Friday 7 November 2014

Jordan sedia halang Israel


Penduduk Palestin membersihkan sebahagian kawasan al-Aqsa yang menjadi sasaran keganasan terbaharu, kelmarin.
Penduduk Palestin membersihkan sebahagian kawasan al-Aqsa yang menjadi sasaran keganasan terbaharu, kelmarin.
AMMAN - JORDAN. Jordan mengumumkan bahawa mereka bersedia untuk bertindak bagi menghentikan serangan Israel di Masjid al-Aqsa.

Kelmarin, Duta Jordan ke PBB, Dina Kawar turut menghantar surat kepada Presiden Majlis Keselamatan PBB dan mengutuk tindakan provokasi rejim Zionis ke atas masjid ketiga paling suci dalam Islam tersebut.

"Ia disifatkan sebagai satu perlanggaran yang serius dan tidak pernah berlaku sebelum ini," menurut Kawar. 

Difahamkan, Raja Jordan dinamakan sebagai penjaga al-Aqsa susulan daripada Perang Enam Hari pada 1967 yang telah mengubah landskap Baitulmaqdis.

Dalam perkembangan berkaitan, ratusan penduduk Palestin dilaporkan membuat rantaian manusia di Ramallah, Tebing Barat sebagai membantah insiden pencerobohan ke atas al-Aqsa yang semakin meningkat sejak akhir-akhir ini.

Pegawai kanan Hamas, Hossein Abu Kweik turut mengecam tindakan keganasan yang dilakukan ke atas penduduk Palestin berikutan situasi semakin meruncing di kota suci tersebut, laporan dipetik dari Press TV.

ICC enggan siasat serangan Mavi Marmara


Puluhan aktivis turut cedera dalam insiden serangan ganas Israel ke atas kapal Mavi Marmara pada 31 Mei 2010.
Puluhan aktivis turut cedera dalam insiden serangan ganas Israel ke atas kapal Mavi Marmara pada 31 Mei 2010.
THE HAGUE - BELANDA. Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) memutuskan untuk tidak membuka kertas siasatan terhadap insiden serangan Israel ke atas kapal Mavi Marmara yang turut meragut nyawa sembilan aktivis Turki pada 2010.

Menurut pendakwa raya, kes itu berada di luar bidang kuasa mereka walaupun beberapa maklumat diperoleh adalah asas yang wajar menunjukkan rejim Zionis melakukan jenayah perang ke atas kumpulan bantuan kemanusiaan pertama ke Gaza terbabit.

Bagaimanapun, kes tersebut didakwa kononnya tidak terlalu serius untuk disiasat walaupun ICC telah melakukan siasatan awal termasuk mengadakan pertemuan bersama barisan peguam Turki , tahun lalu.

Pada Mei 2013, satu tindakan undang-undang terhadap Israel difailkan di The Hague bagi pihak Yayasan Bantuan Kemanusiaan Turki (IHH) dan keluarga mangsa serangan tersebut. - Press TV

Palestin gesa PBB henti keganasan di Masjid Al-Aqsa

seorang penduduk Palestin membakar tayar semasa mengadakan tunjuk
Seorang penduduk Palestin membakar tayar semasa mengadakan tunjuk perasaan di kem pelarian Palestin di Shuafat , Baitulmaqdis timur, kelmarin. – AFP
NEW YORK 6 Nov. – Palestin mendesak Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengambil tindakan bagi menghentikan keganasan dan pertempuran di Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis timur.
Palestin juga memberi amaran tercetusnya keganasan agama jika tiada tindakan diambil.
Wakil Palestin ke PBB, Riyad Mansour berkata, badan keselamatan dunia itu perlu “membuat pendirian untuk mendesak rejim Zionis Israel menghentikan semua aktiviti dan dasar yang bersifat provokasi dan menghasut.
Riyad menyalahkan `kumpulan pelampau’ yang memasuki masjid itu tanpa membuka kasut sebagai punca kejadian keganasan terbaharu itu.
“Mereka cuba mencetuskan konfrontasi agama,’’ katanya selepas bertemu Duta Australia, Gary Quinlan yang mempengerusikan sidang Majlis Keselamatan pada bulan ini.
Desakan supaya Majlis Keselamatan mengeluarkan satu kentetapan itu dibuat, selepas tercetus pertempuran terbaharu awal pagi semalam antara polis Israel dan penduduk Palestin di Masjid Al-Aqsa dan insiden sebuah kereta yang dipandu penduduk Palestin melanggar sekumpulan pejalan kaki mengakitkan seorang anggota polis sempadan maut.
Terdahulu, Jordan yang mengurus dan mentadbir Masjid Al-Aqsa, memanggil pulang Dutanya ke Israel manakala Menteri Luarnya, Nasser Judeh menggesa Israel menghormati kesucian masjid tersebut.
Duta Jordan ke Majlis Keselamatan, Dina Kawar berkata, negara itu menganggap tindakan Israel itu sebagai melampau dan memburukkan keadaan,
“Jordan akan mengambil tindakan dan pendekatan untuk menghentikan serangan Israel ke atas Masjid Al-Aqsa,’’ katanya dalam sepucuk surat kepada badan keselamatan dunia itu. – AFP
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/palestin-gesa-pbb-henti-keganasan-di-masjid-al-aqsa-1.21585#sthash.5WRD8cjc.dpuf