
Monday, 11 November 2013
Krisis kemanusiaan meruncing di Gaza

Mufid al-Mekhalilati berkata, rawatan yang menggunakan peralatan seperti mesin dialisis mungkin terpaksa dihentikan kerana krisis bekalan kuasa elektrik tersebut.
"Kami menjangkakan 'malapetaka' besar akan berlaku di Genting Gaza jika masalah terbabit gagal diatasi dalam masa terdekat," jelasnya lagi, menurut laporan Press TV.
Sementara itu, Kementerian Hal Ehwal Banduan memaklumkan tahanan Palestin di penjara Nafha, selatan Israel merancang untuk melancarkan protes baru sebagai tanda perpaduan dengan saudara mereka yang jatuh sakit di pusat tahanan tersebut.
Dalam satu kenyataan, peguam Amer Abu Hamdiyya memberitahu kebanyakan tahanan tidak mahu berdiam diri berikutan beberapa orang daripada mereka dilaporkan terpaksa menderita sakit dan tidak dihiraukan pihak berkuasa rejim Zionis.
Awal minggu lalu, Hasan Turabi dilaporkan meninggal dunia akibat leukemia dan kematiannya dikatakan berpunca daripada sikap sambil lewa Israel.
Subscribe to:
Posts (Atom)