Thursday 20 November 2014

Perkahwinan pasangan Palestin di Jerusalem pada tahun 1922

A Palestinian wedding in Jerusalem in 1922..., 19 November 2014.
Perkahwinan pasangan Palestin di Jerusalem pada tahun 1922

Protokol-Protokol Zionis 4S / 4F

Protokol-Protokol Zionis 4S / 4F
Dengan senjata ini sahaja yang digunakan untuk menghancurkan Umat Islam.

Zionis menceroboh, menutup laluan masuk dan menyerang jemaah di dalam Masjid Al-Aqsa

"Zionis berani menceroboh, menutup laluan masuk dan menyerang jemaah di dalam Masjid Al-Aqsa dalam keadaan mereka tahu kekuatan terkini perjuangan rakyat Palestin yang mampu melepaskan roket ke seluruh Israel selepas Perang 'Asfil Ma'kul tahun ini, kerana disebabkan kelemahan umat Islam. Umat Islam masih berpecah belah. Tidak semua negara Islam membela rakyat Palestin. Mereka dibiarkan bersendirian melawan Zionis. Lebih menyedihkan, ada negara Islam sendiri menyokong Zionis semasa menyerang Gaza.

Negara Malaysia harus memimpin dunia Islam dalam membela Palestin."

Ust Salman Abdul Rahman,
Pengarah Pusat Kajian, Aman Palestin Bhd

Negara Israel Raya



Avraham Duvdevani (berbaju putih) duduk di sebelah Benjamin Netanyahu, Perdana Menteri Israel dalam satu acara Jewish Agency for Israel.

Israel hanyalah satu jelmaan kepada ideologi dan gerakan antarabangsa.Ramai yang melihat krisis Palestin-Israel hanya sebagai isu perebutan negara semata-mata. Tetapi pada hakikatnya, negara haram Israel hanyalah satu manifestasi kepada ideologi Zionism yang telah diasaskan oleh Theodore Herzl dalam tulisannya "The Jewish State". Idea Herzl kemudiannya telah dikongreskan pada tahun 1897 melalui Kongres Yahudi Sedunia Pertama di Basel, Switzerland.
Bermula dari kongres ini, Yahudi Zionis berusaha mendapatkan Al-Quds, keseluruhan Palestin dan seterusnya negara-negara sekitarnya bagi menjayakan idea Negara Israel Raya (The Great Israel), melalui apa jua cara yang mungkin termasuk melalui konspirasi-konspirasi tertentu di peringkat antarabangsa.
Gerakan antarabangsa ini dinamakan sebagai World Zionist Organization.
Pertubuhan ini wujud sehingga sekarang. Legasi Herzl diteruskan dan kini ia dipimpin oleh Avraham Duvdevani.

Rafah kini jadi bandar berhantu


Tentera Mesir meletupkan kawasan penempatan yang dirobohkan ketika operasi 'pembersihan' di Rafah berhampiran sempadan selatan Genting Gaza pada 29 Oktober lalu.
Tentera Mesir meletupkan kawasan penempatan yang dirobohkan ketika operasi 'pembersihan' di Rafah berhampiran sempadan selatan Genting Gaza pada 29 Oktober lalu. 
Ribuan keluarga hilang tempat tinggal selepas mereka diarah berpindah oleh pihak berkuasa Mesir.
Ribuan keluarga hilang tempat tinggal selepas mereka diarah berpindah oleh pihak berkuasa Mesir.
Penutupan sempadan Rafah sejak akhir bulan lalu telah menyebabkan ramai penduduk terkandas di Gaza.
Penutupan sempadan Rafah sejak akhir bulan lalu telah menyebabkan ramai penduduk terkandas di Gaza.
Tentera Mesir memeriksa terowong rahsia yang digunakan sebagai laluan untuk menyeludup barang keperluan ke wilayah Gaza.
Tentera Mesir memeriksa terowong rahsia yang digunakan sebagai laluan untuk menyeludup barang keperluan ke wilayah Gaza.
20 November 2014
BUNYI letupan yang berlarutan sejak dua minggu lalu telah mengganggu konsentrasi penuntut universiti, Ahmed al-Afifi yang sedang mengulang kaji kerana bakal menghadapi peperiksaan pertengahan semester.

Ahmed, 22, yang tinggal berhampiran sempadan Rafah terpaksa berhadapan dengan bunyi bising selepas pihak berkuasa Mesir memulakan projek untuk mewujudkan zon penampan berukuran 500 meter lebar di kawasan tersebut.

Namun, bunyi letupan itu tidak sedahsyat bedilan rejim Zionis ketika Operasi Perlindungan Sempadan dilancarkan pada 8 Julai lalu.

Kelmarin, Kaherah mengumumkan rancangan mereka untuk menggandakan kelebaran zon tersebut kepada 1 kilometer.

Pengumuman itu sememangnya bukan satu khabar gembira buat penduduk Palestin yang mendiami kawasan terbabit kerana ia telah mengganggu ketenteraman mereka.

Tentera Mesir melakukan 'pembersihan' di kawasan itu dengan menggunakan dinamit dan jentolak yang dilihat sebagai sebahagian daripada kempen sistematik untuk memusnahkan terowong rahsia di sempadan Genting Gaza.

Operasi besar-besaran itu dibuat susulan  insiden serangan yang telah meragut 33 nyawa tentera Mesir di Sinai Utara pada bulan lalu dan ia sememangnya bakal memberi kesan besar kepada ribuan penduduk sekitar kawasan terbabit.

Kepungan 'tidak adil'   

Ketua Operasi Agensi Bantuan dan Pekerjaan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNRWA), Robert Turner mendakwa zon penampan tersebut hanya akan menyebabkan situasi menjadi lebih sukar dan beliau turut menyifatkan ia sebagai kepungan 'tidak adil'.

"Penduduk Gaza akan berasa lebih tertekan dan ia hanya menambah episod duka dalam hidup mereka," katanya.

Catatan sejarah menunjukkan Rafah telah berpecah kepada dua kawasan (Palestin dan Kaherah) selepas Perjanjian Damai Mesir-Israel pada 1979.

Bagaimanapun, sekatan haram yang dikenakan Israel sejak 2007 menyebabkan terowong rahsia digali di kawasan itu bagi membolehkan pelbagai barang keperluan termasuk bekalan makanan, ubat-ubatan, bahan binaan dan bahan api dibawa masuk ke Gaza.

Operasi memusnahkan laluan rahsia itu telah dilakukan sejak bekas presiden, Mohammed Mursi digulingkan pada Julai 2013, namun kewujudan zon penampan terbabit didakwa akan menghalang usaha pembinaan terowong bawah tanah tersebut secara sepenuhnya pada masa hadapan.

Krisis ekonomi makin buruk

Harga barangan didakwa meningkat dan bekalan juga semakin berkurangan.

Peniaga dan penjual di bandar Rafah mendakwa tindakan Mesir mengetatkan kawalan keselamatan di sempadan telah melumpuhkan lagi krisis ekonomi di wilayah itu.

"Pelanggan tidak lagi membeli produk kami," rungut peniaga, Salah al-Manyarawi.

Sementara itu, Talya, 29, yang berkunjung ke Genting Gaza untuk melawat keluarganya kini terkandas susulan daripada penutupan laluan di sempadan Rafah dan ribuan lagi penduduk Palestin turut mengalami nasib sama sepertinya.

Menurutnya, kebanyakan rumah rakannya telah dirobohkan dalam operasi tersebut dan situasi menjadi semakin tegang di kawasan tersebut.

"Saya banyak kenangan manis di Sinai dan melihat keadaan penduduk di sini sememangnya menyayat hati.

"Rafah kini menjadi bandar berhantu!' katanya dalam nada kecewa.

Sementara itu, pensyarah pengajian politik di Universiti Ummah di Gaza, Profesor Adnan Abu Amer memaklumkan penutupan sempadan Rafah dan tindakan pihak berkuasa memusnahkan terowong rahsia itu hanya menambah lagi kesengsaraan penduduk Gaza.

"Terowong tersebut dibina untuk membantu penduduk wilayah ini yang hidup menderita akibat sekatan haram Israel sejak tujuh tahun lalu.

"Kami tidak akan melakukan penyeludupan jika pihak berkuasa menyediakan kaedah alternatif bagi membenarkan kemasukan pelbagai barangan dan bekalan makanan secara terus ke Genting Gaza," jelasnya penuh makna menurut laporan Al-Jazeera.

Ketegangan semakin memuncak


Pihak berkuasa melepaskan gas pemedih mata ke arah kumpulan penunjuk perasaan di Hebron, Tebing Barat.
Pihak berkuasa melepaskan gas pemedih mata ke arah kumpulan penunjuk perasaan di Hebron, Tebing Barat.
BAITULMAQDIS - Tentera rejim Zionis bertindak menyerang penduduk Palestin di Baitulmaqdis Timur, sekali gus meningkatkan lagi ketegangan di wilayah itu.

Pertempuran ganas tercetus antara penduduk Palestin dan pihak berkuasa Israel di pusat pemeriksaan berhampiran kem pelarian Shuafat selepas tentera rejim Zionis melepaskan gas pemedih mata ke arah mereka.

Dalam kejadian berasingan di Silwan, tentera Israel didakwa merobohkan rumah keluarga penduduk Palestin yang didakwa melanggar pejalan kaki di Baitulmaqdis pada 22 Oktober lalu.

Pihak berkuasa juga cuba untuk membuat tindakan sama ke atas rumah penduduk Palestin di kawasan kejiranan Jabal al-Mukaber.

Difahamkan menurut Press TV, Israel membuat tindakan melulu itu sebagai respons terhadap kematian lima individu di barat Baitulmaqdis, kelmarin. 

Israel roboh kediaman penyerang Palestin


REUTERS - SEORANG budak lelaki Palestin berdiri di atas runtuhan kediaman Abdelrahman yang dimusnahkan pasukan keselamatan Israel di Baitulmuqaddis Timur semalam.


BAITULMUQADDIS – Pasukan keselamatan Israel semalam memusnahkan kediaman milik seorang lelaki Palestin yang membunuh dua penduduk Yahudi selepas merempuh mangsa dengan sebuah kereta di sini pada bulan lalu.
“Kediaman pengganas yang membunuh seorang wanita muda dan bayi Israel di sebuah stesen trem di sini pada 22 Oktober lalu telah dimusnahkan di Silwan,” kata tentera Israel dalam satu kenyataan.
Kediaman yang dimusnahkan itu milik Abdelrahman Shaludi. Dia ditembak mati oleh polis Israel ketika cuba melarikan diri dalam insiden tersebut.
Tindakan meranapkan kediaman itu dibuat selepas dua lelaki Palestin yang bersenjatakan pisau pemotong api dan pistol mengamuk sebelum menyerang penduduk Yahudi di sebuah rumah ibadat di sini kelmarin.
Seramai lima orang mati dalam kejadian itu yang merupakan antara serangan paling berdarah di kota ini sejak beberapa tahun lalu.
Terdahulu, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berjanji akan bertindak keras terhadap mereka yang bertanggungjawab melakukan serangan itu.
“Petang ini (semalam) saya mengarahkan supaya kediaman penduduk Palestin yang melakukan serangan ganas itu di Baitulmuqaddis Timur di sini dimusnahkan dan menyegerakan tindakan meranapkan rumah penduduk Palestin yang melakukan beberapa serangan sebelum ini. – Reuters


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1120&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz3JYQymSzm 
Hakcipta terpelihara 

Israel letup rumah penduduk Palestin


Anak saudara Abdel-Rahman Shaloudi mempamerkan gambar Abdel-Rahman
Anak saudara Abdel-Rahman Shaloudi mempamerkan gambar Abdel-Rahman yang didakwa merempuh sehingga mati dua penduduk Yahudi pada Oktober lalu. – AFP
BAITULMAQDIS 19 Nov – Pasukan keselamatan Israel, hari ini bertindak meletupkan rumah seorang penduduk Palestin yang didakwa melakukan tindakan merempuh dua orang penduduk Yahudi dengan sebuah kereta di hentian tram di sini, sehari selepas dua anggota militan membunuh empat orang rabai dan seorang anggota polis di sebuah rumah ibadat Yahudi di bandar ini, pada Oktober lalu.
Rumah penduduk Palestin berkenaan, Abdel-Rahman Shaloudi, 21, diletupkan pada awal pagi ini, kata polis dan tentera.
Dalam kejadian pada 22 Oktober lalu, Abdel-Rahman yang menetap di Baitulmaqdis Timur ditembak mati oleh polis ketika cuba melarikan diri dengan menyusup antara penumpang di sebuah hentian kereta api ringan selepas merempuh dengan keretanya sehingga mati seorang bayi warga Amerika Syarikat berusia tiga bulan dan seorang pelancong dari Ecuador berusia 22 tahun terbunuh bangsa Yahudi, manakala tujuh orang lagi cedera.
Rumah Shaloudi di Silwan, Baitulmaqdis Timur telah menjadi tapak konfrantasi ekoran kejadian itu yang disifatkan oleh keluarganya merupakan satu kemalangan jalan raya.
Keganasan di Baitulmaqdis dan kawasan-kawasan lain di Israel dan wilayah Palestin yang diduduki Israel semakin memuncak sejak Julai lalu apabila seorang remaja Palestin dibakar hingga mati oleh penduduk Yahudi. – Reuters
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/israel-letup-rumah-penduduk-palestin-1.26791#sthash.TR9Bk5k6.dpuf

Parlimen Sepanyol iktiraf Palestin sebuah negara

Anggota Parlimen Sepanyol meluluskan usul menggesa kerajaan supaya
Anggota Parlimen Sepanyol meluluskan usul menggesa kerajaan supaya mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara di Parlimen Sepanyol di Brussels, semalam.
BRUSSELS 19 Nov. – Anggota Parlimen Sepanyol meluluskan usul untuk menggesa kerajaan supaya mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara, berikutan langkah sama telah diambil oleh beberapa buah negara Eropah.
Rangkaian berita Al Jazeera melaporkan, usul yang dikemukakan oleh parti pembangkang, Parti Sosialis itu mendesak supaya kerajaan mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara selaras dengan tindakan sama yang dibuat oleh Kesatuan Eropah (EU).
Usul tersebut diterima sebulat suara oleh 319 orang anggota Parlimen, dengan hanya dua yang menentang dan seorang lagi berkecuali.
Langkah meluluskan usul berkenaan dibuat hanya beberapa jam selepas insiden serangan di Baitulmaqdis semalam, apabila dua penduduk Palestin yang bersenjatakan pistol dan pisau pemotong daging bertindak menyerang sebuah bangunan dan membunuh empat orang penduduk Yahudi sebelum dia ditembak mati pasukan polis Israel.
Usul menggesa kerajaan Sepanyol “mengiktiraf Palestin sebagai negara, tertakluk kepada undang-undang antarabangsa”.
“Hanya satu penyelesaian kepada konflik itu iaitu dengan mewujudkan dua buah negara, Israel dan Palestin menerusi rundingan.
“Komitmen ini tidak terlalu terikat, tiada jangka waktu yang tetap untuk mengiktiraf dan memberikan kerajaan tempoh untuk melaksanakan pengiktirafan apabila ia merasakan sesuai,” kata Menteri Luar Sepanyol, Jose Manuel Garcia-Margallo, semalam.
Garcia-Margallo berkata, jika mahu pengiktirafan itu lebih berjaya, ia mesti dilakukan dengan kerjasama EU.
Usul itu dibuat berikutan langkah-langkah sama beberapa negara Eropah yang mahu meningkatkan tekanan bagi menyelesaikan konflik Israel-Palestin.
Bulan lalu, Britain dan Ireland meluluskan usul tidak terikat yang menggesa kerajaan mengiktiraf Palestin.
Anggota Parlimen Perancis, pula akan mengundi pada 28 November ini dalam satu usul yang akan dikemukakan oleh Parti Sosialis bagi menggesa kerajaan mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara.
Kerajaan Sweeden pada 30 Oktober lalu, secara rasmi mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara, tindakan yang menerima kritikan daripada Israel dan Amerika Syarikat.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/parlimen-sepanyol-iktiraf-palestin-sebuah-negara-1.26789#sthash.fQhhMVXi.dpuf