihak, sekali gus membolehkan Israel meluaskan lagi projek penempatan haram mereka.

Lieberman sememangnya terkenal dengan kenyataan kontroversi beliau terhadap isu dasar luar hingga menyebabkan beliau dilabel sebagai 'menteri luar yang memalukan' oleh Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu. - Press TV