Monday, 11 November 2013

Krisis kemanusiaan meruncing di Gaza

Krisis kemanusiaan meruncing di GazaRawatan yang menggunakan peralatan hospital mungkin terpaksa dihentikan jika krisis bekalan kuasa elektrik di Gaza berterusan.

GENTING GAZA - GAZA. Menteri Kesihatan Gaza, kelmarin memberi amaran bahawa penutupan bekalan kuasa elektrik sejak dua minggu lalu akan menyebabkan krisis kemanusiaan semakin meruncing di wilayah itu.

Mufid al-Mekhalilati berkata, rawatan yang menggunakan peralatan seperti mesin dialisis mungkin terpaksa dihentikan kerana krisis bekalan kuasa elektrik tersebut.

"Kami menjangkakan 'malapetaka' besar akan berlaku di Genting Gaza jika masalah terbabit gagal diatasi dalam masa terdekat," jelasnya lagi, menurut laporan Press TV.

Sementara itu, Kementerian Hal Ehwal Banduan memaklumkan tahanan Palestin di penjara Nafha, selatan Israel merancang untuk melancarkan protes baru sebagai tanda perpaduan dengan saudara mereka yang jatuh sakit di pusat tahanan tersebut.

Dalam satu kenyataan, peguam Amer Abu Hamdiyya memberitahu kebanyakan tahanan tidak mahu berdiam diri berikutan beberapa orang daripada mereka dilaporkan terpaksa menderita sakit dan tidak dihiraukan pihak berkuasa rejim Zionis.

Awal minggu lalu, Hasan Turabi dilaporkan meninggal dunia akibat leukemia dan kematiannya dikatakan berpunca daripada sikap sambil lewa Israel.

No comments:

Post a Comment